Friday, March 30, 2012

Rakyat, di mata Kuasawan

secuil garam


tak sesiapa pun menyuapnya, seperti nasi
tak pula diratah lahap bagaikan daging salai
― tak sesiapa pun bertingkah begitu ―
tak perlu ia dikukus-rebus-goreng.
benar, ia bukan kepala segala hidangan.

namun wajah-wajah itu mencuka, cemberut
marah-marah, ngomel dan mogok mengunyah.
tamunya merajuk, hidangan ― pada tawar hambar.


2.


di Segalanya Satu, rakyat itu epitiser, pembasuh mulut
― dilambung-buai, guna dan pakai ― semahu seperlunya
ia pelengkap ― penegang nafsu dan selera Kuasawan
tak mungkinlah kepala hidang, diteliti dan pedulikan
secuil garam cuma ― perlu ― tak diperlukan.



wangsa maju
30 Mac 2012

Thursday, March 29, 2012

Maka, berseminarlah mereka

Berita-berita pertama, kedua dan ketiga dipetik daripada The Malaysian Insider, 29 Mac 2012.


Seminar: “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” (Strengthening the Faith, the Dangers of Liberalism and Pluralism and the Threat of Christianity towards Muslims. What is the Role of Teachers?).


Petikan Berita Pertama: “If you want to jump off a building...”


Anwar an insult to Muslims, say Islamist groups
By Shazwan Mustafa Kamal
March 29, 2012

Anwar said those claiming of organised proselytism by Christians should provide proof instead of resorting to scare-mongering.

KUALA LUMPUR, March 29 — Right-wing Muslim groups today accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of pandering to the interests of “the enemies of Islam”, calling him an insult to all followers of the religion.

Representatives of several Muslim groups told reporters today that they took exception to Anwar’s remarks against a seminar on “the threat of Christianisation”, saying it was a direct provocation towards Muslims in the country.

“Anwar has always been consistent against efforts to preserve Islam... this issue is done for political mileage.

“His (Anwar’s) remarks are anti-aqidah, an insult to Islam and a betrayal to all efforts to strengthen and promote Islamic activities and events,” said Ismail Mina Ahmad, president of Islamist group Muafakat, at a news conference here.

Also present was Muslim Organisations in Defence of Islam (PEMBELA) secretary-general Abdul Karim Omar, who said some 20 other Muslim groups supported his group and Muafakat’s stand.

“Why are Muslims against their own kind? If you want to be liberal, be liberal on your own, don’t drag other people along.

“It’s like if you want to jump off a building, why are you dragging other people with you?” said Ismail.





2. Petikan Berita Kedua: Menunggang isu ini untuk kepentingan politik mereka

Seminar ancaman liberal, pluralisma dan Kristian di Johor — Mujahid Yusof Rawa
March 29, 2012

29 MAC — Merujuk kepada program di atas, ia telah menimbulkan berbagai kontraversi baik bagi pihak penganjur mahupun respons dari persatuan antara agama yang kurang enak dengan penggunaan tajuk seminar tentang bahaya dan ancaman kristian.

Program sedemikian walaupun mempunyai niat yang baik untuk memelihara jatidiri umat Islam, namun pada waktu yang sama pihak tertentu berpotensi untuk menunggang isu ini untuk kepentingan politik mereka yang sempit lantas mengancam perpaduan nasional yang dipupuk selama ini.

Permasalahan hubungan antara agama menuntut kita berada pada garis dialog dan wacana berterusan dengan pihak yang kita anggap mengancam akidah umat Islam dan bukan atas garisan MENYEMAI BIBIT KEBENCIAN dalam hubungan antara agama.

Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan perlu difahami sebagai cara bagaimana hubungan antara agama boleh dibentuk dengan lebih berkesan dan dengan itu pihak tertentu tidak dapat mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.


Petikan Berita Ketiga: Kaedah ‘menuding jari ke arah diri sendiri’ lebih wajar

Pemuda PAS Johor: Penganjur seminar perlu utama pengukuhan jati diri remaja Islam

Oleh Mohd Farhan Darwis
March 29, 2012

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Dewan Pemuda PAS Johor beranggapan, seminar berkaitan anti Kristianisasi yang bakal berlangsung Sabtu ini bukanlah jalan penyelesaian terhadap masalah Kristianisasi yang melanda umat Islam.

Menurut Pengarah Kajian Polisi Dewan Pemuda PAS Johor (DPPNJ) Shazni Munir Mohd Ithnin, kaedah “menunding jari kepada diri sendiri” oleh penganjur adalah lebih wajar kerana seminar sedemikian hanya mengundang konflik antara penganut Islam dan Kristian di dalam negara.

“DPPNJ melihat bahawa kaedah ‘menuding jari ke arah diri sendiri’ lebih wajar daripada penganjuran seminar sebegini yang hakikatnya tidak mampu menjadi ‘ubat’ kepada masalah yang berlaku, bahkan menimbulkan suasana kehidupan yang tidak kondusif pula antara Muslim-Kristian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Munir, pihaknya menyokong pendekatan yang membimbing masyarakat kembali kepada kehidupan beragama, namun menolak pendekatan yang tidak menyelesaikan masalah pokok yang melanda remaja Islam dewasa ini.


Petikan Keempat: “Peristiwa 13 Mei tidak terjadi secara spontan.”


Subky Latiff, seorang wartawan ketika itu, menulis pada tahun 1977:

“Peristiwa 13 Mei tidak terjadi secara spontan. Ia dirancang dengan cepat dan sengaja. Identiti perancang tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Namun bagaimanapun, Peristiwa 13 Mei ialah satu bentuk kudeta yang ditujukan terhadap Tunku Abdul Rahman. Sebenarnya, kuasa Tunku berakhir sejak itu. Sungguh pun beliau terus menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau tidak ada kuasa apa pun”

Kua Kia Soong, 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia, (Terjemahan Seah Li Ling), Suaram Komunikasi, Kuala Lumpur.



Petikan Kelima: UMNO is seriously ill


“UMNO is seriously ill: The doctor is the disease

The UMNO General Assermbly for the year 2000 has just ended. It has become very clear now the 54 year old party is very sick ― it could even be dying. This was admitted by the President, Dr. Mahathir Mohamad, himself in his opening and closing speeches at the assembly.”


Rustam A. Sani, Failed Nation – Concerns of a Malaysian Nationalist, 2008, SIRD Petaling Jaya.


Penutup:

Seluruh petikan sangat membantu kita merenungi betapa tenatnya penyakit yang negara kita hadapi dewasa ini.

Benarlah, Malayasia lebih baik tanpa UMNO. UMNO yang rakyat rehatkan.

Wednesday, March 28, 2012

'Iran bukan musuhnya Malaysia'

Sumber: http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4362-malaysia-bows-to-uss-anti-iran-campaign-by-stopping-30000-tonnes-of-palm-oil.html


Malaysia bows to US’s anti-Iran campaign by stopping palm oil
Harakahdaily, 09 February 2012


Former prime minister Dr Mahathir Mohamad had also warned against any move by Najib's administration to join the US's anti-Iran campaign.

"Iran is not Malaysia's enemy and Iran has never interfered our internal policies and activities," Mahathir wrote in his blog in April 2010.


2.


http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4659-group-blasts-govts-support-to-us-led-anti-iran-campaign.html

Group blasts govt's support to US-led anti-Iran campaign
Harakahdaily, 27 March 2012


Mar 27: Hitting out at the government for "caving in" to the United States' threats of sanctions against countries who failed to support its current campaign to isolate Iran, Penang-based group Citizens International urged Malaysia to revoke its decision to stop import of oil from the Islamic republic.

"By caving in to the illegal demands of the United States government, Malaysia is compromising its independence and sovereignty."


Dalam isu ini selain CI, Citizens International, kita ingin sekali mendengar suara para pejuang yang katanya pasti bangkit untuk mempertahankan kemerdekaan dan kebebasan Malaysia, hatta berkecai daging dari tulang. Ke mana perginya suara-suara para pejuang kemerdekaan ini?


3.

Sementara itu, kita tunggu dan lihat bagaimana GEROMBOLAN dan mesin-mesinnya GEROMBOLAN bangkit untuk 'membetulkan pandangan keliru' anak-anak muda kita dalam isu PTPTN. Ya, kita tunggu dan lihat reaksi segala jentera dan mesin gormal mereka, untuk berdepan dengan anak-anak muda kita dalam isu PTPTN ini. Kita lihat bagaimanakah para pemikir APCO itu muncul dengan idea-idea terbarunya 'rakyat didahulukan.'

Apa pun, pabila tiba saatnya anak-anak kita turun ke jalan raya kerana sudah terlalu penat dirongrong hutang semasa belajar, kita pasti turun ke jalan raya untuk bersama-sama mereka.

Tuesday, March 27, 2012

Pesan DIAnya

Sejadah, Mimbar dan Cicak memilih imam.


Sejadah:

segala perantara dititipi pesan yang serupa:
siapa saja boleh jadi imam ― kecuali Orang Itu!

Mimbar:

kutanya: apakah alasan paling besar mau menghalangnya?
kata mereka, moralnya kurang bagus untuk seorang imam!!!

Cicak:

aku tidak peduli apakah orang itu hantu, jembalang ― waima pelesit

Mimbar, Sejadah, Cicak (serentak):

yang pasti aku tidak mahu lagi perampok, perasuah, pembunuh, kaki temberang menjadi imam.
ayuh, bawa saja Orang Itu ke depan.
Biarlah Orang Itu memimpin surau!!!



wangsa maju, kuala lumpur
27 mac 2012.

Anwar ‘Menyurat Kepada Sahabat’

Dinsman (Artikel 301, 26/3)
Anwar ‘Menyurat Kepada Sahabat’

Apabila melihat buku “Menyurat Kepada Sahabat: Warkah-warkah peribadi 1975-2002” oleh Sasterawan Negara Anwar Ridhwan, saya terus terpikat dengannya. Mengapa saya terpikat? Ada beberapa sebab. Pertama, ia sesuatu yang baru. Bukan bukunya baru diterbitkan tetapi buku jenis ini, yang memuatkan kumpulan surat-surat peribadi, bukan sesuatu yang selalu kita temui.

Saya kurang pasti apakah buku sepertinya ada dalam khazanah sastera kita sebelum ini, selain Warkah Eropah (1991) dan Warkah kepada Salmi Manja (1965) oleh A Samad Said itu. Ada sebuah oleh Mansur Ahmad Saman (saya lupa judulnya) tetapi itu seperti sebuah buku esei yang ditulis dalam gaya surat panjang kepada seorang sahabat (Baha Zain), bukannya kumpulan surat-surat.

Buku terbaru oleh Anwar Ridhwan ini adalah kumpulan surat-surat yang ditulisnya kepada beberapa orang sahabat (juga kepada anak-anaknya, bondanya dan kakaknya), sejak tahun 1975 hingga 2002. Atau sebenarnya hingga 1998 sahaja, kerana selepas itu hanya ada sepucuk sahaja yang ditulis pada tahun 2002. Tidak ada yang ditulis pada 1999-2001.

Yang paling banyak sekali ialah yang ditulisnya dari London, antara 16 Mei hingga 30 Jun 1991, iaitu sewaktu dia menyiapkan disertasi PhDnya (dengan Universiti Malaya), dan dia mendapatkan bimbingan khas daripada Prof Dr E.U. Kratz di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London.

Nampak seperti dia memang merancang untuk menulis surat pada setiap hari sewaktu berada di London itu, untuk merekodkan aktivitinya sepanjang berada di luar negara. Tidak banyak surat-surat itu mendedahkan cerita mengenai hubungan peribadi antara pengarang dengan sahabat-sahabatnya, yang kebanyakannya adalah nama-nama yang kita kenali dalam kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, seperti Rahman Shaari, Suratman Markasan, Hashim Awang, Sahlan Mohd Saman, Kemala, A Samad Said, Muhammad Hj Salleh, Hamzah Hamdani, Zainal Kling, Abdullah Tahir, Dino SS, Ladin Nuawi, Zakaria Ariffin, Farid Onn, Firdaus Abdullah, Goh Hin San, Baha Zain, Latiff Mohidin, Jamdin Buyong dan Zaini Ozea.

Barangkali ini adalah memoir dalam bentuk surat-surat kepada sahabat. Barangkali, kerana isi kandungan surat-surat itu (kebanyakannya pendek-pendek, satu halaman setengah sahaja), walaupun dikatakan ‘warkah peribadi’, lebih bercerita mengenai hal-hal ‘rasmi’ dalam dunia kesusasteraan Melayu, termasuk yang berhubungan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena (sewaktu beliau menjadi Setiausaha Agung Gapena).

Ada beberapa warkah itu yang mengingatkan kita kepada peristiwa penting tertentu dalam dunia kesusasteraan kita. Misalnya surat kepada S.Othman Kelantan, bertarikh 11 Jun 1975, mengingatkan peristiwa Persatuan Penulis Kelantan (PPK) bertindak keluar daripada Gapena. Anwar menulis surat kepadanya seperti cuba memujuknya dengan cara yang bijaksana sebagai intelektual, mengajak berunding untuk mencari penyelesaian dan kembali ke dalam gabungan.

Manakala surat kepada A Ghani Abdullah, Setiausaha Satu PENA (7 Januari 1989) mengingatkan kita kepada peristiwa pergolakan di dalam PENA sewaktu dipimpin oleh Yahya Ismail, dimana ramai ahli termasuk ahli seumur hidup telah dipecat kerana tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan PENA menganjurkan “Kongres Perpaduan Melayu”. Saya pun turut dipecat pada waktu itu. Tak sangka pula Anwar Ridhwan menulis surat membantah tindakan memecat keahlian itu.

Satu surat pendek yang agak menarik ialah kepada Editor majalah Dewan Sastera (18 Februari 1989). “Saya amat kecewa apabila mendapati tulisan saya ‘Sastera dalam Pendidikan’ turut lenyap bersama kolum ‘Prisma Sastera’, mulai Dewan Sastera Mac 1989, tanpa diberitahu terlebih dahulu sebab-sebabnya.

“Saya dengan ini tidak membenarkan tulisan saya ‘Sastera dalam Pendidikan’ disiarkan dalam Dewan Sastera yang akan datang.”

Menarik bukannya kerana apa, kerana saya tak tahu yang Anwar Ridhwan pun pernah dilayan seperti itu oleh majalah Dewan Sastera. Dan menarik juga kerana ketegasan yang ditunjukkan oleh Anwar itu. Di sebalik kelembutan perwatakannya yang kita kenal itu rupa-rupanya dalam hal seperti itu dia begitu tegas sekali. Lihatlah, suratnya pun sangat ringkas.

Hanya terasa, dalam tiga contoh di atas itu, barangkali lebih baik kalau disertakan juga nota atau catatan menceritakan latar belakang peristiwa-peristiwa tersebut. Misalnya kita ingin tahu kenapa sebenarnya tulisan dan kolum ‘Prisma Sastera’ itu diberhentikan.

Satu lagi yang menarik juga pada saya ialah surat kepada “Keluarga Drama ‘Intan’” (10 Julai 1975). Menarik, kerana saya pun terlibat sama dalam keluarga drama Intan itu. Saya yang mengarah drama yang diadaptasi dari novel karya Abdullah Hussein, yang pementasannya dianjurkan oleh Gapena itu. Tetapi saya tidak ingat pula ada masalah ‘saguhati’ seperti yang disebut dalam surat itu.

Iyalah, tahun 1975, sudah lebih 36 tahun yang lalu. Tak hairanlah kalau saya tak ingat lagi peristiwa itu, ‘kan!

Apa pun, buku yang diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) ini memang memikat. Sebuah bacaan yang santai. Boleh dihabiskan dengan sekali duduk sahaja, walaupun setebal 284 halaman. Banyak suratnya. Ditujukan kepada pelbagai orang. Walaupun kebanyakannya kita kenal, tetapi ada juga sahabat Anwar itu yang kita tak kenal. Jadi, membacanya tidaklah diganggu rasa jemu.

Banyak juga maklumat mengenai Anwar Ridhwan yang mungkin buat pertama kalinya kita mengetahuinya melalui surat-suratnya ini. Memang tidak ada cerita yang luar biasa atau rahsia yang didedahkan melalui ‘kumpulan surat-surat peribadi’ ini, tetapi cukuplah apa yang ada itu.

Mungkin kebanyakan maklumat dalam buku ini bukan perkara asing bagi saya. Tetapi bagi orang lain mungkin hampir semuanya adalah pendedahan perkara baru. Jadi eloklah baca! Harganya pun RM30 saja.

Itu gomen punyaaa...

Pagi itu LANTAI, DINDING dan TINGKAP lagi berbicara tentang maklumat, rakyat dan temberang:


LANTAI: Cuba kau dengar berita ini. Ini versi rasmi. (Lantang, seakan-akan berpidato)

“PUTRAJAYA: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan mencetak 50,000 buku kecil yang mengandungi penjelasan mengenai isu-isu semasa sebagai panduan supaya rakyat tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang, kata Rais Yatim.”

DINDING:

Maksud dan niatnya cukup baik. Mahu mengajak rakyat bersepadu. Apakah kita tak boleh membantu?

TINGKAP: Boleh. Boleh. Kita boleh bantu. Misalnya dengan seruan tambahan begini:

sudah tiba saatnya,
semua imam segala masjid, berkhutbah
seluruh pengerusi segala persatuan, berbincang
segala alat, peralatan, mesin dan jentera - berpadu
menjatuhkan rakyat.

JAMBAN:

HOI...Boleh kasi satu stesen radio cekai kepada pembangkangkah?

SILING: Tiewnama! Itu gomen punyaaaa...

Monday, March 26, 2012

Keangkuhan itu

tak tersukat: angkuhnya

betapa garang lahar ghairah itu,
penguasa berlesen ― musuh segala rakyat
saban waktu didabiknya dada, “akulah, terbaik!”
tanpa malu, segan-silu asyiknya bertempik:
“pilihlah kami, lagi
kami ― terbaik!”


wangsa maju, kuala lumpur
26 mac 2012.

Memilih visual yang lebih bagus

Drama tv kita, sekarang ini, sarat dengan pelbagai cerita seram. Apakah bezanya visual drama tersebut dengan ‘visual’ seperti di bawah ini?

“ Oleh kerana ia pada suatu hari tak tahu apa yang harus dilakukan tangannya, ia mencari tali lalu menggantung dirinya.

Esoknya tetangga-tetangganya menguburnya. Lusa paginya, kamarnya dikarbol. Sorenya pindah ke situ penyewa kamar baru. Rumah itu seperti sediakala kembali.

Hari ketiga, kuburannya didatangi laki-laki tua. Tengkuknya tebal, rambutnya putih pendek, suaranya dalam. Laki-laki tua ampih dalam pakaian dril putih berkanji.”

Tiga paragraf pertama cerpen, “Kereta Api Lewat di Jauhan” Iwan Simatupang dalam “Kumpulan Cerpen Tegak Lurus Dengan Langit”, 2004, Kompas.


2.

Betapa nikmatnya jika kitalah yang mencipta pelbagai citra dalaman - visual milik kita dengan membaca pelbagai karya menarik.

Ertinya, kita memilih untuk TIDAK disuguhkan imaginasi orang lain.

Bahaya jika tidak ambil peduli

Pabila nilai ditukar-ganti


Satu ketika dulu, sungai menjadi tumpuan masyarakat kerana pelbagai sebab ― untuk manda manda, mencuci pakaian, hatta untuk keperluan makan dan minum oleh sekian ramai keluarga ― ramai yang pedulikan sungai. Ertinya, sungai masih cukup dekat dan sungai memiliki tempat yang tersendiri-istimewa di hati masyarakat.

Apabila kepentingan sungai mulai kendur, susut ― orang sudah manda manda, memasak, makan dan minum dari kamar tidur ― ertinya pabila pola hidup masyarakat sudah berubah ― perlahan-lahan tapi pasti, sungai pun ditinggalkan.

Hari ini, sungai ― lebih-lebih dalam pelbagai kota ― lebih mirip longkang besar hanya mengundang perhatian pabila penghuninya dikunjungi air yang tidak diingini.

Hari ini, masih adakah penyair yang teruja berkarya tentang keindahan longkang besar di tengah-tengah kota?


2.

Satu ketika dulu, pada abad ke 19 di kemuncak Perang Paderi, khabarnya gelombang pejuangnya telah berundur dari buruan penjajah Belanda, lalu mereka pun menemui, membuka dan akhirnya menetap di kampung seperti Banda (Parit) Dalam, Gombak, Kuala Lumpur.

Hari ini, segala sawah bendang dan pelbagai asesorinya ― batas, sempadan, permatang, kolam, paya, lembu kerbau sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah cucu cicit keturunan dengan sejarah silamnya.

Hari ini, bagi gabungan Penguasa-Pemodal-Niagawan, kampung-kampung seperti ini begitu mencederakan mata, menyakitkan hati dan membantut nafsu. Kampung-kampung inilah yang membuat wajah pembangunan sebuah kota besar menjadi bopeng. Makanya, demi pembangunan yang jauh lebih besar, kampung-kampung seperti ini perlulah minggir ― dinyahkan dari peta kehidupan ini.


3.

Apa yang telah kita tinggalkan?
Apakah yang kita pelajari?
Apa yang disunglap?
Nilai apa yang kita korbankan, lalu
nilai yang mana telah kita pungut?

Sunday, March 25, 2012

Rakyat sudah jenuh diperlembukan

Sumber: TT : KENYATAAN AKHBAR
23 MAC 2012
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELANGOR MENDAHULUI NEGERI LAIN DI MALAYSIA


“Saya mengucapkan tahniah kepada semua Dato’ Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik.

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan 4 bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini – yang bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada penduduk (70%), peniaga (20%) dan NGO (10%).

Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2010/2011 ini, tiada satu pun pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang berjaya mendapat taraf 5 bintang.


ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR”


2.

Sumber: TT

KENYATAAN AKHBAR
JUMAAT, 23 MAC 2012
20 PROJEK INFRASTRUKTUR DILULUSKAN BAGI FASA PERTAMA GERAN SELANGORKU

Projek yang diluluskan ini antaranya menurap semula jalan dan membaiki jalan di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang dan Kuala Langat; membina longkang, serta memasang lampu jalan.

Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek infrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.

Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek infrastuktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta.

Disediakan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

3.

Tidak ada kata sesejuk perbuatan. Tidak ada sembang, cakap muluk-muluk yang lebih besar daripada TINDAKAN. Tindakan ― niat dan kata-kata ― yang diterterjemahkan memberikan kesan yang menusuk. Oleh sebab itu rakyat ―yang marhaen ― yang melarat ― amat arif bahawa segala kata merdu tanpa tindakan ― yang saban hari dipancarkan oleh pelbagai stesen radio dan tv adalah sampah sarap yang menyemakkan atmosfera.

Sembang dan syarah yang berlebihan belum tentu meyakinkan rakyat. Dan ini termasuklah dakwah.

4.

Sementara itu seorang teman yang datang dari luar Kuala Lumpur memaklumkan begini: “Taman Melawati jauh berbeza daripada dulu, lebih kemas dan teratur. Saya terkejut dengan perubahannya.”

Sang Penguasa, baik yang lama maupun yang baru, usah fikir rakyat tidak memerhatikan dan merasakan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Harga barang yang melonjak tidak mampu meredakan keresahan dan keperitan hidup.

5.

Dan ramai di kalangannya masih jua bersyarah ... dan bersyarah.
Mereka syarah sejak lebih setengah abad.
Yang pasti mereka bersyarah, bersyarah dan bersyarah. Mereka ogah belajar.
Tak percaya? Lihatlah drama lembu. Dan untuk kesekian kalinya, lembu itu mengesahkan sikap hidup mereka (apakah mereka bersikap?):

i) Sebagai orang paling berkuasa ― akulah penentunya.

ii) Seperti biasa, yang lain-lainnya, yang pada mulanya menghunus keris mahu membetulkan kerosakan akibat tragedi lembu itu, terbirit-birit mencawat ekor.

6.

Pengajaran buat Pakatan Rakyat ― rakyat jenuh diperlembukan.
Tahniah Selangor, tahniah.

Saturday, March 24, 2012

KeMeriahan pandangan pelbagai sisi

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9052-kroni-dapat-rm589-juta-rakyat-dapat-rm500-je


Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je
Abdul Aziz Mustafa, 23 Mac 2012

(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.


2.

Sumber: Rahman Shaari. 2005 Anjung Deklamator – kumpulan puisi dan petua deklamasi. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Kuala Lumpur: 36 - 37


AKU ANAK KRONI


Puluhan tahun di kebersamaan,
kami rasi segar selesa,
biarpun tanpa nama.
Tapi entah kenapa segala celaru
kami tiba-tiba bagai diburu,
bertempik mereka: “Kroni, ya kroni!”
tempikan sedemikian bising
seakan segala asing.

Tercegat kami kehairanan
mereka meraung
gemanya bertaburan di kota, menempiasi
kampung
sedang mereka tidak asing,
alangkah aneh mereka bising:
“Kroni, ya kroni!”
mereka membising lagi,
“Kroni, hoi, kroni!”

Ternyata kroni menjeritkan ‘kroni’.
Kami diam ketakjuban
di manakah kesilapan?

Siapakah yang tidak menghargai
ikhsan pemimpin berbudi?
Pemimpin manakah yang melupakan
rakyat peniaga berkebolehan?
Kroni melangkah di titian makna ini,
kroni memilih kemantapan, memperkuat otot
kemajuan
setiap dipilih dikasihi
setiap dikasihi dipilih
silapkah memilih bulu
setelah melihat wajah maju?

Kroni ialah kepahlawanan
tak mungkin menang jika keseorangan,
kuakui aku anak kroni
seperti Tuah Jebat zaman bahari
mereka kroni sebelum berkelahi.

Aku anak kroni
kau yang mengejek
bacalah diri.

24 JULAI 2001



3.

Ada pelbagai ungkapan yang digunakan. “Dua permukaan siling yang sama” ialah salah satu daripadanya. Dalam lukisan kejuruteraan, mereka takrifkan sebagai pandangan sisi, pandangan depan, atau pun pandangan dari kaca mata burung ― pelannya.

Dunia semakin meriah dengan pandangan pelbagai sisi.

Friday, March 23, 2012

Metafora Melayu

“TEORI PEMIKIRAN MELAYU


Dalam tulisan ini saya mencuba menunjukkan bagaimana orang Melayu berfikir melalui metafora. Metafora ialah ciri sistem konseptual manusia. Bahasa dan makna yang terdapat dalam metafora ialah bahasa dan makna yang, menurut Za’ba, berlapis, yakni tidak bercorak harfiah. Aristotle dalam karyanya Poetika yang tersebut di awal tadi, berkata bahawa proses mental membentuk metafora tidak dapat ditiru oleh sesiapa. Menurut Aristotle, hanya orang yang pemikirannya sangat kreatif atau orang yang genius sahaja yang dapat membentuk metafora. Jadi, ciri pemikiran yang terbentuk dalam metafora ialah keasliannya atau ‘originality’nya.”

Sumber: Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya” oleh Hassan Ahmad.

Monograf 1: Akademi Kajian Ketamadunan, Sungai Ramal Dalam, 2003.


2.

PAKSI, dengan bantuan para sahabatnya akan membicarakan monograf ini. Tarikhnya, insyallah 14 April, 2012. Tempat dan masa akan dimaklumkan kelak. Sila luangkan masa tuan untuk mendengar bagaimana uniknya pemikiran Melayu itu.

Thursday, March 22, 2012

Merayakan BERSIH 3.0

Perhatikan citra 'ketelusan' Pilihan Raya kita - dan kenapa kita masih tetap ragu-ragu bahawa prosesnya bakal dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama. Lihatlah jawapan Menterinya. Lihatlah segala lawak jenakanya berhubung proses pilihan raya kita yang tak pernah ada nokhtahnya itu.


Harakahdaily, 22 March 2012

Same voter registered twice, with a 'slash'

Mar 22: Pakatan Rakyat today exposed another possibly massive fraud in the electoral system, blaming the Election Commission of manipulating the electoral rolls.

Parliamentary opposition leader Anwar Ibrahim (pic) showed proofs in parliament that EC had been 'double registering' voters by using an extra slash ('/') in identity card number of voters to bypass the system.

“This is how they do it. If they had entered the same data, the computer will reject it. So they added a slash after the IC number in the new registration,” said Anwar as quoted by Malaysiakini.

Anwar furnished a printout of one voter, Zarina Abu Tausi, to show how her name and IC number which were already registered in Pulai, Johor, have been re-registered under a new voter in Pekan, Pahang with an additional '/'.

2.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/polls-panel-cant-meet-all-bersih-demands-says-ongkili/

Polls panel can’t meet all Bersih demands, says Ongkili
By Shannon Teoh
March 22, 2012

KUALA LUMPUR, March 22 — The parliamentary select committee on electoral improvements cannot meet all of Bersih’s demands as some matters required a longer-term solution, its chairman Datuk Seri Maximus Ongkili said.

The electoral reforms movement had warned last week it will hold a third mass rally due to lagging polls reform and more reports of electoral fraud recently.
But Ongkili told reporters today only six of the eight demands by the coalition of 62 NGOs will be addressed in the panel’s report he said is likely to be ready by the end of next week.

“It is impossible for us solve all problems. Some things in the report will be there for younger MPs to take up in the future,” the minister of science, technology and innovation said when met after today’s committee meeting.
He said certain issues required new legislation, which must be passed by Parliament over time.

“Things like a non-partisan media, what can I do?” he said.


3.


Sementara itu Lutfi dalam Catatan Hujungnya Harakah bilangan 1727 (halaman N31), antara lain menulis:


“Adakah kerana kerajaan Pakatan sendiri yang bermasalah, wakil rakyat tidak dekati rakyat, faktor Dr Hasan Ali atau senarai daftar pemilih?’ Tanya saya kepada sumber yang dekat dengan Noh.

“Daftar pemilih, “ jawabnya ringkas. Agensi strategik seperti SPR, JPN dan Majlis Keselamatan Negara sendiri akan digunakan,” tambahnya. “Anggota Kabinet pun yakin, selepas mendengar taklimat, bahawa Pakatan boleh dikalahkan di Selangor,” sambungnya.


RUMUSANNYA?


KITA MESTI RAYAKAN BERSIH 3.0

‘Han wei!’ Pertahankan Warisan kita!

Dinsman (Artikel 300, 23/3)
‘Han wei!’ Pertahankan Warisan kita!

Ahad 18 Mac saya mengikuti satu program anjuran bersama kumpulan Cikgu Ishak Surin dan Soleh, dengan satu kumpulan Cina yang berjuang mempertahankan warisan. Kali ini Cikgu Ishak dan Soleh tidak bergerak atas nama Madrasah Tarbiyah KBD, tetapi atas nama Majlis Permuafakatan Perkampungan Warisan Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat); manakala kumpulan Cina berkenaan ialah Petaling Street Community Art Project.

Program tersebut dinamakan Jelajah Warisan, iaitu melawat lima buah tempat strategik di Kuala Lumpur dan sekitarnya, yang dianggap oleh kumpulan ini sebagai tempat-tempat warisan, dan mendengar penerangan mengenai kedudukan tempat-tempat tersebut yang sedang diancam kemusnahan oleh agen-agen pembangunan kapitalis. Lima tempat tersebut ialah Kampung Kerinchi, Jalan Sultan, Kampung Baru, Kampung Banda Dalam (KBD), dan Tokong Mee Thor Gan, Ampang.

Acara bermula pukul 8.30 pagi, bertolak dengan bas di pekarangan Madrasah Tarbiyah KBD, menuju ke Kg Kerinchi. Bas yang boleh muat 44 orang itu penuh dengan peserta, termasuk anak-anak muda pasukan kompang KBD. Di Kg Kerinchi kami bertemu dengan peserta dari Jln Sultan, satu bas penuh juga. Kami berjalan kira-kira 700 meter menuju ke surau rumah pangsa Kg Kerinchi, dengan membawa dua kain rentang “Pertahankan Warisan” yang agak panjang, berwarna hitam, diiringi paluan kompang.

Kebanyakan penghuni rumah pangsa empat tingkat yang berusia kira-kira 40 tahun itu sudahpun mengosongkan rumah mereka dan berpindah ke tempat baru, setelah masing-masing ditawarkan pampasan RM73,000. Namun terdapat 35 buah keluarga lagi yang mempertahankan hak mereka di situ. Merekalah yang menyambut rombongan kami, dan memberi taklimat mengenai kedudukan kediaman mereka yang tidak selamat itu.

Cikgu Ishak berucap bukan sahaja mewakili Muafakat, tetapi sebagai ketua rombongan. Dia juga mengumumkan penubuhan satu ‘ormas’ baru, yang menggabungkan persatuan-persatuan yang terlibat, dinamakan “Pertahankan Warisan Kita”. (Ormas ialah ‘organisasi massa’, istilah Cikgu Ishak bagi menggantikan NGO).

Majlis sambutan di Kg Kerinchi berakhir dengan sarapan nasi lemak. Dan sebelum berlepas untuk ke destinasi kedua, rombongan bergambar beramai-ramai. Ketika inilah Cikgu Ishak melaungkan dengan penuh semangat kata-kata “Pertahankan Warisan Kita”, berselang-seli dengan ungkapan bahasa Cinanya, “Han wei! Wen hua yi chan!” yang disambut gemuruh oleh semua peserta jelajah.

Kira-kira 9.45 kami bertolak menuju ke Jln Sultan. Dua buah bas penuh dan ditambah dengan orang-orang Kg Kerinchi yang ikut berkonvoi dengan tiga buah kereta mereka.

Bas berhenti di hujung Jln Sultan berhampiran Stesen Bas Kelang. Dari situ kami berjalan kaki menyusuri Jln Sultan yang berusia lebih 100 tahun itu, melintas di hadapan Petaling Street, menuju ke Jln Hang Jebat, diiringi paluan kompang anak-anak muda KBD.

Di sepanjang berjalan itu seorang anak muda Cina berambut panjang, Chong Keat Aun, memberi penerangan mengenai bangunan-bangunan kedai bersejarah yang kami lalui, bermula dengan hotel dan kopitiam Lok Ann, diikuti kedai foto Pak Tai, kedai jahit Kwong Fook Wing dan berakhir dengan dewan teater Yan Keng. Masing-masing ada cerita masing-masing yang bersejarah. (Turut disebarkan juga risalahnya).

Saya terpesona dengan sebuah dinding bangunan di depan tempat letak kereta di Jln Sultan itu, yang dihiasi dengan pelbagai lukisan poster yang sangat menarik. Tentulah itu hasil usaha para seniman dari Petaling Street Community Art Project, saya fikir. Tidak sempat saya bertanya sesiapa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja seni itu, tetapi sempat saya mengenali wajah SN A Samad Said pada salah satu poster.

Dan ketika meneruskan perjalanan, agar tidak tertinggal, saya berharap akan datang lagi ke situ untuk menikmati hasil kerja seni itu, barangkali sambil mengadakan pembacaan puisi pada suatu petang, mungkin bersama Rahmat Harun, Pyanhabib, Siti Zainon, Nur Hanim, Benz, Yeoh dan kawan-kawan dari PSC Art Project.

Seterusnya mendaki tangga ke sebuah dewan teater kepunyaan Persatuan Drama Kebajikan Yan Keng, yang ditubuhkan pada tahun 1920, bagi menampung aktiviti drama, opera dan koir, yang masih aktif. Sekali lagi secara lebih teratur, dibantu oleh visual yang dipancarkan melalui pemancar video, Chong Keat Aun menerangkan sejarah beberapa bangunan warisan yang terdapat di sepanjang Jln Sultan.

Kunjungan ke sini diakhiri dengan sesi bergambar ramai di hadapan gereja Gospel Hall, dimana Cikgu Ishak mengulangi laungan “Pertahankan Warisan Kita” dan “Han wei! Wen hua yi chan!” yang diikuti dengan gemuruh suara peserta Jelajah Warisan.

Destinasi berikutnya: Kampung Baru. Di sini saya terasa kelainannya. Walaupun cerita penduduk Kampung Baru tidak puas hati dengan cara-cara kerajaan hendak memajukan atau membangunkan kampung warisan orang Melayu di tengah kota Kuala Lumpur ini sudah banyak kita baca dan dengar, tetapi saya dapati tidak ada pun penduduk kampung yang menyambut ketibaan rombongan Jelajah Warisan. Yang ada ialah orang-orang politik dari kelompok PAS Wilayah Persekutuan.

Maka otak saya jadi tertanya-tanya – kenapakah tadi di Jln Sultan itu komuniti Cinanya begitu sekali bersiap sedia dengan segala alat penerangan mereka, bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu termasuk media, bahawa di situ terdapat banyak warisan sejarah yang patut kita sama-sama pertahankan, untuk genarasi akan datang menjadi generasi yang punyai sejarah dan jatidiri yang boleh dibanggakan.

Dan di sini, di kampung Melayu yang sepatutnya warisan budayanya tentulah lebih lagi bersejarah daripada warisan di Jln Sultan itu, namun tidak ada pun suatu badan yang boleh bekerjasama dengan Muafakat dan PSC Art Project, bagi mengangkat kepentingan warisan di sini, untuk membuka kesedaran para pimpinan kita di peringkat tinggi.

Saya tidak kemukakan hal kemusykilan ini kepada Cikgu Ishak. Saya terasa sesuatu yang menyedihkan. Maka selesai solat Zuhur, ketika rombongan menaiki bas untuk ke Ampang, saya terasa keletihan untuk meneruskan jelajah. Saya berhenti di situ sahaja.

Wednesday, March 21, 2012

Ibarat kucing



Ibarat kucing, menunggu tanduk.


Petikan dari brosur “Jelajah Warisan”:

“Sejak tahun-tahun ke belakangan ini, projek pembangunan mega dan perancangan bandar yang lemah telah mengancam kewujudan warisan-warisan negara. Sekiranya kecenderungan, trend ini tidak dibendung segera, maka terputuslah keseninambungan sejarah, budaya dan tradisi kita sehingga ia boleh menggugat keharmoniam masyarakat dan menimbulkan ketidakseimbangan pembangunan negara.

Kini, Kampong Banda Dalam yang berusia lebih daripada 150 tahun, Kampong Baru yang dibuka sejak tahun 1900, Tokong Mee Thor Gan yang dibina di Ampang pada tahun 1906, Jalan Sultan yang terbentuk sejak 120 tahun dahulu serta Kampong Kerinchi yang berusia setengah abad, semua ini akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada projek-projek mega seperti MRT, lebuh raya, kompleks membeli belah dan pencakar langit.

Jejalah Warisan akan membawa peserta...”


2.


Dan petang ini kita terima sms ini:

“Terima kasih kerana memaklumkan keadaan di Kg Kerinchi. Untuk pengetahuan Cikgu dan Soleh, petang semalam seorang besar negara telah tiba-tiba maklumkan kepada teman-teman Jalan Petaling untuk bertemu hari ini.”


3.

Dan seperti biasa para pahlawan dan PANGlima Melayu, diam ― membisu seolah-olah tak ada pun yang berlaku.

Luar biasa segala budayawan, ilmuan, cendiakwan Melayu negaraku ini.

Ya, kalian sungguh-sungguh luar biasa.

“Of what good is a highway project?”

Azizi Abdullah dalam tulisan bertajuk, “Of what good is a highway project?” salah satu artikel dalam: Tanah Airku – Land Issues in Malaysia based on CAP’s national conference on “Land: Emerging Issues and Challenges”


“At Bumbung Lima in Kepala Batas, Prai, a poor farmer ― let me call him Tuk Said ― had a piece of heritage land and a padi field which he harvested twice a year. On his land, he had some coconut trees, banana trees and others.

When a highway project was started, a strip of his land was affected. Tuk Said protested as he had no other land. If the project was allowed to continue, it would mean the end of his land and field.

Unfortunately Tuk Said’s friends had already agreed to the compensation, so only Tuk Said persisted and continued to fight for his land. He almost managed to nip the project in the bud.

Finally he was visited by certain parties who lorded it over him and said that if Tuk Said did not want the money, they would keep in a trust fund, and it would be real hard to get back the money. At first, Tuk Said stood his ground. Then they said whether he liked it or not, his land would still be taken over by the authorities for the project.

In the end, Tuk Said was forced to accept the RM 60,000 compensation. But being heritage land, Tuk Said had to share his money. He was left with RM 10,000. And what could he do with the RM 10,000? Buy back the equivalent of the land taken away? Buy a terrace house? Buy a field as big as the one lost? Or get the coconut trees, banana trees and others just like the previous ones he had?

Now Tuk Said has built a house costing RM 5,000 on reserve land of the new highway. When the highway is ready, what kind of dangers will Tuk Said face, with his home on the side of it? But then, Tuk Said has no other alternative.

Maybe one day he will receive an order to quit the area, as he would be deemed to have overstayed on reserve land. Perhaps Tuk Said himself would have got tired of the highway conditions and left the place. But where would he go? To the forest? Under the bridge? Only God knows….”

Tuesday, March 20, 2012

Antara Bulan dan Wira

Pesanan ringkas Dinsman kepada saya: "PAKSI akan menganjurkan sesi "Telaah Buku" bulanan di Madrasah Seni, Kampong Banda Dalam, Jalan Gombak, Sabtu 24 Mac 2012. Hasni Abas akan memperkatakan buku esei A Samad Said "Antara Bulan dan Wira" jam 2.30 petang. Sudilah hadir dan ajak kawan-kawan bersama." Saya ingin tambah begini: Wahai sekalian teman PAKSI yang wujud di muka bumi ini, tolong sebarkan. Tk.

Monday, March 19, 2012

Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu

Dinsman (Artikel 299, 19/3)
Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu

Sempena memulakan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan menganjurkan Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu, dengan beberapa kelompok penulis, seniman, ilmuan, profesional dan keagamaan, pada 14 dan 15 Mac, di Menara DBP, Kuala Lumpur. Tujuannya untuk mendapatkan pandangan, harapan dan cadangan pihak-pihak tersebut, mengenai apa yang perlu dan patut dibuat oleh DBP.

Saya sempat hadir pada sesi kedua pagi Khamis, iaitu bersama dengan kelompok NGO, seniman, karyawan dan belia; dan pada sesi petangnya bersama kelompok keagamaan. Alhamdulillah, kedua-dua sesi itu nampaknya berjalan dengan baik, walaupun tidak ada apa-apa yang baru dan luar biasa dapat didengar daripada mereka yang hadir dan bercakap.

Memang pun tidak ada apa-apa yang baru dan luar biasa yang perlu diharapkan daripada sesi dialog atau muzakarah itu. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai harapan kepada Dr Awang Sariyan sebagai Ketua Pengarah baru DBP, bukanlah kita mengharapkan sesuatu idea yang baru dan luar biasa. Kita hanya mengharapkan DBP mempunyai seorang Ketua Pengarah yang faham keperluan bahasa, sastera dan keilmuan dalam konteks kehidupan masyarakat dan rakyat Malaysia hari ini.

Masalah yang paling ketara dan disebut dalam kedua-dua sesi itu misalnya ialah masalah penerbitan majalah-majalah DBP yang suatu masa tak berapa lama dulu pernah menjadi majalah-majalah yang paling diminati oleh masyarakat kita (Dewan Masyarakat, Dewan Siswa), tetapi hari ini telah hilang dari pasaran. Itu sama sekali tak perlukan idea baru.

Yang perlu ialah tindakan bagi mengatasi masalah yang menyebabkan terjadinya mala petaka itu, dan berusaha untuk kembalikan semula majalah-majalah itu kepada statusnya yang pernah dicapai dulu. Selepas itu barulah difikirkan bagaimana hendak memajukannya melebihi status yang pernah dicapainya itu.

Manakala majalah yang telah sengaja dihentikan penerbitannya, ialah Dewan Agama dan Falsafah, hendaklah dihidupkan semula.

Mengenai penerbitan buku dalam pelbagai bidang dan usaha untuk memperbanyakkan bilangan judul buku yang hendak diterbitkan – itu bukannya cerita baru. Itu cerita lama yang selalu diulang-ulang menyebutnya, dan sehingga ini DBP belum pernah pun mencapai status yang diharapkan itu. Cerita manuskrip yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk dicetak (hingga bahan di dalamnya pun menjadi ketinggalan zaman) masih belum dapat diatasi sejak berpuluh tahun.

Begitu juga cerita buku yang telah dicetak tetapi terperuk penuh di dalam gudang, tidak dijual – pun cerita yang sudah terlalu lama, sejak saya mula masuk kerja di situ tahun 1974 dulu lagi. (Makanya memungkinkan saya mengangkutnya dengan lori untuk dilambakkan ke atas pentas sebagai set teater Bukun Bunuh Diri, tahun 1974). Sampai sekarang pun tak ada kemajuan.

Jadi memang kita sama sekali tidak memerlukan idea baru untuk DBP. Cuba lihat masalah penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bahkan hingga ke peringkat universiti. Isu PPSMI itu! Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apa yang perlu dibuat mengenainya ialah kembali kepada status tahun-tahun sebelum dasar karut itu dibuat.

Pendek kata, DBP sudah lama tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Maka yang diharapkan kepada Awang Sariyan ialah mengembalikan DBP kepada fungsinya yang sebenar, dan mengembalikannya kepada status terbaik yang pernah dicapainya dalam sejarahnya sebelum ini.

Dan dengan mengatakannya demikian saya sama sekali tidak bermaksud bahawa muzakarah 14 dan 15 mac itu tidak penting. Walaupun Ketua Pengarah sebelum ini juga pernah mengadakan majlis dialog yang kira-kira serupa tetapi selepas itu bahtera DBP dibawanya hanyut entah ke mana, kita percaya di tangan Awang Sariyan bahtera baru yang sedang dikemudikannya sekarang tidak akan ikut hanyut seperti yang dulu itu.

Dalam ucapan ringkasnya membuka majlis itu dia mengatakan tujuan muzakarah dibuat ialah untuk “mengembalikan DBP kepada masyarakat, kepada rakyat”, sepertimana DBP dulu ditubuhkan atas kehendak rakyat dan terus didokong oleh rakyat melalui persatuan-persatuan dan badan-badan bahasa dan penulis waktu itu.

Mendengar itu sahaja pun saya sudah gembira. Sebab apa? Itu menunjukkan yang Awang Sariyan memang benar-benar faham akan kedudukan DBP dan semangat kewujudannya yang tidak boleh dipisahkan daripada rakyat, khasnya penulis-penulis dan persatuan bahasa dan sastera.

DBP hendaklah mengekalkan hubungan baik dan mesranya dengan para penulis dari seluruh pelosok tanahair. Dialog antaranya dengan para penulis jangan diputuskan. Seperti suatu waktu dulu, para penulis tidak berasa kekok dan janggal untuk datang ke DBP pada bila-bila masa sahaja, kerana mereka menganggap DBP itu adalah kepunyaan mereka. Ini paling ketara sewaktu Usman Awang masih berkhidmat di DBP.

Tetapi selepas Usman Awang tidak lagi berkhidmat di situ, hubungan mesra itu sedikit demi sedikit menjadi hilang. DBP dan para penulis menjadi berjauhan. DBP pun tidak lagi mahu mendengar suara, harapan dan pandangan penulis.

Sekarang kita melihat Awang Sariyan ingin kembali kepada hubungan mesra yang seperti itu. Saya mendengar buat kali keduanya pada 15 Mac itu dia mempelawa penulis untuk memanfaatkan ruang-ruang tertentu yang tersedia di bangunan DBP itu, untuk kegiatan-kegiatan bahasa-sastera yang sesuai.

Saya memang tertarik, terutamanya ruang yang dikatakannya di tingkat 31 itu. Insya Allah saya akan mengajak kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat bersama kawan-kawan lain untuk berkreativiti di sana, dalam waktu terdekat ini. Kita jumpa di sana!

Angka: 'Sifar' dan 'Satu'

Siapakah pengkritik dasar awam kita?


Seorang kawan: Aku ada satu teori: Orang-orang politik, seperti si miskin juga suka ‘tikam ekor’? Biasanya yang suka tikam ekor adalah para miskin-papa. Mereka tak ada tempat untuk menaruh harapan ― kecuali bertaruh dan mengharapkan nasib yang mujur.

Aku: Kaitannya dengan orang-orang politik?

Seorang kawan: Orang-orang politik sering bermimpi dikejar peti-peti undi. Oleh sebab itu, hidup dan kehidupan mereka juga dipenuhi angka.

Aku: Jadi?

Seorang teman: Jadi mereka juga gemarkan angka. Khir Toyo telah mencuup ‘sifar’ sementara ‘satu’ pula dikontrak Najib.


2.

(Sebenarnya bukanlah tujuan kita memperkatakan industri nombor ekor yang tumbuh subur di negara ini ― kecuali di Kelantan itu). Kita teringatkan dasar ‘sifar’ Khir Toyo dan pengaruhnya kepada negeri yang telah ditinggalkannya.


Ya, apabila Khir Toyo, CEO yang lebih terkenal dan sering pula dipadankan dengan hadiah penyapu kepada pegawai tinggi kerajaan, menjadikan ‘setinggan sifar’ sebagai dasar Negeri Selangor ― adakah sesiapa yang tampil untuk memberikan khidmat nasihat kepada Sang Penguasa negeri terkaya di negara kita itu, iaitu nasihat tentang kesan dan akibat dasar-dasar seperti itu? Adakah sesiapa yang telah mengkhabarkan bahawa memindahkan manusia secara pukal@enmass@enblock seperti ayam daging ― ke rumah-rumah pangsa ― bakal mencipta satu koloni manusia yang baru? Satu koloni manusia yang padat dan sesak. Siapakah yang sepatutnya tampil untuk memberikan pandangan kedua yang mungkin kurang disenangi?


3.

Maka para setinggan yang ‘dinaikkan taraf’ itu pun meninggalkan zaman lampau dengan membawa bersamanya budayanya yang tersendiri pula. Paling utama ― mereka telah meninggalkan tanah-tanah kosong. Bayangkan makna tanah-tanah yang kosong kepada para cukong dan kaum kerabatnya.

Sunday, March 18, 2012

Kita menunggu tarikhnya

Bila?


"The Election Commission has so far only agreed to only 1 demand of BERSIH 2.0's eight demands, and even then indelible ink was only for ordinary voters but not for postal voters. A strong message must be sent to the government of the day to state that the rakyat wants a free and fair elections before any elections can be called, otherwise it will be flawed and a dirty PRU13."

Mandeep Singh
Project Officer,
BERSIH 2.0 Secretariat


2.

Tidak perlu diceritakan, apatah lagi mengulas panjang segala lakonan mereka untuk mengelak pilihan raya yang telus dan adil. Hanya lakonan, demi lakonan yang mereka pentaskan. Agenda terpenting mereka: Bagaimanakah kuasa itu MESTI dikekalkan.

Kantong pilihan kita juga sudah kering kontang kecuali sisanya. Yang cantiknya sisa pilihan ini selaras dengan konsep yang gah dan hangat dilelong sekarang ini: SATU.

Ada SATU pilihan - Bersih 3.0

Saturday, March 17, 2012

Sebuah pesan



Pesan gelandangan


Ia pendatang terbaru. Koleksi terbaru adikku, pencinta kucing yang tekun sekali merawat dan meladeni kucing-kucing terbiar. Ya, seperti kebanyakan kucing lainnya yang sudahpun dinaikkan-tarafnya menjadi penghuni tetap, ia juga mantan ― mantan gelandangan.

“Adik namakan Bo-Boy.” Wah, tak kurang nilai komersialnya, fikirku.

Sejak aku sampai ke kampung, Bo-boy begitu asyik dengan permainan baru yang baru ditemuinya. Dan ternyata ibu juga cukup terhibur melihat aksi Bo-Boy bermain di seluruh anjung. Apakah tidak mungkin dalam pelbagai aksinya yang bersungguh-sungguh itu ada pesan penting buat sang empunya permainan: Jangan pernah kau lupakan ibumu di kampung?

Bo-boy, terima kasih kerana sudi-peduli memperingatkan.

Friday, March 16, 2012

Madrasah Seni

Dinsman (Artikel 298, 16/3)
Apa itu Madrasah Seni?


Apa itu Madrasah Seni? Tiba-tiba soalan itu melintas dalam kepala saya. Bukan saya tidak tahu akan ‘Madrasah Seni’ yang telah dirasmikan oleh SN A Samad Said di surau Kg Bandar Dalam (KBD), 10 Mac lalu itu. Mustahil saya tidak tahu kerana saya sendiri pun terlibat dengannya, bahkan terlibat juga mengasaskannya bersama kawan-kawan lain. Tetapi soalan itu melintas juga dalam fikiran saya – Apa itu Madrasah Seni?

Ya memang, idea asalnya Madrasah Seni di surau KBD itu hanya sebuah bengkel penulisan, yang dibuat secara tetap atau bersiri pada setiap bulan, pada hari Ahad minggu ke-4. Itu saja. Kemudian anak-anak muda yang terlibat dalam bengkel penulisan itu mencadangkan nak kembangkannya dengan beberapa bengkel seni yang lain. Dan akhirnya kami bersetuju dan menamakannya ‘Madrasah Seni’.

Itu cerita tertubuhnya Madrasah Seni di surau KBD itu. Hanya kini saya terfikir – apa itu Madrasah Seni? Apakah hanya bengkel penulisan dan bengkel lukisan sebulan sekali itu sahaja? Memang, seperti diakui ‘Pengetua’nya Cikgu Ishak Surin, apabila dua bengkel ini berjalan lancar, akan ditambah pula dengan bengkel-bengkel yang lain lagi – seni khat, seni suara, seni kraf dan sebagainya.

Tetapi pun saya masih berfikir juga – itu sahajakah ‘Madrasah Seni’ itu? Bukan Madrasah Seni yang di surau KBD itu, tetapi Madrasah Seni yang pada umumnya, maksud yang sesungguhnya daripada kata “Madrasah Seni” itu sendiri. Maka mulalah datang beberapa gambaran jawapannya dalam fikiran saya.

Tentunya tidak sekadar bengkel penulisan dan bengkel lukisan dan lain-lain bengkel yang telah dirancang itu begitu dan begitu sahaja. Tentunya lebih daripada itu. Namanya pun ‘Madrasah Seni’. (Ini Benz Ali dengan Paksi Anak Mudanya itulah yang pandai-pandai mencadangkan nama ini. Sekarang otak saya pula dirangsang supaya memikirkannya.)

Apakah ia dinamakan ‘Madrasah Seni’ hanya kerana bengkel-bengkel seni itu dibuat di madrasah (surau)? Pada hakikatnya memanglah ya, begitu. Tetapi apabila bengkel-bengkel seni itu dibuat di madrasah/surau, tentulah ia tidak sekadar bengkel-bengkel seni yang biasa. Ia mestilah membawa ciri-ciri Islamnya.

Ya memang pun. Seniman Paksi Rakyat itu sendiri pun memang membawa ciri-ciri Islam. Itu tak perlu risau. Cuma ada fikiran yang singgah di kepala saya mengatakan bahawa yang namanya ‘Madrasah Seni’ itu sepatutnya tidak hanya bengkel-bengkel itu sahaja. Mestilah ada yang lain lagi selain daripada bengkel-bengkel.

Teringat peristiwa sambutan Rakyat Bantah PPSMI yang berlangsung di surau itu Sabtu lalu. Orang yang hadir memang tidak ramai seperti yang diharapkan. Tetapi rupa-rupanya, seperti kata A Samad Said ketika berucap dalam majlis itu, bukan jumlah yang hadir itu yang penting. Makna atau kualitinya itu yang penting.

Dan barangkali hal itu juga yang mengusek-usek fikiran saya. Melihat bagaimana ruang perpustakaan surau itu pada petang itu telah bertukar menjadi majlis pertemuan tokoh-tokoh penting bahasa, sastera dan buku; dan juga telah berlangsungnya suatu percakapan penting mengenai pemikiran dan perancangan bahasa, sastera dan budaya kita di situ.

Sasterawan Negara A Samad Said dengan amanatnya yang disifatkan oleh kawan-kawan bukan lagi sekadar seorang penulis, tetapi telah mencapai taraf negarawan. Kemudian Profesor Shaharir, seorang saintis Melayu yang banyak menghasilkan buku-buku sains bertaraf dunia, tetapi tetap memperjuangkan bahasa Melayu. Profesor Emiritus Abdullah Hassan yang bukan sahaja pakar bahasa tetapi juga komunikasi. Ainon Mohamad pakar teknik berfikir dan seorang usahawan yang berjaya, iaitu Pengerusi dan tuanpunya penerbitan PTS.

Dan paling tidak diduga ialah Dr Awang Sariyan, yang ucapannya petang itu cuba menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan kawan-kawan, seperti suatu taklimat mengenai perancangan yang akan dilaksanakannya sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Memang dia mencetuskan harapan baru. Sungguh mengujakan!

Dan itu semua berlaku di situ. Bukankah di situ itu adalah Madrasah Seni?

Dan barangkali saya juga terkesan dan terpengaruh dengan satu lagi sesi wacana ilmu yang berlaku sehari selepas itu, bersama Prof Shaharir dan Dr Alinor (serta Dr Zainal Ab Aziz dan Mohd Zaidi Abdullah) yang berlangsung dengan jayanya, dan memuaskan, di Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS), Shah Alam, Ahad lalu.

Maka itulah yang muncul dalam fikiran saya. Majlis-majlis wacana ilmu yang seperti itu, perlulah menjadi sebahagian daripada pengisian Madrasah Seni. Terus saya lontarkan idea itu kepada kawan-kawan. Hasni Abas paling cepat menangkapnya, langsung dengan cadangan untuk memperkatakan salah sebuah buku karya A Samad Said, dalam bulan ini juga.

Soleh, anak muda yang menguruskan Madrasah Seni juga segera bersetuju dan menyatakan sanggup menguruskannya. Cikgu Ishak bukan sahaja bersetuju, malah menggalakkannya. Maka ditetapkanlah hari dan waktunya – Sabtu minggu ke-4, selepas solat Zuhur.

Pun dalam fikiran saya masih ada lagi gambaran-gambaran yang lain lagi, terbit daripada kata ‘Madrasah Seni’ itu. Seperti ingin melihat seniman-seniman berkarya pula di situ. Teringat yang Hasni sudah beberapa kali mencadangkan dibuat sesi Baca Puisi bulanan di situ. Tetapi nampaknya belum menjadi, kerana memerlukan persiapan dan kesanggupan anak-anak muda menguruskannya, barangkali.

Dan terlintas juga dalam fikiran saya – kenapa Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) tidak dipentaskan di Madrasah Seni? Ia telah dipentaskan di beberapa masjid dan surau yang lain, di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor. Telah lebih 50 kali dipentaskan di merata tempat, dan masih lagi dipentaskan (terakhir di UIA Gombak 6 Mac lalu), tetapi kenapa tidak di Madrasah Seni ini?

Ya, ya, kenapa tidak?

Thursday, March 15, 2012

Jelajah Warisan

【濒危文化遗产,导览之旅】
日期:18/3/2012 (星期日)
近年来,迅速的城市发展和规划,导致我国许多有形和无形的珍贵文化遗产 都面临消失的命运。如果这一切未能及时阻止,我们的下一代将与历史文化和先贤的智慧断源,社会和谐及多元文化发展也将因此失衡。

目前,在雪隆地区饱受影响的社区包括了:超过150年历史的Kampung Banda Dalam 、 开发于1900年的甘榜巴鲁Kampung Baru、 建于1906年的弥陀岩佛庙、拥有120年历史的苏丹街社区以及半个世纪前建立的Kampung Kerinchi社区。这些老社区和文化古迹,都因为将要让路给捷运发展、高速公路、建购物广场和高楼大厦等而面临逼迁或摧毁的命运!
《濒危文化遗产,导览之旅》将是马来西亚前所未有的一项集体关怀文化遗产的活动,我们将带领5个地区的各族居民 和公众人士,在5个地区的导览人的引领下,以互相关怀的心态走进五个处于雪隆一带拥有独特历史文化景观的老社区,让各族子民亲身体验当地人文风情,聆听百姓讲古,述说捍卫家园的心路历程。

有兴趣参与导览之旅的公众人士,可以联系梁莉思 - 012 - 9564215

-----

Jelajah Warisan: - Satu Ekspedisi Untuk Mengenali Warisan-Warisan Negara
Yang Bakal Lenyap

Tarikh: 18/3/2012 (Ahad)

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, projek pembangunan mega dan perancangan pembangunan bandar yang lemah telah mengancam kewujudan warisan-warisan negara. Sekiranya trend ini tidak dibendung segera, maka terputuslah kesinambungan sejarah, budaya dan tradisi kita sehingga ia boleh menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan ketidakseimbangan pembangunan negara. Kini, Kampung Banda Dalam yang berusia lebih daripada 150 tahun, Kampung Baru yang dibuka sejak tahun 1900, Tokong Mee Thor Gan yang dibina di Ampang pada tahun 1906, Jalan Sultan yang terbentuk sejak 120 tahun dahulu serta Kampung Kerinchi yang berusia setengah abad, semua ini akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada projek-projek mega seperti MRT, lebuh raya, kompleks membeli-belah dan pencakar langit. Jelajah Warisan akan membawa peserta-peserta melawati kelima-lima tapak warisan ini yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mengenali secara dekat sejarah, budaya dan tarikan mereka. Para peserta akan mengalami sendiri keunikan, keindahan dan kemesraan komuniti-komuniti ini serta mendengar kisah perjuangan mereka mempertahankan kampung halaman masing-masing.
Perjuangan mempertahankan warisan negara bermula dengan kita. Sekarang.
Sesiapa yang berminat menyertai activiti ini, sila hubungi Leong LihSy-012 - 9564215
-----


Jelajah Warisan:

- An Expedition To Learn About Vanishing National
Heritage Sites

Date: 18/3/2012 (Sun)

In recent years, the mushrooming of mega projects and poor urban planning have threatened the existence of heritage sites in the country. If this trend is not hindered immediately, it will destroy the preservation of our history, culture and tradition, causing disharmony and imbalanced development in the society.

Today, many heritage sites including 150-year-old Kampung Danda Dalam, Kampung Baru which was built in 1900, Mee Thor Gan Temple in Ampang which was built in 1906, 120-year-old Jalan Sultan and 50-year-old Kampung Kerinchi, have to give way to MRT project, expressways, shopping complexes and skyscrapers.
Jelajah Warisan will take participates to all these five heritage sites in Kuala Lumpur and Selangor to learn about their histories, cultures and traditions up close and personal. Participates will be able to experience for themselves the uniqueness, beauty and hospitality of these communities and listen to stories of their struggle to protect their homes and roots.
Protect our heritage. It begins with us. Now.

Public who are interested to participate in this tour, please contact Leong Lih Sy-012 - 9564215



*********

Jadual Perjalanan/行程表/Schedule:

Tarikh/日期/Date: 18/3/2012 (Ahad/星期日/Sunday)

Masa bas bertolak/巴士出发时间/Time of bus departure:
Bas 1: 8:00am (Gospel Hall, Jalan Sultan)
Bas 2: 8:00am (Kampung Banda Dalam, Madrasah Tarbiyah, Jalan Gombak)

Pendaftaran/Registration/报名:
/ Wartawan dan jurugambar yang ingin mengikut bas, minta register sebelum 17/3 dengan nama penuh, IC nombor dan nombor telefon bimbit. Kalau guna kenderaan sendiri, kita boleh jumpa di Kampung Kerinchi, 8.30am.

/ 欲跟团的记者及摄影师请于17/3前报名,报名时请登记名字,IC号码及电话号码。若自备交通工具,可自行至Kampung Kenrinchi, 8.30am会合。

/Reporter who would like to join the bus tour, please kindly RSVP before 17/3.
Kindly provide Full name, IC number and mobile number upon registration.
If you take own transportation following the tour, we can meet straight 8.30am at Kampung Kerinchi.


8:30am
Kampung Kerinchi
/ Sarapan Pagi, ucapan perasmian oleh Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita – Cikgu Ishak Surin
/ 早餐,捍卫国家文化遗产协会主席 Cikgu Ishak Surin至开幕词
/ Breakfast, opening speech by President of Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita – Cikgu Ishak Surin

10:00am
Jalan Sultan
/Jelajah
/导览
/Tour

11:15am
Kampung Baru
/Jelajah
/导览
/Tour

12:30pm
Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak, Batu 4 1/4
/Jelajah, makan tengah hari, persembahan budaya
/导览,物餐,文化表演
/Tour, Lunch, cultural performances


2:15pm
Tokong Mee Thor Gan, Ampang
/Jelajah
/导览
/Tour

3.15pm
/Bus balik ke Jalan Sultan, Kampung Kerinchi dan Kampung Banda Dalam
/巴士返回苏丹街,Kampung Kerinchi 及 Kampung Banda Dalam
/Bas return to Jalan Sultan, Kampung Kerinchi & Kampung Banda Dalam

-----

Penganjur/主办单位/Organizer:
Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita

Usaha sama/In collaboration with/连办:
/MUAFAKAT(Majlis Permuafakatan Perkampungan Warisan Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Petaling Street Community Art Project, Kampung Kerinchi Community, Jalan Sultan Community

/马来西亚社会和谐协会,茨厂街社区艺术计划,Kampung Kerinchi 与 Jalan Sultan 街访。

Memerangi bencana

Wajah-wajah bencana


Para penjual motivasi jarang melepaskan peluang menggesa mangsa-mangsa boraknya bahawa setiap masalah itu adalah peluang. Dengan penuh semangat mereka berseru: Lihatlah masalah itu sebagai sebagai peluang yang boleh dimanfaatkan! Jika kita kembangkan contoh ini kepada hal-hal lain, misalnya ― banjir besar yang pernah melanda Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam satu ketika dulu yang menyebabkan kerugian besar (katanya, 110 juta?) juga telah membawa bersamanya nikmat. Ya, ada yang mendapat ‘nikmat’ daripada banjir itu. Ia nikmat kepada mereka yang saban waktunya memburu PROJEK. Banjir besar itu telah membawa bersamanya projek segera yang mesti disegerakan.


2. PRU 12 adalah bencana adalah nikmat


Apabila Sang Penguasa telah kalah luar biasa dalam PRU 12 yang lalu, ramai rakyat Malaysia yang mendapat nikmat-manfaatnya. Pelbagai manfaat berbentuk umpan (bersalut kail?) dan coklat (bersalut racun?) yang diteran keluar ― dan paling mutakhir tersembul diteran rahim nikmat ini ialah BR1M. Dalam konteks pesta-pestaan menghambur-hamburkan coklat nikmat ini, mungkin yang terkilan adalah para penjawat awam. Senario ini menunjukkan bahawa bukan semua bencana menjadi bencana kepada sekalian manusia. Ada manusia yang mendapat manfaat daripada bencana. Sementara manusia bijak yang bijak menerkam peluang daripada bencana, sentiasa menmanfaatkan bencana.

Kekalahan Sang Penguasa dalam PRU 12 yang lalu juga adalah bencana. Adakah PRU 12 itu hanya menjadi bencana besar kepada Sang Penguasa saja? Yang jelas Sang Penguasa yang tidak rela melepaskan kuasanya, terus-terusan berhempas pulas mahu mencengkamnya. Seperti Kutty yang tidak rela tewas di tangan Ku Li dalam pertarungan sengit-hodoh-penuh-sejarah merebut pucuk pimpinan adalah permulaaan pelbagai kerosakan kepada peraturan dan sistem yang wujud di negara kita. Maka PRU 12 adalah lanjutan bencana kepada sistem demokrasi negara kita. Kekalahan itu telah membuat seluruh jentera dan mesin Sang Penguasa menukarkan gearnya untuk memasuki fasa pertempuran liciknya yang terbaru. Fasa baru ini membawa bencana seterusnya kepada sistem dan proses demokrasi kita. Bilakah BERSIH mahu membersihkan lagi kekotoran ini?

Sesungguhnya bencana yang maha besar dan lebih memudharatkan menjadi semakin parah selepas PRU 12. Kekotoran sistem dan proses kita memilih wakil rakyat masih belum diBERSIHkan seluruhnya. Lapan tuntutan bersejarah itu belum ke mana-mana. Masih ada saja dolak daliknya. Makanya apabila telah siap Bersih 2.0 mengasah penyapunya ― sebelum segala macam hantu itu bangun dari pusaranya untuk beraksi dalam PRU 13 ― kita, sebagai rakyat sah negara kita yang tercinta ini, perlulah bersiap sedia untuk turun ke jalan raya.


Kita ke jalan raya memerangi bencana - buatan manusia.

Monday, March 12, 2012

PPSMI

Dinsman (Artikel 297, 12/3)
Isu PPSMI: Siapa nak betulkan salah faktanya?


“Tidaklah mustahak sangat. Lagipun ia perkara kecil sahaja.” Kita biasa menganggapnya demikian, lalu melupakannya, hinggalah apabila jarak masa telah jauh meninggalkan peristiwa bersejarah itu, baharulah kita akan menyedarinya apabila kajian mendalam mula dilakukan ke atas perkara tersebut. Malah ada kemungkinan kesilapan fakta yang dianggap kecil itu akan terus tidak disedari, walaupun apabila suatu hari kemudian perkara kecil itu sudah menjadi perkara besar dan penting.


Misalnya ada beberapa kesalahan fakta mengenai sejarah awal Asas 50 (sebuah pertubuhan dan gerakan sastera-budaya yang penting di zaman 1950-an), yang terus-terusan disebut oleh beberapa orang pengkaji yang menyalinnya berdasarkan satu sumber yang dianggap benar, hinggalah tampil salah seorang tokoh Asas 50 sendiri memperbetulkannya.


Saya terfikirkan perkara ini apabila Razali Endun membisikkan sesuatu kepada saya dalam Seminar Wacana Pemikiran Datuk Hassan Ahmad, apabila ada pemakalah membincangkan peranan Datuk Hassan Ahmad dalam perjuangan menuntut pemansuhan dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Wacana tersebut berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, 6 Mac lalu, anjuran Persatuan Penulis Budiman dan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.


Hassan Ahmad diakui oleh semua pemakalah dalam wacana tersebut sebagai seorang pemikir dan pejuang bahasa Melayu yang penting. Prof Teo Kok Seong (UKM) menganggapnya sebagai ‘linguis nasionalis’. Ada yang menyebut penglibatan Hassan Ahmad dalam isu PPSMI sebagai kemuncak perjuangan bahasanya, yang telah berjaya menggembleng rakyat dalam jumlah besar turun ke jalanraya bersama dengannya bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan dasar tersebut.


Razali Endun terkesan seperti ada yang menganggap Hassan Ahmad sebagai penggerak atau pencetus gerakan yang berjaya menghimpun sekitar 100 ribu rakyat berarak di jalanraya pada 7 Mac 2009 itu. Anggapan yang lahir berdasarkan peranannya sebagai Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). Hal itulah yang dibisikkannya kepada saya.


Sebenarnya ada peristiwa lain lagi sebelum ini yang menyebabkan Razali menjadi bimbang. Ada pihak-pihak tertentu yang telah mengisytiharkan bahawa dasar PPSMI itu telah disetujui oleh kerajaan Malaysia untuk dimansuhkan (secara bertahap-tahap) adalah hasil daripada perjuangan pihak mereka (bukannya pihak GMP yang dipimpin oleh Hassan Ahmad bersama dengan beberapa orang budayawan anti kerajaan Umno-BN itu).


Demikianlah situasi keliru dan mengelirukan yang sedang mewarnai masyarakat kita hari ini. Masyarakat yang sejak Reformasi 1998 telah berpecah dan dipisahkan pula oleh peranan pihak media yang membuat laporan memihak kepada pihak masing-masing, atau memihak kepada “kebenaran” pihak masing-masing, hingga kebenaran itu sendiri pun telah dikelirukan maknanya. (Di sana ada banyak lagi kes atau peristiwa yang mengelirukan).


Yang dimaksudkan dengan pihak masing-masing itu pada umumnya ada dua pihak, iaitu pihak yang menyokong kerajaan Umno-BN, dan pihak yang tidak menyokong kerajaan Umno-BN (atau yang menyokong pihak Pakatan Rakyat)


Dalam kes gerakan membantah dasar PPSMI situasinya agak unik dan berbeza, kerana yang menyokong dan tidak menyokong dasar itu bukannya pihak yang sama dengan yang dikenali sebagai pihak yang menyokong dan tidak menyokong kerajaan Umno-BN. Dalam kes ini kebanyakan budayawan dan rakyat yang menyokong kerajaan Umno-BN pun turut bersama-sama dengan pihak yang tidak menyokong kerajaan Umno-BN, membantahnya. Yang menyokongnya ialah para pimpinan Umno-BN dan rakyat yang berkepentingan tertentu serta tidak mempunyai kesedaran jatidiri Melayu.


Dan Hassan Ahmad dipilih oleh sekumpulan penggerak awal gerakan mansuhkan PPSMI untuk memimpin GMP adalah kerana dia tidak jelas memihak kepada mana-mana dua pihak tersebut, disamping faktor penting yang lain iaitu dia diakui sebagai tokoh bahasa berwibawa, oleh semua pihak termasuk para pimpinan Umno-BN dan juga pimpinan Pakatan Rakyat.


Dengan latar sosio-politik-budaya yang sedemikian itu maka mudahlah (dan hampir dengan sendirinya) terjadi beberapa kekeliruan fakta sebenar di sekitar perjuangan memartabatkan semula bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah, atau pemansuhan PPSMI itu.

Wacana di UPSI memang tidak diharapkan untuk menjelaskan hal tersebut, kerana ia bukanlah perkara yang penting dalam konteks pemikiran Hassan Ahmad. Namun saya membangkitkannya di sini hanya sebagai sebuah catatan peribadi, seperti pendekatan Prof Emeritus Abdullah Hassan yang mencatatkan beberapa kelemahan Hassan Ahmad dalam penterjemahan novel Dunia Sofie, padahal pencapaian dan sumbangannya melalui penterjemahan novel itu adalah jauh lebih besar.


Abdullah Hassan mengemukakan penilaiannya terhadap kerja terjemahan Hassan Ahmad, yang menterjemah novel falsafah Dunia Sofie karya Jostein Gaarder. Selain Abdullah dan Teo Kok Seong, pemakalah yang turut membentangkan kajian dan pemerhatian mereka dalam wacana itu ialah Awang Sariyan (DBP), Raja Masittah (UPM), Mana Sikana (UPSI) dan Jaafar Ab Rahim. Manakala Zainal Abidin Borhan (Yayasan Karyawan) menyampaikan ucaptama.


Paling menarik pada saya ialah perhatian yang diberikan oleh Zainal Abidin Borhan kepada usaha Hassan Ahmad menerokai alam fikiran atau minda Melayu, khasnya melalui makalah yang berjudul “Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu mencipta makna dan membentuk Epistemologinya”, yang kemudian diterbitkan sebagai monograf itu (oleh Akademi Pengajian Ketamadunan, Sungai Ramal Dalam, 2003).


Kolum ini memang tidak memungkinkan saya mengulas lanjut Wacana Pemikiran Datuk Hassan itu. Banyak perkara yang menarik mengenai pemikiran Hassan Ahmad sebenarnya. Maka kita harap wacana di UPSI itu hanya satu permulaan usaha untuk mengangkat pemikiran Hassan Ahmad, yang akan diikuti oleh usaha-usaha selanjutnya lagi selepas ini.

Friday, March 9, 2012

Terlalu sibuk.

Sibuk politik lupa seni budaya


ABD SHUKUR HARUN
shukurharun@yahoo.com

Di tengah kesibukan dunia politilk, terutama menjelang PRU Ke-13, barangkali ramai orang politik lupa akan kepentingan kegiatan seni budaya dalam kehidupan ini.

Pada anggapan umum, biasanya, melihat kegiatan seni budaya ini adalah kegiatan yang tidak serius kerana ia lebih menjurus kepada hiburan. Tanggapan ini sewajarnya diperbetulkan, justru ia boleh menjadi kegiatan berfaedah, misalnya, kegiatan seni yang berunsur Islam – seperti penulisan, teater, lagu-lagu nasyid, puisi dilatari muzik dan sebagainya.

Kegiatan seni yang berfaedah ini tentu saja mampu menghantar mesej dakwah, pesan-pesan keTuhanan, pembinaan akhlak, kasih saying keluarga dan sebagainya.

Sebab itu, Dinsaman, seorang penyair dan tokoh teater tersohor, seringkali mengemukakan pendapat bahawa dalam kesibukan orang politik dengan kegiatan mereka perlulah juga mereka memberi fokus kepada kegiatan budaya, atau jangan hanya bermuim.

Dalam hubungan ini, pemikir budaya yang mengetuai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) itu sempat menulis buku ‘Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya’ – diterbitkan oleh PAKSI sendiri. Buku Dinsman ini adalah kumpulan rencananya yang pernah disiarkan oleh Harakah dalam kolumnya ‘Wacana Budaya’. Buku yang berharga RM17 ini, antara lain menggesa negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – di samping sibuk dengan aktiviti politik – supaya memberikan perhatian juga kepada kegiatan seni budaya.

Dinsman berterimakasih terhadap respons Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim terhadap ucapannya selaku Presiden PAKSI di Konvensyen Penulis Selangor Jun tahun lalu. Dalam ucapannya itu, Dinsman menyatakan kekeceawannya kerana selepas menang PRU Ke-12, hampir-hampir tidak ada fokus Pakatan Rakyat terhadap kegiatan seni budaya.

Tanpa diduga, katanya, Menteri Besar Selangor itu menyambut kritikan itu – bersama kritikan penulis yang lain – dengan mengemukakan tawaran dan dana khas untuk penulis dan penggiat seni budaya di Selangor sebanyak RM2.5 juta. Baginya ini suatu gambaran keperihatinan Tan Sri Abd Khalid terhadap kegiatan penulis dan penggiat seni yang lain di Selangor.

Bahagian kedua buku Dinsman itu cuba membetulkan salah faham mengenai seni budaya. Beliau mencatatatkan perbincangan dalam pertemuan PAKSI di Shah Alam Jun 2008 yang berkisar kepada persoalan kegiatan seni budaya.

Beliau berpendapat kita sangat kurang kegiatan seni budaya yang sihat. Baginya, ini suatu fenomena yang tidak sihat bagi masyarakat, khasnya golongan muda. Maka itu, Dinsman berharap pemimpin politik – khanya dari Pakatan Rakyat – jangan pandang kegiatan eni budaya ini hanya dari sudut ‘untuk dipergunakan’ bagi kepentingan parti politik saja.
Saya bersetuju dengan pandangannya bahawa para karyawan itu hendaklah dilihat sebagai orang yang bergiat di bidang mereka, yang turut serta menyumbang kepada pembangunan tamadun bangsa.

Memanglah tidak sempurna pembinaan sesuatu tamadun manusia tanpa disertai dengan pembangunan seni dan budaya. Beliau mengambil contoh bagaimana penyair agung Inggeris, William Shakespeare yang banyak menghasilkan karya drama dan puisi di mana tamadun Inggeris berbangga dengannya.

Semua ini, bagi Disnman, ialah kerana karya pengarang Inggeris itu adalah hasil seni tetater yang amat bernilai yang menjadi salah satu puncak dalam pencapaian sebuah tamadun besar dunia.

Berdasarkan kewajaran itulah Dinsman berharap kerajaan Pakatan Rakyat, khasnya yang mempunyai kemampuan kewangan seperti Kerajaan Negeri Selangor, dapat memberi peruntukan dana yang mencukupi bagi membolehkan aktivis seni membanyakkan aktiviti seni budaya.

Saya bersetuju dengan pandangan Dinsman bahawa pihak tertentu memang perlu bertindak tegas terhadap persembahan hiburan melulu yang dianjurkan oleh pihak tertentu kerana ia kegiatan seni yang berunsur negatif. Namun, di samping itu, katanya, mengapa tidak pula mahu mengambil inisiatif mengenengahkan aktivti seni yang tidak negatif sebagai alternatifnya.

Di inilah sepatutnya negeri yang diperintah oleh Pakatam Rakyat bukan saja menggalakkan kegiatan seni budaya yang bermoral tinggi, tetapi juga memberi sokongan kepada penggiat seni alternatif ini. Sebenarnya, kini sudah tampil ramai penggiat seni alternatif, umpamanya nyanyian dan puisi berunsur dakwah, persembahan teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’ (karya dan arahan Dinsman sendiri) yang dipadankan dari kisah sahabat Nabi s.a.w., Ka’ab bin Malik yang enggan berjihad bersama Rasulullah s.a.w. dan para sahabat lain dalam Perang Tabuk.

Peristiwa ini sangat masyhur dalam Seerah Nabi s.a.w., iaitu tindakan Nabi s.a.w. memulaukan Ka’ab kerana kengganannya berjihad. Bagi saya ini suatu contoh sebuah karya seni yang segar, berunsur dakwah dan telah mendapat respons positif ketika dipentaskan di merata tempat, termasuk di beberapa buah masjid dan surau di negara ini.

Di bidang puisi dan nyanyian bernuansa Islam di tanah air, tidak kurang ramainya penggiat seni. Umpamanya Ito dan Blues Gengnya dengan lagu ketuhanannya, Kumpulan Muaz, lagu-lagu Akhil Khayy, puisi Amni Jagat, An-Bakri dan banyak lagi kumpulan muzik dakwah dan berunsur Islam dan kemanusiaan.

Dalam bukunya itu, Dinsman sekali lagi menyebut mengenai penulis terkenal, Almarhum Azizi Abdullah di mana beliau sebagai Presiden PAKSI mencadangkan supaya kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat memberikan anugerah ‘Sasterawan Rakyat’ kepada Azizi dengan iringan ganjaran wang sewajarnya kepada keluarga Almarhum. Di samping itu, perpustakaan awam yang ada di Kulim – tempat kelahiran Azizi – dijadikan ‘Perpustakaan Azizi Abdullah’ ataupun dibina perpustakaan baru dengan diberi nama Almarhum.
Buku Dinsman ini mengemukakan beberapa cadangan dalam usaha memartabatkan seni budaya dan penggiat seni. Memanglah kegiatan seni budaya ini adalah bidang yang sangat sensitif, akan segera menyentuh soal hukum halal haram. Namun dengan keluasan Islam yang syumul, adil dan anjal, kiranya kegiatan seni budaya yang bermoral tinggi masih ada tempatnya.

Saya percaya Dinsman tidak keseorangan dalam hal ini dan penggiat politik hendaknya tidak terlepas pandang dalam perkara ini.

Tuesday, March 6, 2012

TUMPU KEPADA URUSKELOLA NEGERI DENGAN CEMERLANG.- TERAS

Kenyataan Media TERAS
5hb Mac 2012


TERAS HARAP KEPIMPINAN KERAJAAN KEDAH TUMPU KEPADA URUSKELOLA NEGERI DENGAN CEMERLANG.

TERAS Pengupyaaan Melayu (TERAS) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang berjaya keluar dari kemelut kepimpinan yang telah berakhir dengan permuafakatan positif dan baik melalui keputusan kolektif dibawah kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang .

Khilaf kepimpinan adalah suatu yang lazim dalam mana-mana organisasi . Hanya kematangan dan hati yang ikhlas untuk bertanggungjawab langsung kepada Allah ketika menerajui organisasi dan kerajaan negeri , akan menelurkan kejernihan yang cemerlang.

Episod kekhilafan antara pemimpin yang berakhir itu seharusnya menambahkan tekad dan iltizam untuk kembali memperkukuhkan saf dengan lebih ampuh dan utuh .

Sesungguhnya rakyat akan terus memerhati gelagat kepimpinan kerajaan mana-mana gabungan parti politik . Tidak seharusnya diperkecilkan atau meremehkan arus rakyat yang akan sentiasa siap membuat perubahan apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhakis.

Lebih berat lagi kepimpinan seharusnya lebih rasa takut dan gerun dengan persoalan yang bakal dilontarkan bilamana berhadapan dengan Allah S.W.T nanti ketikamana amanah dikhianati.

Inilah rumusan yang sepatutnya dijadi ‘ibrah yang penting untuk semua yang terlibat dengan kepimpinan agar sentiasa mawas dan sedar diri.

TERAS sangat mengharapkan disaat rakyat meletakkan keyakinan bahawa sudah tiba masanya mandat memerintah diserahkan kepada mereka yang berjiwa Islam , kerja keras untuk menunjukkan hasil bahawa memang tawaran Islam jauh lebih ulung berbanding kerajaan yang berteraskan dasar asobiyyah dan sekularisme , hendaklah dizahirkan.

Kini seluruh tenaga harus kembali kepada menentukan mandat rakyat disempurnakan dan amanah Allah ditunaikan.

Tolak mereka yang cuba meraih kesempatan untuk menangguk diair yang keruh , semua aktivis Islam seharusnya kembali bermuhasabah dan siap mentarbiyyah diri dengan lebih intensif dengan kesedaran tinggi bahawa mehnah dan fitnah dalam perjuangan tidak mengenal semada seseorang itu menjadi aktor senior mahpun aktivis muda.

TERAS menyeru semua yang terlibat dalam episod kekhilafahan dikalangan kepimpinan negeri Kedah bersedia meletak ketepi segala persengketaan dan kembali mengukuh khittah perjuangan dengan istiqamah.

Cukup rakyat telah meneliti kepincangan pemerintah yang sudah terlajak tua memerintah Negara ini.

Jika rakyat dikecewakan lagi dengan retorika perjuangan atas nama Islam tetapi gagal mencari jalan persepakatan , tidak ada yang seharus dipersalahkan selain diri sendiri.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Monday, March 5, 2012

Anwar Ridhwan tentang PPSMI

DASAR!

Dalam Ucaptama bertajuk “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan cabaran” dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009, Sasterawan Negara Anwar Ridhwan antara lain berkata:

“ Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui P&P sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains & matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka. Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini. Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik.”

(halaman 25).

Sunday, March 4, 2012

Ariffahmi, Nik Aziz dan imej PAS kini

Dinsman (Artikel 295, 5/3)
Ariffahmi, Nik Aziz dan imej PAS kini


Awal pagi itu saya terima panggilan daripada seorang sahabat dari Kota Bharu. Agak lama tak jumpa dan tak berhubungan telefon, kadang-kadang sekadar bertanya khabar, kerana saya pun sudah agak lama juga tak ke Kelantan. Saya menjawab macam biasa. Tapi rupa-rupanya sudah ada berita yang tersebar dalam media, yang saya tak tahu, kerana saya pun sudah lama membuang rutin membaca akhbar harian atau menonton berita televisyen.

Sahabat saya itu Ariffahmi namanya. Anda pun tentu ingat lagi nama yang pernah mencetuskan kontroversi, sebagai menantu Menteri Besar yang memegang jawatan CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dituduh terlibat rasuah itu. Dia menghubungi saya untuk menyatakan syukur dan terima kasihnya kerana pihak SPRM telah mengumumkan dia bebas dan bersih daripada tuduhan berkenaan. Tidak ada bukti untuk dia didakwa.

Alhamdulillah, saya pernah mencatat (melalui ruangan ini) beberapa cerita sekitar dia dan peristiwa yang panas dan heboh waktu itu (akhir November 2009), tanpa memberi implikasi negatif kepada mana-mana pihak. Sekadar sudut pandangan seorang sahabat, (walaupun kami pernah mengalami saat-saat tegang dalam hubungan kerja). Rupa-rupanya dia menghargai keikhlasan bersahabat itu lebih daripada urusan kerja.

Terbuktilah, walaupun pihak SPRM telah mengambil masa begitu lama, akhirnya kebersihan dan keutuhan pentadbiran pimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan selama 21 tahun itu terus dapat dipertahankan. Padahal cerita-cerita yang tersebar waktu itu, yang diceritakan kepada saya oleh pihak-pihak yang sukar untuk tidak dipercayai, sangatlah merisaukan, dan menyedihkan.

Selama hampir 20 tahun waktu itu, imej pentadbiran Nik Aziz yang bersih-rasuah itu saya anggap sebagai satu pencapaian yang sangat penting dan besar ertinya bagi umat Islam hari ini. Saya bercita-cita (seperti telah berkali-kali saya sebut di ruangan ini dan di tempat lain) untuk menghasilkan sebuah video/filem dokumentari mengenai Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam zaman ini, yang perlu ditonjolkan kepada pengetahuan dan perhatian masyarakat dunia. Ia adalah satu pencapaian penting, bukan sahaja kepada kita atau kepada PAS, tetapi juga kepada umat Islam di seluruh dunia.

Anda bayangkanlah betapa sedih-pilu-risaunya saya waktu itu memikirkan sekiranya betullah segala cerita rasuah yang melibatkan keluarga Nik Aziz itu! Memikirkan bahawa Nik Aziz juga adalah seorang manusia biasa, maka kemungkinan beliau pun boleh terlibat dengan rasuah itu tidaklah boleh ditepis sebagai fitnah begitu sahaja. Keadaannya begitu rumit dan komplikated sekali waktu itu. Dan dikatakan yang menyebabkan Tok Guru itu akhirnya terjerumus juga ke lembah mungkar itu ialah Ariffahmi menantunya ini.

Demikianlah kini terbukti sudah, cerita-cerita rasuah yang pelbagai rupa dan bentuk yang diheboh-heboh dan dibisik-bisikkan lebih dua tahun dulu itu, hanya sekadar cerita-cerita sahaja. Imej penting Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin Islam berwibawa yang ingin saya angkat ke persada dunia itu, masih tetap utuh. Tetapi hanya waktu sahaja yang semakin bergerak pantas, meninggalkan banyak perkara dan membawa pula banyak perkara baru, hingga cita-cita saya itu pun nampaknya semakin tertinggallah juga.

Tak mengapa. Kalau cita-cita saya itu tertinggal pun tak mengapa. Yang pentingnya bukan cita-cita itu. Yang pentingnya ialah pencapai pimpinan Tok Guru Nik Aziz itu. Dan yang penting juga ialah pengajaran daripada peristiwa itu sendiri. Apa pengajarannya?

Pengajarannya ialah kepada PAS. Agar berani bertindak! Jangan biarkan masalah hingga menjadi parah, berdarah dan hancur, baharu hendak bertindak. Jaga dan peliharalah imej Islam yang kita bawa dan junjung itu. Jangan pandai bercakap sahaja Islam itu dan Islam ini, Islam begitu dan Islam begini, tetapi yang kita praktikkan lain sekali, hingga tertonjol nampak kepada umum bahawa apa yang kita jaja ke sana-sini itu rupa-rupanya tidak ada pada kita tetapi ada pada pihak yang bukan Islam. Aduuh! Malunya!

Bukanlah nak mengata. Tetapi eloklah waspada! Pilihanraya umum semakin dekat. Dan nampaknya masalah yang menimpa PAS dan PKR semakin menjadi. Orang Melayu semakin dikelirukan. Dengan masalah yang dibawa oleh Hassan Ali-nya, dengan masalah Anwar iktiraf Israel dan PAS tak ikriraf-nya, dengan masalah krisis kepimpinan di Kedah itu, dan sebagainya.

Apabila ada masalah, kenapa kita selalu berusaha menyembunyikannya dan menghukum sesiapa yang cuba menegur dan memberi nasihat, dengan menempelak orang lain semua sebagai jahil dan sebagainya? Sedangkan itu bukanlah cara yang diajar oleh Islam!

Seperti saya sebut tadi – Tok Guru Nik Aziz itu pun manusia biasa, yang tidak sempurna, dan kemungkinan untuk berbuat salah. Tetapi selama lebih 21 tahun dia telah menunjukkan teladan yang baik. 21 tahun itu bukannya waktu yang pendek untuk dia bertahan melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Maka itu dia telah berjaya melakarkan satu imej Islam yang cukup kuat.

Tetapi sayangnya mengapa pemimpin-pemimpin PAS yang lain tidak mahu mencontohinya? Khasnya dalam berakhlak. Kerana akhlak adalah satu perkara yang sangat dipentingkan oleh Islam. Dan bersikap terbuka, hingga tidak menimbulkan imej yang dia itu pantang ditegur orang, misalnya.

Tentulah secara kebetulan sahaja kes Ariffahmi diumumkan penyelesaiannya pada waktu dan ketika ini, pada saat-saat kita bersiap sedia untuk masuk ke medan PRU-13 dan tiba-tiba persediaan itu terganggu-gugat oleh beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan. Tetapi walaupun ia suatu kebetulan, saya melihat ada pengajarannya yang perlu diperhatikan!

Bersikap terbukalah wahai para pemimpin. Dan sebagai pemimpin, kita janganlah sombong. Kerana kita pun manusia biasa juga, yang berkemungkinan untuk buat silap. Beranilah untuk mendengar dan menerima teguran! Bukanlah suatu kelemahan kalau kita masih mahu belajar dengan orang seperti Tok Guru Nik Aziz itu.

Ampunilah dosa-dosa lama

Berita sebagai jerat dan silap mata


Tugas paling besar Sang Penguasa negara kita ialah meyakinkan rakyat bahawa DIALAH yang terbaik. Ertinya di negara kita, tak mungkin ada sesiapa pun yang dapat menandingi kehebatan kebaikan Sang Penguasa ini dari sudut membuat kebaikan. Dan jika kita teliti, sejak zaman berzaman, apa yang Sang Penguasa ini katakan sepanjang masa, di mana saja, di depan khalayak mana sekali pun adalah ― DIA terbaik.

DIA terbaik kerana DIALAH yang membangunkan negara ini, negara kita. DIALAH terbaik kerana sejak azali lagi, tidak ada yang DIA fikirkan melainkan pembangunan, pembangunan, pembangunan dan pembangunan. DIA sugul jika tak ada pembangunan. DIA sayu jika tak ada pembangunan. Kata-kata hikmatnya adalah pembangunan. Demi pembangunan itu DIA mestilah dikembalikan sebagai Sang Penguasa.


2.

Media yang dikuasai Sang Penguasa sepenuhnya adalah jurucakapnya yang tidak rasmi. Oleh itu jika kita ingin teliti apa yang Sang Penguasa itu fikirkan, agendakan, suguhkan, sental ke dalam kerongkong minda mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik di seluruh negara ialah bahawa Sang Penguasa ini tidak pernah berkompromi dan oleh itu tersangat rakus dalam mencipta pembangunan. Lalu yang diceritakan ialah cerita pembangunan. Yang tidak diceritakan ialah pembangunan itu pelbagai projek ― kantung segala fulus.


Coba perhatikan tajuk-tajuk berita ini:


Pertama:

No need to bring up BN’s past mistakes, says Muhyiddin
By Melissa Chi
March 04, 2012

BN has brought development to the country despite past missteps, said Muhyiddin.
KUALA LUMPUR, March 4 http://www.themalaysianinsider.com


Kedua:


Najib apologises for BN's past mistakes
6:55PM Mar 3, 2012


Najib Razak today extended an apology to the people on behalf of BN for the coalition's mistakes in the last general election, which cost it several electoral seats and states including Kedah. http://malaysiakini.com/news/190983


Ketiga:

PM's apology shows humility, says Muhyiddin –
3:48PM Mar 4, 2012

The action by Prime Minister Najib Tun Razak in apologising on behalf of BN for its mistakes, including its dismal performance in the 2008 general election, reflected the party's humility, said Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin. http://malaysiakini.com/news/191039


Keempat:



BN nafi tadbir negara secara populis
9:35AM Mac 4, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata BN tidak mentadbir negara ini secara populis, sebaliknya meletakkan ekonomi pada landasan yang kukuh.

Beliau berkata ini menyebabkan Malaysia mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang tinggi, selain berupaya menambah hasil sehingga RM26 bilion menerusi kutipan cukai dan menyaksikan banyak syarikat terus berkembang menjadikan jumlah eksport mencecah RM1.3 trilion.


Kelima


Mukhriz Mahathir, berkata industri halal mengalami pertumbuhan pesat setiap tahun dan "siapa cepat dia dapat".

Mukhriz berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa menjadi pemangkin dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mendedahkan kepada golongan Bumiputera kepada industri halal yang ada.

"Kita sediakan kursus, latihan khidmat nasihat mengenai apa yang perlu mereka lakukan supaya produk keluaran mereka itu layak mendapat sijil halal tetapi akhirnya terpulang kepada usaha sendiri," katanya.


KATA-KATA KUNCI DALAM BERITA



“BN has brought development”
“Cost it several electoral seats and states”
“We are ready to improve ourselves and improve on what we have already accomplished”
“Pelbagai kemudahan untuk mendedahkan kepada golongan Bumiputera”


PENUTUP


Walaupun tema ‘pembangunan’ dan ‘peluang sentiasa saja terbuka kepada BUMIPUTERA’ masih lagi menguasai agenda dan oleh itu terus dominan, tapi kali ini ada sedikit kelainan dan percanggahan dalam berita. Sang Penguasa telah meminta maaf walaupun permohonan ampun dan maaf itu seolah-olah tidak begitu direstui sepenuhnya. Kita tunggu komen selanjutnya Kutty.

Selena Teh dalam Free Malaysia Today menggambarkan ini sebagai perangai orang nazak yang membuang tabiat.

Kemakmurannya melimpah ruah

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/8426-rm50-hanya-beli-sekilo-ikan-udang-dan-3-sayur

RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.

Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.

Syed Abdullah Osman Jamalullail,
Seremban.


2.

Apakah yang terlintas dalam diri apabila membaca surat sebegini?
Apakah perasaan segala dompet, setiap kali dicekik peristiwa begini?
Atau peduli apa, itu bukanlah dompetku?


3.

Sesungguhnya paling selamat adalah pemerhati di luar pagar. Begitu?