Wednesday, July 10, 2013

Doa









Sekujur Doa


Katanya siri mimpinya tentang roh  penasaran itu berulang lagi semalam.  Dalam sedu sedannya, ia terus meratap, “Semasa arwah nenek moyangmu di sini, seluruh jasadku sihat,  segar bugar.  Moyang-moyangmu menuai segala apa yang kukendong. Udang, ketam, ikan, siput dan pakurawan membiak menjadi penghidupanku dan rezekinya moyangmu.  Hari ini aku adalah longkang terbesar dalam kampung, katanya demi untuk menebat banjir.  Demi hari-hari muka yang padanya adalah helaan nafas segar, aku tuntut dihidupkan semula.  Aku tidak rela kalian longkangkan jasad serta rohku!”




No comments: