Thursday, November 8, 2012

Namanya 'Pokka'



‘Pokka’ namanya

“Kerana berfikiran kritislah maka seorang budak mencadangkan kepada Raja Singapura supaya membuat benteng batang pisang untuk mengelak daripada serangan todak.  Kerana kebodohan dan tidak suka fikiran kritislah, maka Raja menghukum bunuh budak tersebut.  Bagaimanapun ada kerenahnya bagi mereka yang tidak mahu kritis.  Orang Melayu sekarang masih banyak yang tidak mahu bersusah payah hendak berfikir.  Alasan mereka mudah:  Tidak mahu bersusah mencari bukti, tidak sanggup menghadapi kenyataan.  Tidak berani menentang orang atasan walaupun apa yang berlaku sangat tidak secocok dengannya.  Tidak berani mengubah sistem yang merugikannya.  Malas berfikir untuk mencari kebenaran.  Sedangkan berfikiran kritis ialah orang yang bersikap tegas, berani menghadapi fitnah dan cakap-cakap orang.  Akhirnya jadilah ‘berjiwa hamba’ seumpama binatang yang seharian terkapuk di dahan pokok.  ‘Pokka’ namanya.    


Azizi Haji Abdullah, Jiwa Hamba, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Tahun ?: 162



No comments: