Sunday, May 26, 2013

Nota-nota tong sampah (1)



Nota-nota tong sampah (1)


Dia minta supaya aku membelasah tesisnya.  Katanya adakah hujah untuk membenarkan penyataan yang seperti ini?   

In the hands of the wealthy, powerful Malays then, Umno was transformed into greed-satisfying machines for the well-connected.  As a result the whole spectrum of traditional Malays values have slowly disintegrated and ultimately perished.  Today, in the midst of change, these well-connected are struggling very hard to cling to remnants of the past.


2.


Sementara itu dalam notanya yang sebelumnya, dia menulis begini:
   

Dalam sebarang pertarungan merebut pengaruh, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan undi, ramai orang (politik, pemerhati) yakin bahawa pemberi kemewahan akan menang.  Itulah sebabnya BR1M akan berjaya merebut kerusi dan mengembalikan kuasa.

Lain pula tanggapan orang-orang Melayu yang tinggal di bandar.  Kata mereka kami berpendapat, mereka yang terdedah kepada pelbagai maklumat tentang ketidakbecusan pentadbiran, (the ills of governance) tidak tersilau dengan pemberian-pemberian habuan yang segera seperti itu.  Malah mereka mengutuk pemberian yang sedemikian kerana bagi mereka perbuatan membeli undi itu adalah rasuah nyata yang amat terkutuk!

“Tidak betul!” getus seorang kawan yang lain.  Ramai dari kelompok kelas menengah Melayu tidak peduli dengan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan juga pelbagai pendedahan dalam media siber alternatif dan juga pembangkang.  Mereka yakin sekali bahawa apa yang dipaparkan oleh tv dan akhbar kerajaan itu sememangnya betul belaka.  Bagi mereka segala keburukan yang tersebar itu datangnya dari para penentang, pengacau dan kuncu-kuncunya yang kemaruk mahu jadi Perdana Menteri.  Itu saja.

Ini satu lagi hujah: Negeri ini asalnya milik Melayu.  Umno itu Melayu.  Yang lain-lain tak menjadi persoalan yang besar kepadaku.  Rasuah?  Tok-tok haji pun sapu kalau ada peluang!  Kamu boleh gerenti yang berbuih-buih syarah agama itu baik-baik belaka?


26 Mei, 2013.
5:00 petang.



No comments: