Thursday, March 1, 2012

Potensi budaya - pandangan Bapak M. Natsir

Potensi budaya yang dapat kita petik daripada buku berikut:


Percakapan antara generasi ― pesanan perjuangan seorang Bapak (M. Natsir)
(Antara M. Amien Rais, A.W. Praktiknya, Kuntowijoyo, Yahya Muhaimin dan Endang S. Anshari) – Penyunting A.W. Praktiknya, N. Murbakusuma

Dewan Pustaka Islam, Petaling Jaya, 1991

Soalan:

Bapak menyebutkan bahawa Islam memang mempunyai “potensi budaya”, mungkin Bapak dapat menjelaskan lebih lanjut pengertian “potensi budaya” ini?

Jawaban Bapak M. Natsir:

Yang saya maksud dengan “potensi budaya” ialah bahawa dalam Islam terdapat faktor-faktor atau anasir-anasir yang mendorong pemeluknya untuk hidup bermasyarakat dengan budaya yang tinggi. Sesungguhnya potensi ini amat banyak tetapi beberapa yang penting dapat saya sebutkan sebagai berikut.

Pertama Islam menghormati akal, kedua Islam mewajibkan pemeluknya untuk menuntut ilmu, ketiga Islam mendorong pemeluknya untuk berinisiatif dan keempat kaum Muslimin dilarang bertaqlid, menerima sesuatu sebelum diperiksa kebenarannya. Dari keempat hal ini jelas terlihat apabila kaum Muslimin benar-benar memenuhi tuntutan agamanya, mereka akan terdorong untuk menggali rahsia-rahsia alam yang akan membuahkan ilmu pengetahuan dan pada gilirannya akan menumbuhkan kebudayaan yang maju.

Di samping keempat sifat di atas, ada beberapa potensi lain yang mendukung berkembangnya budaya dan ilmu pengetahuan. Potensi yang dimaksud antara lain ialah Islam memandang perlu kepada hidup keduniaan, sebagai bekal dan rangkaian kehidupan yang tidak dipisahkan dengan kehidupan akhirat. Tidak ada dikotomi dunia dan akhirat dalam Islam,kerana keduanya merupakan tahapan yang harus dilalui manusia. Islam juga mengajak pemeluknya untuk melakukan interaksi dan akulturasi demi kemajuan. Setiap muslim disayogyakan supaya pergi meninggalakna kampung halaman untuk melakukan silaturrahim bertukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman. Ada kewajipan setiap muslim (yang mampu) untuk menunaikan ibadat haji, dari sisi lain ibadat ini adalah merupakan forum interaksi antara kaum muslimin sedunia, dari pelbagai bangsa dan berbagai warna kulit.

No comments: