Pemimpin PAS tidak semestinya
ulama, kata Nik Aziz
Sumber: The
Malaysian Insider dan fb Sdr Mohd Rashidi
Mursyidul Am
PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, pemegang jawatan
presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak
semestinya daripada golongan ulama.
Perkara ini
disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah
Jumaatnya baru-baru ini.
“Ayah ambo
(saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut
hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam,
kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata
Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.
PAS sedang
menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.
Kempen hangat
sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu
presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.
Pandangan
daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh
negara.
Dalam kuliah
itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama
(orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.
"Presiden,
timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya,
"hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.
Menurut Nik
Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah
kepimpinan politik.
“Nak jadi
pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena
reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden,
timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada
Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.
30 Oktober,
2013.
No comments:
Post a Comment