Nyalanya Obor BERSIH Pasar
Malam Simpang Durian
Tatkala kami
sampai, suasananya riuh dengan penduduk kampung dan juga para peneroka Felda di
sekitar sempadan Negeri-Negeri Sembilan dan Pahang. Maklumlah pasar. Mereka bertumpu untuk berbelanja di Simpang Durian. Kata Dr. Alinor, rombongan kami dianjurkan untuk
beramah mesra dengan sekalian pengunjung yang ada.
Ya, pada hari Sabtu,
21 April 2012 sekitar jam 6.00 petang sehingga mencecah maghrib, kami dibawa oleh
Jawatankuasa Pas Bahagian Jelebu ke Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan
sebelum ke acara budaya di Kampung Geylang pada malamnya. Itulah hari Pasar Malam, masa yang dirancang untuk
rombongan kami berjalan-jalan, bersalam-salaman, berinteraksi sambil memaklumkan
kepada sekalian pengunjung dan juga kepada para warga Simpang Durian di kawasan
pasar malam itu ― mereka dikunjungi oleh Sasterawan Negara,
Datuk A. Samad Said, pengerusi bersama Bersih 3.0 dengan pesan, demi cucu cicit mereka, rakyat mesti ‘Duduk Bantah!’ pada 28 April
2012 nanti.
“Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian, inilah Pak Samad Said, Sasterawan Negara bersama-sama
kita. Pak Samad yang banyak berkarya dan
bukunya dibaca di sekolah-sekolah.” Demikianlah antara lain bunyi pengumuman dari pembesar
suara, loud hailer di lorong-lorong, di celah-celah gerai pasar malam. Seperti biasa, ada pengunjung yang meminta
supaya diberikan kesempatan untuk berpotret bersama Pak Samad.
“Pak Samad,
pengerusi Bersih akan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April, 2012 memprotes supaya pilihan raya kita bebas dan
adil!!”
“Ayuh, marilah
kita turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada 28 April nanti....!!!”
Sore itu teman-teman
DAP bukan saja turut mengumumkan kehadiran ‘A’ Samad Said di Simpang Durian tapi
aktivis parti komponen Pakatan Rakyat itu juga turut mengedarkan risalah,
brosur Bersih 2.0 serta akhbar Parti, ‘Roket’.
Ketika itu Hasni berbisik kepada saya, “Abang tengok macam mana mereka
bekerja ― teratur
dan tersusun. Mereka bijak merancang dan
menmanfaatkan peluang. Kita perlu tiru
cara mereka bekerja. Saya tengok Pakatan
Rakyat cukup cemerlang kerana dapat muncul di atas satu pentas yang sama. Suasana ini cukup bagus kerana rakyat dapat melihat
Pakatan Rakyat ― bukannya
PAS, PKR atau pun DAP.”
2.
Apa pun pada
21 April 2012 di pasar malam Simpang Durian yang bersejarah itu ‘A’ Samad Said telahpun berada di tengah-tengah
rakyat.
Telah dinyalakannya
obor BERSIH ― seraya
menyeru sekalian rakyat di SELURUH negara:
“BANJIRILAH DATARAN
MERDEKA, 28 APRIL 2012!!! ”
No comments:
Post a Comment