Friday, November 1, 2013

Sejarah Perjuangan Cikgu Ishak Surin






Bertemu Ahmad Boestamam di stesen kereta api, Tanjung Malim


Kami bertiga bertemu untuk merancang program budaya anjuran bersama Pas Batu dan juga Paksi.  Kali ini saya bersungguh-sungguh memintanya bercerita tentang zaman remajanya.

“Saya telah terbaca,  entah di mana Cikgu adalah lulusan SITC, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.”   Itu salah satu soalanku kepadanya.  Kita semua maklum yang SITC itu tapak semaian semangat nasionalisme. Nama-nama besar Melayu yang menjadi para pemimpin Persekutaun tanah Melayu lahir dan tumbuhbesar di SITC.

Kata Cikgu Ishak: “ Peristiwa kereta api yang membawa orang tahanan ternama Ahmad Boestamam berhenti di Tanjung Malim,  sukar saya lupakan.    Pensyarah kami meminta saya memberitahu Aminuddin Baki kerana Ahmad Boestamam ingin bertemu dengannya.  Saya cepat-cepat mengayuh basikal untuk menyampaikan permintaan itu dan Aminuddin Baki juga berbasikal dari rumahnya ke stesen kereta api untuk menemui Ahmad Boestamam. Ketika itu saya dalam tahun dua”.

Kata Cikgu Ishak lagi, “almarhum Awang Had Salleh itu rakan sekelas saya”. 




No comments: