Wednesday, November 13, 2013

PAS sebagai musuhnya PAS









PAS sebagai musuhnya Pas

Sumber: The Malaysian Insider

Berikut petikannya:

Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno, kata penyokong bukan Islam PAS
Oleh Zulkifli Sulong, November 2013

Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoroti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pertamanya, Umno menanamkan racun kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka.

Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri.  Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang, “ katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.”


2.0  Pengajaran pesan ‘Jagalah Umno baik-baik” kepada Pas


Selain Umno sebagai musuh, terdapat musuh lain yang mesti diawasi dengan cermat dan  penuh berhati-hati oleh Pas.  Seperti kata Marcus Tullius Cicero, filosof  zaman silam Rom,  "Man is his own worst enemy" ―  musuh paling nyata@memudharatkan seorang manusia itu adalah dirinya sendiri.  Ertinya sebagai sebuah organisasi,  Pas juga memiliki potensi untuk ‘memusuh dirinya sendiri’.  Oleh kerana itu musuh inilah yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh Pas.

Sebagai bahan renungan yang berguna, bolehlah kita singkap semula satu lembar dari sejarah Umno.  Ya, walaupun Umno itu musuh bebuyutnya Pas, amat elok jika sejarah ini dijadikan ikhtibar.  Sebenarnya sebelum ia sampai ke tahap zaman gawatnya sekarang ini ― selama bertahun-tahun ― Umno telah  bertahun-tahun menjadikan dirinya sebagai musuh utamanya.  Ada satu pesan bersejarah yang sangat bermakna tentang kekhuatiran Umno bermusuhan dengan dirinya itu. Masih ingat kata-kata Musa Hitam sebelum berundur dari pentas utama Umno setelah berkelahi dengan dan dibuang oleh bosnya? 

Perhatikan apa kata Sang Kelembai ― “Blogger Pertama Dipecat Dari UMNO” dalam entrinya bertajuk “Tiga Musa Tiga Masalah” bertarikh Mac 31 2007:

Seseorang lagi "Musa" yang dahulunya bercakap soal Melayu dan UMNO sehingga terkenal dengan beberapa ungkapan seperti "UMNO dari kampung", berhati-hati dengan neo-kolonialisma sebelum disepak keluar dari Dewan Merdeka sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan suara yang perlahan-lahan berkata, "Jagalah UMNO baik-baik".

Seharusnya dan sewajarnyalah pesan bersejarah sang nasionalis Musa Hitam “Jagalah Umno baik-baik” ini terus mencengkam hati nurani mereka yang Melayu ― baik Melayu yang bukan Umno,  apatah lagi segala Melayu yang mengisi jiwa raganya dengan roh Umno itu. Ya, mereka yang Melayu yang amat prihatin dengan nasib dan masa depan Umno (baca: Melayu) seharusnya  berhubaya-hubaya sejak itu lagi. Bukankah Umno itu sang penjaga@angel-guardiannya segala Melayu?

Ada apa lagi dengan pesan terakhir Musa Hitam itu? Bagi kita kata-kata bersalut amanat penting, kebimbangan yang nyata dan sindiran yang tajam itu,  membawa makna yang cukup besar.  Mantan pemimpin komponen kepimpinan 2M itu amat sedar yang Umno sedang dirasuk-rasuk oleh nafsu yang semakin sukar dikawal.  Dan Musa Hitam telah menghidu kebobrokan ini.  Maka sebelum berundur (diundurkan?) dia pun berpesan.  Mungkin makna penting lain dalam pesanan itu ialah AMARANnya yang jelas bahawa Umno sedang menuju ke lembah kehancuran.  Sepertimana yang kita saksikan kemudiannya, amaran ini sama sekali tidak dipedulikan oleh Umno kerana Umno sentiasa memuja dan menyanjung heronya.  Kebetulan sekali,  heronya Umno ketika itu juga merangkap Wira Dunia Ketiga.


3.0 Pas sebagai musuhnya Pas

Mengambil ikhtibar dari kegeligaan pemerhatian "Man is his own worst enemy" oleh Cicero itu,  maka kita pun bimbang andaikata Pas juga bermusuh dengan dirinya.

Apakah faktor-faktor yang membuat Pas itu memusuhi dirinya?




No comments: