Tuesday, October 29, 2013

Sang Penguasa: Sememangnya ULAR?









Ular dan tikus


Tarikhnya 26 Oktober 2013, bertempat di Kampung Penghulu Jaafar, Beseri, Perlis Indera Kayangan bersama seorang sahabat lama Sdr Ainurjah kami menziarahi rumah En. Zainuddin bin Ismail.  Oleh sebab ziarahnya tanpa temujanji maka yang sempat kami temui ialah isterinya Puan Ramadiah Hamid juga seorang pakar bidang. Ada sesuatu yang istimewa tentang keluarga ini.  Mereka berurusan dengan ular.  Kata Puan Ramadiah ramai yang ziarahi mereka termasuk oragnisasi besar seperti National Geography.  Universiti Monash hadir untuk urusan anti-venom ular.  Kami?  Sekadar bercakap-cakap dengan mereka yang berkecimpung dalam dunia ular.

Berikut ialah satu dua petikan yang besar maknanya yang kami perolehi dari Puan Ramadiah untuk renungan bersama:

Untuk berurusan dengan ular, kita perlu miliki “sifat kasihan kepada binatang” kerana tanpa sifat itu ular yang paling berbisa pun punah@mati walaupun ‘dipelihara’.  Ular tedung sela misalnya antara lain memakan biawak. Untuk perolehi biawak, penternak mestilah kreatif mencari dan memperolehinya.  Yang biasa dibeli sebagai bahan makanan ialah tikus putih.


2.0


Walaupun dikurung di dalam sangkar, rasa hormat kita terhadap ular sukar disingkirkan.  Misalnya walaupun ia tidur nyenyak ditutupi surat khabar lama, perasaan gerun kita kepada ular tidak boleh dinafikan.  Pabila ia ketahui ada musuh yang menghampiri,  ia menyerang dan dinding kotak kaca seolah-olah disirami tetes-tetes susu pekat.  Itulah percikan bisa yang disemburnya pabila menyerang.

Ada tikus hanyalah lahir ke dunia untuk dimakan.  Dalam kehidupan manusia, apakah nasib rakyat kecil itu tak lebih daripada tikus?

Jika sang penguasa itu ular, apakah rakyat hanyalah tikus?




No comments: