Wednesday, April 10, 2013

Ya, apakah tandannya?



Apakah tandanya?


Apabila orang berebut-rebut mendapatkan sekampit beras seberat 5 kilogram, apakah mesej yang dapat kita baca?

Apabila orang berduyun-duyun rakus beratur untuk memprotes kenapakah mereka tidak kebagian sekampit beras percuma, agaknya kenapakah mereka tega kembali memprotes?

Apabila para pak cik-mak cik itu muncul di kaca tv dan berebut-rebut untuk menyatakan betapa syukurnya kebagian BR1M itu dan untuk apa ia akan digunakan, apakah makna yang telah mereka sampaikan?

   
2.

Apabila tidur juga semakin tidak nyenyak kerana taman perumahan belum lagi menyewa perkhidmatan keselamatan berbayar, siapakah yang ketawa berdekah-dekah, siapa pula yang tidak sedar diri dan siapa yang tidak pernah tahu malu?

Apabila surat saman Indah Water datang lagi mengusut hutang-hutang yang tertunggak, dia sering terbayang nikmat beraknya di Memali tatkala dia masih hingusan.


3.

Aduh, betapa nikmatnya tinggal di negara kemajuannya melangit hangit!


12:07 pagi, 10 april 2013.
wangsa maju, KL.


No comments: