Saturday, February 18, 2012

Teknik lembu kondo

Memahamkan makna sesuatu mesej


Kesan skandal lembu-pulang ke kondo Shahrizat dengan dana sebesar RM 250 juta telahpun sampai ke seluruh ceruk kampung. Kita dimaklumkan bahawa segala macam Mak Cik, baik di kawasan luar bandar, di pinggir bandar, di pendalaman bertanya, memahami dan akhirnya berpendapat bahawa duit yang sedemikian banyak tidak patut disedekahkan dan difaraid sedemikian rupa oleh Menteri Umno itu.

Dan sehari dua yang lalu, Kutty telah menitipkan pesan: Ketua Wanita Umno ini tidak perlu terlalu sayangkan jawatan.

2.

Apakah yang dapat dipelajari daripada skandal lembu ini? Kenapakah ― misalnya skandal pengurusan pembelian kapal selam yang jauh lebih besar dananya atau pun skandal Port Klang yang juga mencecah angka bilion-bilion itu seakan-akan TIDAK memberikan makna apa-apa kepada rakyat Malaysia ―secara menyeluruh dan meluas ― sepertimana dalam isu lembu Shahrizat ini?


3.

Apakah rakyat kita dapat ‘merasakan’ betapa besarnya SATU BILION itu? Dapatkah rakyat kita di ceruk-ceruk kampung itu fahami makna angka-angka seperti ini:

RM 1,000,000?

Satu: 1
Sepuluh: 10
Seratus: 100
Seribu: 1,000
Sepuluh ribu: 10,000
Seratus ribu: 100,000
Seribu ribu, atau SEJUTA: 1,000,000

Apakah contoh yang boleh Mak Cik Felda di Lancang dapat rasakan@’feel’ dalam kehidupan hariannya?

Marilah kita ambil contoh gula pasir, hargnya dan banyaknya gula yang boleh dibeli:

Satu kilogram gula berharga RM 2.30 (Ringgit Malaysia: Dua Ringgit dan Sen Tiga Puluh Saja)
Dengan wang sebanyak RM 10 (Sepuluh Ringgit), seorang Mak Cik Felda dapat membeli kira-kira 4.35 kilogram gula pasir.

Sekiranya Mak Cik ini memiliki SATU juta Ringgit Malaysia, dia boleh membeli 4,347,826 kilogram gula pasir.

Ya, kira-kira 4.3 juta Kilogram gula pasir!

Mungkin angka-angka, contoh-contoh yang ‘dekat dan boleh dirasakan’ oleh para Mak Cik seperti ini yang wajar kita gunakan tatkala menyampaikan sebarang maklumat/mesej tentang kerja buat Umno.


4.


Bagaimanakah kita menceritakan segala kerja buat Umno dalam bahasa yang boleh difahami oleh para Mak Cik?

Misalnya, bagaimanakah kita mahu menceritakan bahawa ‘Umno menjaga Melayu itu’ tidak lain dan tidak bukan HANYALAH PEMBOHONGAN TEGAR SEMATA-MATA?

Marilah kita semua bercerita tentang Umno ― seolah-olah kita semua baru saja memasuki kondo lembu Sharizat.

No comments: