Saturday, April 13, 2013

Untuk apa tulisan JAWI itu?






Tidak boleh tidak,  JAWI (maksudnya tulisan JAWI) pasti muncul setiap kali rakyat Malaysia menyambut pilihan raya.  Ia muncul dalam PRU12 yang lalu dan PRU-PRU sebelumnya.  Kali ini ia muncul lagi dengan gah dan gagahnya.  Kain-kain rentang biru pekat dengan tulisan Jawi terpampang di pelbagai tempat pagar, tembok, jambatan dan jamban.  Kita tidak tahu atas kebijaksanaan apa dan siapakah JAWI muncul di saat-saat seperti ini?  Kita boleh menebak-nebak kenapa JAWI muncul.  Apakah ia muncul untuk kepentingan orang-orang saluran SATU seperti aku?

Maka apabila anakku bertanya, “Itukah versi SATU Malaysia dalam tulisan Jawi,  aku baru tersedar bahawa anakku juga buta Jawi.”   Apakah cerita teman ini sekadar main-main atau apakah ia adalah hakikat bagaimana sebuah KUASA yang diamanahkan untuk mentadbir negara ini telah melenyapkan salah satu tunggak budaya sebuah bangsa?

INI KALILAH.


No comments: