Saturday, November 23, 2013

Bangkai tetap tak cun

Bangkai yang diandam tetap tidak cun
(setelah membaca entri fb Raja Ahmad Shahir)



Bangkai gajah yang mahu ditutupi dengan nyiru adalah peribahasa silam yang cukup menarik lagi berkesan ― yang mampu mencuit imaginasi dan deria manusia;  ia menggambarkan betapa tidak cerdiknya usaha yang sia-sia. Ada yang cuba perbaiki citra bangkai ini dengan membawa unsur-unsur andaman.  Lalu peribahasanya berbunyi begini ― bangkai yang diandam tetap tidak akan cun!

Kisah urusan ‘rasmi’ Mem Saheeb ke Qatar dengan menggunakan jet peribadi membuat ahli-ahli pasukan seperti Shahidan, Abot dan Purtan puas bersilat dengan pihak Oposisi.  Yang turut menerima tempiasnya ialah anak Yasin.  Kita percaya jika kisah Mem Saheeb ini dibukukan dengan mengadakan sayembara pelbagai genre, ramai yang berminat untuk bersurah.  Mungkin ramai anak muda teringin membalas impak isu dan kekejamannya dalam karya-karya mereka.

Ada pun watak-watak seperti Mem Saheeb sentiasa saja muncul dalam sejarah kuasa dan Sang Penguasa.  Kita temuinya dalam lembaran sejarah silam Perancis, Rusia.  Di negara kita kenapakah tidak dipelajari dan ditiru watak dan peranan positif Tun Fatimah? 




No comments: