Wednesday, October 23, 2013

Seni Instalasi







Seni Instalasi di Sungai Gombak, Kampong Banda Dalam, Kuala Lumpur.


Semasa masih bersama JPS Perlis dulu di Dataran Sungai Perlis bersempena kempen “Cintailah Sungai Kita” yang kami laksanakan adalah taridera dengan bantuan staf Pejabat Kebudayaan Negeri Perlis.  Hari ini bersama pasukan Pak Moelyono Art dan juga Sdr Yeoh Lian Heng dan rakan-rakan Petaling Streetnya, pensyarah dan para aktivis alam sekitar yang lain,  mereka telah “Seni Instalasi”kan Sungai Gombak, berhampiran rumah Cikgu Ishak Surin.

Kata Pak Moelyono inilah seni alam sekitar, environmental art untuk difikirkan, dihayati dan dilaksanakan.  Alangkah bagusnya jika JPS teliti konsep ini.  Waktu dulu-dulu bersama-sama kawan-kawan JPS,  kami bersajak di tepi segala macam sungai, hari mereka anak-anak muda berteater bersama sungai.

Begitulah gelagat para seniman dengan akalnya, mesejnya dan kreativitinya untuk menyatakan bahawa alam juga terdera dek perbuatan manusia.




No comments: