Wednesday, September 4, 2013

KITA berbaris untuk 'minyak murah' kali terakhir



Beratur panjang dan protes


Mereka beratur kerana begitu ramai mahukan servis yang sama dalam tempoh yang terhad.  Mereka terpaksa beratur akibat lonjakan permintaan yang tiba-tiba saja melonjak.  Jika tidak ada lonjak permintaan ini, tidak ada yang akan berebut-rebut; tidak ada yang perlu beratur. Tidak ada sesiapa yang perlu beratur sekiranya mereka tidak berebut-rebut untuk mendapatkan servis yang sama itu dalam tempoh yang terhad pula. 

Ada beberapa soalan kenapakah  ramai sekali berebut-rebut untuk mendapatkan ― servis yang sama ― yang dalam keadaan normal tidak perlu direbuti?

Mungkin jawapannya ialah:

Harga barang yang diperlukan itu akan naik keesokannya
Ada barang percuma (misalnya duit) yang diagih-agihkan
Ada pesta hiburan percuma yang melibatkan bintang yang besar


(Apa jadi kepada KITA yang hanya cepat melihat ke dalam diri tapi lupa kepada masa depan anak, cucu dan cicit?)
 

2.0

Apabila harganya diumumkan akan naik sebanyak 30 sen keesokannya,  seluruh stesyen di seluruh negara diserang para penunjuk perasaan yang berkumpul dengan sepanduk, banner dan placard dengan mesej-mesej protes yang pelbagai:

Kenapa BARU naik sekarang? 
NAIK baru sekarang?
NAIK kerana janji pilihan raya?
Mana janji SERVIS baik itu? 
Ke mana lagi DISONGLAP hasilnya? 
Kepada siapa subsidi itu diberikan?
Kroni mana yang selalu untung?

Malam itu seluruh rakyat Malaysia di seluruh negara berkumpul di stesyen-stesyen  minyak memprotes kenaikan harga minyak.  Dan malam itu seluruh stesyen minyak di seluruh negara lengang kesan langsung protes kenaikan harga minyak keesokannya.

Satu hari nanti, apakah laporan seperti di atas itu menjadi satu realiti? Rakyat bangun dan berebut-rebut memprotes kenaikan harga minyak, BUKANNYA berlumba-lumba untuk mengisi tangki minyak kenderaan masing-masing.  Kalau “boleh”, bila agaknya?

(Apa jadi kepada KITA yang kelihatannya hanya sekadar pandai berbaris dan berebut-rebut untuk menikmati peluang?  Apakah KITA tidak mahu peduli bagaimana khazanah negara KITA ini diurus?  KITA memang luar biasa!)  



No comments: