Monday, May 20, 2013

Such is the wisdom



Kamu-kamu boleh pergi
(Another piece of political wisdom for Malaysians to digest, swallow and conveniently forget)


1.0 Ibu (pemimpin) yang pengasih


Pabila kata kerja ‘pimpin’ itu diungkapkan,  gambaran yang sering terlintas ialah perbuatan seorang ibu ‘memimpin’ anaknya menyeberangi jalan raya yang sibuk.  Sang ibu,  oleh kerana dorongan yang kuat untuk melindungi anaknya, memegang erat-erat tangan anak kecilnya demi untuk memberikan perlindungan yang secukupnya kepada si anak.  Dalam fikiran sang ibu, biarlah anaknya selamat semasa mereka menyeberang.  Ertinya  sang ibu (pemimpin) berazam memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pimpinannya (sang anak) oleh kerana dorongan kasih sayangnya.  Ya,  oleh sebab kasih sayangnya, kasih dan sayang yang datang dari dari lubuk hatinya yang dalam, sang ibu memimpin anak kecilnya agar tidak terkorban semasa menyeberangi hiruk pikuknya jalan raya. 


Ya, itulah tampang IBU sebagai seorang ‘pemimpin’.


2.0 Bapa yang pongah


Ada juga bapa yang tidak bertanggungjawab,  pemabuk kuasa dan sang pongah,  sesekali tenggelam punca dan hilang ‘pertimbangan’nya yang waras.  Kemuncak kepanasbaranannya dan kepongahannya, sang bapa telah menghalau anak-anaknya yang pada pertimbangannya sangat pelesit dan oleh kerana itu tidak diperlukannya lagi.  Kata-kata sang bapa nyata sekali keras. Kata-kata itu adalah sembilu yang menghiris dan mencederakan sum-sum batin anak-anaknya, “Nyah kalian dari sini!  Carilah dunia lain yang kalian lihat lebih layak dihuni!!”


3.0 Drama sebabak ‘Nyah kamu-kamu semua dari sini!!”


Sesungguhnya drama menghalau yang satu babak, “Nyahlah kamu-kamu semua dari sini!!”  cukup baik untuk audiens yang gemarkan cerita-cerita mempertahankan kemurnian keluarga sehingga ke titisan darah yang terakhir itu.  Klonnya drama-drama perjuangan untuk dipentaskan di musim-musim menuai tatkala penduduk kampung sedang bersiap-siap untuk memilih JKKK, para penghulu dan tok-tok ketua yang baru.


4.0 Those story boards from our politicial brains


When Zahid Hamidi cordially invited the 51% non-Umno voters to leave the country, what has he done?

Is this a sample of the many interesting ‘political wisdom’ that Umno politicians are always capable of?  Another one for Malaysians to digest, swallow and conveniently forget?






No comments: