Wednesday, February 15, 2012

Pesan@mesej sebagai bumbu demokrasi

Apakah pesannya?


Ada yang sedikit gusar dengan ceramah bersiri pejuang Al-Akidah ke seluruh pelosok negara. Ya, semacam jelajah marathon untuk menjelaskan betapa rumah lamanya begitu hapak sekali. Terlalu hapak sehinggakan tidak layak lagi untuk penghuni berderajat besar.

Adakah masalah dengan ceramah seperti ini? Bagi kita biarkan Al-Akidah ini berceramah. Biarlah segala Mak Cik dengar apa yang mahu dirangsangkan. Mungkin ada pesanan yang baik untuk diteliti para pengunjung ceramahnya. Semoga usaha seperti ini tambah mantapkan lagi pentas demokrasi kita.

Memang benar, ada pesan yang mahu disampaikan Al-Akidah.


2.

Masih ingat dengan pesan terbuka seorang pemimpin tertinggi negeri kepada seorang pemimpin pegawai awamnya? Agaknya, selagi hayat dikandung badan penjawat awam ini tidak akan lupa untuk menceritakan kepada zurait keturunannya tentang hadiah yang pernah diterimanya di depan khalayak itu.

Ke mana perginya penyapu bersejarah itu? Apakah sampah sarap yang telah disapunya?


3.

Kata orang, buku yang bermutu membuat seseorang penelaah yang teliti menjadi lebih cerdik. Dalam sejarah ada juga regime yang begitu takut dan amat benci dengan buku@kitab. Kalau pengarangnya tidak boleh dibakar, buku-bukunya yang dibakar.

Ada yang meyampah dengan buku.

Seperti peristiwa penyapu, peristiwa buku juga membawa bersamanya pesan.




Sumber: Malaysiakini

No comments: