Saturday, May 25, 2013

Melayu itu ayam daging?





Sdr Mohamed Nasser memasukkan teks di bawah ini ke fb saya.  Terima kasih kerana berkongsi pandangan yang berani walaupun (mungkin) dikira cadangan untuk bunuh diri.  Mungkin.  

Petikan dari blog:
http://pbaru.blogspot.com


"Orang Melayu tetap hina dan terbuang selagi mereka menyokong UMNO.
Mereka tidak akan merdeka dan mampu berdikari. Mereka tidak mungkin
dapat dan berani membuat pilihan yang baik untuk mereka. Mereka akan
terus menjadi ayam daging di bawah UMNO.  Melayu yang dipelihara oleh
 UMNO tidak bebas, tidak merdeka, oleh itu mereka tidak tahu dan tidak
berani membuat pilihan walaupun  ada di antara mereka yang mula sedar
bahawa mereka tertipu sebagai ayam daging untuk disembelih dalam pilihan raya."


2.

Respons saya:

Setuju.  Melayu di bawah Pakatan mestilah Melayu yang merdeka jiwa
raganya
bukannya Melayu yang menadah tangan dan mengharapkan
keistimewaan.  Melayu abad ke 21 bukanlah Melayu ayam daging; makan
dedak di tangan, disembelih bila dan bagaimana saja.  Sesungguhnya di manakah
harga diri Melayu itu?  Bila lagi Melayu mahu bebas dan merdeka?

Wallahuaklam.

Sekian.



No comments: