Thursday, July 11, 2013

Hutang isi rumah



Memahami istilah 'paras berhemah' hutang 


DIA cuba memahami ‘makna’ kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa hutang isi rumah di Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lalu berada pada ‘paras berhemah’.

Di antara soalan dan persoalan yang timbul semasa DIA cuba-cuba memahami makna sebenar ‘paras berhemah’ (makna yang berpijak di bumi untuk seorang rakyat biasa) ialah:

DIA berpendapat jika hutang membawa balik pulangan,  itu adalah manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan juga negara.  Bagaimana jika hutang-hutangnya digunakan untuk membayar perbelanjaan asas pinjaman rumah, pinjaman kereta dan ‘bil-bil mesti’nya yang lain?  Atau DIA mesti ubah gaya hidup, misalnya masuk ke hutan?

Siapakah yang mengaut keuntungan cukai kenderaan yang tinggi?  Kenapakah harga rumah tidak lagi mampu boleh dibeli oleh rakyat biasa, seperti keluarga muda yang baru saja bekerja?

Nampaknya DIA perlu bersekolah lagi untuk memahami makna istilah ‘paras berhemah’ ini.



No comments: