Monday, April 15, 2013

Benih-benih sebuah pemerintahan



Benih-benih pemerintahan


Terdapat sebuah pepatah Melayu yang berbunyi, “Kalau asal benih yang baik,  jatuh ke laut menjadi pulau”.  Menurut  Abdullah Hussain dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu,  DBP, 1989: 99 entri 1802, peribahasa ini bermaksud, “yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga”.  Peribahasa ini dapat dilihat dari pelbagai sudut, misalnya pertanian per se.  Ia memperlihatkan bagaimana Melayu yang agrarian melihat kepentingan benih dalam menghasilkan tanaman yang baik.   Jika dilihat dari sudut sosio-budaya dan sebagai metafora   peribahasa ini jelas menunjukkan bagaimana orang-orang Melayu melihat pengaruh sesuatu ‘benih’ itu dalam kehidupan mereka. 


2.

Apakah benih-benih pemerintahan yang telah ditanam sejak kita merdeka?  Sebagai contoh  apakah benih yang tertanam bersama serakan video-video lucah ITU?        

Apakah kita sebagai satu bangsa tega melihat benih-benih begini ditabur dan diserak secara meluas ke dalam masyarakat?

Bangsa jenis apakah yang membenarkan perbuatan yang sedemikian bejat berleluasan?


3.

INI KALILAH!

No comments: