Friday, June 28, 2013

Apa ada 'malu' dalam kamusnya?



Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/234129

Ku Nan: We don't need indelible ink


The points below reveal the gems from the minster:


i) Malaysia does not need to use indelible ink as part of its electoral process because this is not a "Third World country", Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor said today.

ii) Speaking to reporters outside the Dewan Rakyat, Tengku Adnan (left) said the use of indelible ink was only agreed on in Parliament because "the opposition wanted it".

iii) "They wanted it, so Parliament agreed. But having too much of chemicals in the ink is not good for the health of the people," Tengku Adnan said.

iv) "In India, it lasts for one or two months. It is not healthy," he added.

v) "The chemicals were reduced because the government cares for the people," he said.

vi) He added that the system where the MyKad is used was good enough for the country and it did not specifically need indelible ink as well.



2.0  


Melihat keadaan tunggang langgang, bercempera, kacau bilau yang dikerjakan oleh watak DAKWAT untuk pilihan raya PRU13 kita yang lalu, sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu sama ada mahu mengulasnya secara serius atau pun melihatnya sebagai bahan lawak dan jenaka semata-mata. Ya, untuk apa dan kenapakah isu dakwat ini diteliti, diulas atau dihujah dengan begitu serius apabila kita telah melihat dengan jelas lagi terang bagaimana mereka yang terlibat ini sekadar ber'main-main', berbelit-belit dan berloyar buruk ala RAJA LAWAK saja.  Bukankah begitu keadaannya?

Makanya untuk menghiburkan hati yang sakit didera, dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan oleh SISTEM sedia ada itu, maka kita pun mencari ilham untuk merekodkan satu lagi episod absurd ini dalam tulisan.  Misalnya dalam entri face book, (https://www.facebook.com/kassim.muhamad) pagi tadi, kita turunkan ayat jorok berikut:


"JIKA ITU SEKUJUR TUBUH, MAKA DAKWATLAH KEMALUANNYA"





Perhaps, literally in English it means:


If IT is an entity, then its genital is THE INK.
(Do you think they have 'SHAME' as a word?)


3.0

Sesungguhnya apa pun reaksi mereka selepas PRU13 ini dan walau apa pun sepak terajang mereka selepas terjerat dalam lumpur DAKWAT namun ada satu gendang perang yang tak mungkin mati sampai bila-bila pun: Lawan tetap Lawan.

Oleh itu,  sekarang ini  dan esok dan juga esoknya yang perlu kita fikirkan apa lagi bentuk perlawanan yang mesti kita aktifkan. Misalnya apakah yang nak kita BOIKOT? Mungkinkah bahasa BOIKOT lebih mudah mereka fahami?  Mungkin.






No comments: