Wednesday, October 16, 2013

RASIONAL JAMBATAN MELAKA-DUMAI DITOLAK



Kenyataan Media MAPIM
16 hb Oktober 2013

RASIONAL JAMBATAN MELAKA-DUMAI DITOLAK

Pengumunan oleh Ketua Menteri Melaka mengenai cadangan membina jambatan Melaka - Dumai sepanjang lebih 48 km bernilai lebih RM 44 bilion mengejutkan . Kami tidak dapat menerima bagaimana idea yang sudah mati ini dihidupkan kembali dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu .

Kami kesal dengan cadangan yang tidak rasional ini memandangkan kos dan risiko alam sekitar yang tinggi  serta keperluan sebenar yang tidak jelas  untuk membina jambatan yang dikatakan terpanjang didunia ini

Apakah sebenarnya yang dikatakan  jambatan ini  berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi ke dua negara  , padahal apa yang lebih utama dan  sepatutnya diperkemaskan ialah program pembinaan sumber manusia dan keperluan asas penduduk kedua negara.

Projek IMT GT yang mengeluarkan candangan ini samasekali tidak melihat perkembangan ekonomi serantau yang tidak memberangsangkan. Ekonomi dunia yang diandai akan mengelami pertumbuhan yang  perlahan tidak menjadikan projek seperti ini berdaya maju.

Betapa hebat sekalipun teknolgi pembinaan jambatan itu akan diguna , ia tidak dapat menjamin risiko yang akan dihadapi di rantau ini yang sangat sensitif kepada gempa bumi . Jambatan panjang seperti ini sangat tertakluk kepada kajian sismik selat Melaka yang sentiasa terdedah kepada kesan gempa bumi.

Kami tidak melihat keperluan jambatan ini bukan sahaja kerana kos yang sangat tinggi akan tetapi juga implikasi alam sekitar yang bakal dihadapi di selat Melaka yang merupakan antara laluan selat antarabangsa yang paling sibuk di dunia.

Kami tidak dapat menerima bahawa oleh kerana dikatakan 85% akan dibiaya oleh Bank Exim Import-Export  China  maka ia tidak akan membebankan ekonomi negara. Akan tetapi ia tidak semudah itu sebab sebarang kos penyelenggaraan akan akhirnya ditanggung oleh rakyat kedua negara .

Kajian Penilaian Risiko serta Life Cycle Cost yang diguna dalam pembinaan jambatan panjang seperti ini terutama dalam kawasan yang berisiko gempa bumi akan mengguna sumber perbelanjaan yang tinggi.

Persoalan yang penting perlu diketengahkan ialah apa perlunya jambatan ini padahal fasiliti pengangkutan yang sedia ada hanya perlu diperkemaskan antara kedua negara untuk melancarkan lagi pertumbuhan ekonomi.

Tidak perlu dibina projek mega seperti yang dicadang tersebut. Kecuali ada pihak yang akan meraut keuntungan besar dari projek ini , kami tidak melihat keperluan yang mendesak mahupun rasional ynag kukuh untuk projek ini diteruskan.

Kami tidak bersetuju sebuah jambatan sepanjang ini diperlukan hanya untuk melancarkan prasarana pengangkutan  sedangkan kos penyelenggaraan jangka panjang sangat tinggi dan sangat ditentukan oleh  keadaan ekonomi serantau dan dunia.

Kami khuatir dengan projek mega seperti ini yang lebih bersifat " prime pumping " untuk merangsang ekonomi yang tidak berasaskan fundamental yang kukuh , negara akan terperangkap dalam ekonomi spekulatif semata-mata.

Kami mengesa agar cadangan projek ini tidak diteruskan dan tumpuan diberi kepada mengukuhkan ekonomi domestik dan kemudahan yang akan mengukuhkan perdagangan antara negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM



No comments: