Tuesday, July 23, 2013

Memasang lukah 'AES style'



Lukah AES kaput@rosak: Satu lagi bail-out?


Apabila bisnes saman ekor AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) tidak menjadi dan ‘ekornya’ tidak boleh disaman kerana tentangan dan kebangkitan rakyat yang bersungguh-sungguh, dan bank-bank pun mengejar segala hutang perniagaan itu, apakah yang dapat kita pelajari?  Misalnya apakah yang dapat kita pelajari perihal jenis-jenis perniagaan, sosok peniaga@pengusahanya, risiko perniagaan, penglibatan institusi awam seperti JPJ dan mungkin juga bail-outnya nanti?

Untuk para pelajar yang berminat dengan karangan berbentuk perumpamaan, mungkin episod di atas menarik untuk digarap. Bukankah ada pepatah Melayu yang menghuraikan tentang kerja-kerja melukah sebagai satu sumber rezeki (memasang lukah di pergentingan)?  Para pelajar bolehlah melihat apa dan bagaimanakah kesannya apabila rakyat yang mahu diikankan itu bangkit melawan.   Lihatlah,  walaupun lukah-lukahnya  sudahpun siap dipasang dan si Mamat AES ini ― tinggal menunggu saatnya untuk mengaut ‘rezeki’, namun perniagaan melukahnya tidak menjadi. 

(Sila baca FMT, July 21, 2013:  “Bank ‘kejar’ pengendali AES)





No comments: