Tuesday, March 19, 2013

Membudayakan politik BERSIH



Kenyataan Media TERAS
19hb Mac 2013

RAKYAT TIDAK BOLEH BIAR POLITIK KOTOR MENJADI BUDAYA DI NEGARA INI

TERAS Pengupayaan Melayu  mengesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang PRU 13.

Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya. Tempoh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah menjadi PM yang masih boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.

Malah PM dan timbalannya terus mengguna kedudukan mereka untuk berkempen agenda politik kepada kakitangan kerajaan dan premis agensi awam seperti di sekolah.

Teras berpendirian adalah tidak wajar politik negara ini dibiar berjalan seperti ini kerana antara isu yang terpenting perlu dijamin oleh rakyat ialah agar integriti penguasa akan terus dipantau dan dikawal oleh rakyat.

Rakyat harus menganjakkan politik negara kepada tahap yang lebih matang . Membiarkan ahli politik mengguna kuasa sewenangnya akan mendedahkan rakyat menjadi mangsa kepada politik sogokkan yang merugikan generasi masa depan.

Dengan tempoh kerajaaan yang sah akan berakhir sekitar sebulan lagi , seharusnya mandat rakyat kepada kerajaan tamat dan rakyat harus menuntut supaya pilihanraya diistiharkan segera.

Lebih malang lagi , politik kotor dan lucah , manipulasi dan menyalahguna media massa milik awam  serta politik samseng termasuk mengguna agensi keselamatan dan institusi awam untuk berkempen membuktikan demokrasi di negara ini tidak wujud malah sedang menuju kepada politik autokratik .

Beberapa perkembangan mutakhir lebih mencemaskan bila tindakan politik kotor seperti mengedar video fitnah dan manipulasi berita secara bersifat palsu yang berniat jahat untuk menjatuhkan  politik lawan maseh berterusan.

Malangnya golongan ulama dari institusi penguasa tidak nampak mahu menegur amalan politik kotor seperti ini.

Bagi Teras , manifestasi dari semua tindakan yang sangat jijik ini berpunca dari pernyataan Perdana Menteri , Dato'Seri  Najib yang dalam ucapan penggulungannya dalam satu perhimpunan agong Umno ,  bahawa Umno akan mempertahankan putrajaya sehingga titisan darah terakhir.

Sebab itu tidak menghairankan bila banyak tindakan ganas dan politik biadap untuk mengekang kemaraan parti pembangkang dibiarkan berleluasa , malah insiden mengganas terhadap majlis pembangkang juga tidak diambil tindakan. Disebaliknya pihak pembangkang pula yang sering menerima tindakan dari pihak polis.

Kali ini rakyat harus tahu bahawa politik seperti yang diamalkan oleh pihak penguasa perlu dibenteras dan hanya satu cara sahaja dapat dilakukan iaitu melakukan perubahan dalam PRU 13 yang akan datang. Jangka memerintah selama 55 tahun nampaknya tidak membawa negara menuju kepada kematangan dalam berpolitik , disebaliknya membawa rakyat kepada fikiran politik yang sangat dangkal .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

No comments: