Saturday, July 20, 2013

Perihal dayus dan dakwat



Pelbagai istilah, ungkapan dan episod kehidupan Malaysia



Dalam episod susulan,  “Selamat Berpuasa dan nikmatilha sup bak ku teh halal” kita disarankan oleh seorang pembaca Malaysiakini, Wira satu perkataan baru, alvivied.  Kata Sang Wira ini perkataan tersebut membawa maksud “selective punishment” dan ayatnya ialah:

Poor Steven was alvivied with a demotion and a salary cut because his group messed up the project.

Isteri saya pernah bercerita tentang pengalaman teman sepejabatnya yang terbentur sedikit masalah pabila anak perempuanya benar-benar mahukan anjing sebagai petnya, binatang peliharaan. Hujah sang ibu, “Sukar sikit nak permintaanmu itu.  Sebagai Muslim kita tak boleh begitu-begitu dengan anjing!”  Sang anak tak putus asa, “Then you get me a Muslim dog!”

Saya pernah nonton sebuah filem Barat (entah lupa judulnya) yang streotaip,  mensteriotaipkan bangsa Arab yang digambarkannya kurang adab.  Kata sang hero, “For a nation that does not eat pigs,  you are all pigs!”  Wah, bukan lain lagi.

Dalam dunia politik Malaysia kita, baik di Parlimen maupun di DUN kita perolehi makna-makna  baru untuk sesetengah perkataan:  


Rampas

Bermaksud mengusung kerusi dan penghuninya, untuk dikurung dan dikunci di dalam stor sehingga suasana sudah aman.
  
Dayus

Jika ada jawatan, tapi tak minta projek itu dayus namanya.

Dakwat,  pula bermakna

Kenapa mesti letak jawatan?

Hak, bermakna

Kenapakah ahli politik tak boleh dapat?

Batal, (batal puasa)

Apakah batal puasa dengan entri yang unIslamic begini?





No comments: