Thursday, February 16, 2012

Dari Benz Ali

Puisi untuk Brirasa.


Aku tak kenal kau
Dan kau tak kenal aku
Tapi kau telah pergi dulu.
Kau tak kenal aku
Dan aku juga tak mengenal kau
Tapi kau melewati titi kematian
Lebih pertama dariku.
Wahai saudaraku, Brirasa
Pada tujuh tapak langkah
Mereka tinggalkan kau
Di negeri baqak
negeri paling abadi
Malaikat paling ngeri selepas Izrael
Akan bertanya padamu soalan sekian dan sekian.
Dan wahai saudaraku yang tak pernah aku kenal,
Yang tak pernah kita bersua muka, wahai si fulan,
Apakah pena kau atas dunia
Yang telah kau terlepaskan sebentar tadi
Dapat menolongmu, kini?
(alfatihah)

No comments: