Saturday, May 25, 2013

Dataran Petaling Jaya, 25 Mei 2013 -Siri Suara Rakyat Suara Keramat



Petang tadi, 5 petang 25 Mei 2013 di Dataran Petaling Jaya




Jika dibandingkan dengan siri 'kenduri' BERSIH 1, 2 dan juga BERSIH 3 suasana santai "Suara Rakyat Suara Keramat" siri ke sembilan di sekitar Dataran Petaling Jaya petang tadi betul-betul terasa seperti sebuah pesta petang Sabtu yang jernih.  Hiruk pikuk dunia sekeliling kami terasa sekali keceriaannya.  Suasana riuh rendah pidato yang berapi-api di pentas tidak menghalang Pak Chong (SRID)  bercerita kepada Dinsman pelbagai cerita selain dunia buku - termasuk - ya,  termasuk tanggapan SN Dato Anwar Ridhwan tentang dialog budaya Jelajah Budaya Paksi di Kelang!  Hah, ini satu maklum balas yang menarik.


Prof Shaharir sempat bercerita tentang draf kenyataan akhbar GATERA ke empat yang sedang digarapnya.  Dan di celah-celah ribuan tetamu kenduri SRSK itu sempat juga bertemu muka dan berbual-bual dengan YB Azmin Ali (PKR) dan YB Amirudin dan Dr Dzulkifly.

Kami begitu teruja bersua Sdr Ahkrim, (e-Sastera, ASASI (Kedah) dan juga sahabat Paksi) yang memaklumkan "aku mai dengan bas, malam ni juga balik ke Kedah!"

Siapa yang bimbang dengan rusuhan dan rampasan kuasa itu?  Mana dia gerakan menjatuhkan kerajaan via demonstrasi jalanan yang digembar gembur itu? Lalu, apakah yang ada di pesta SRSK itu.  Yang ada dan disampaikan di mana-mana kenduri SRSK ialah:


Mesej yang lantang dan keras: SPR menipu!! Lalu apa yang perlu dilakukan?