SI, MENG dan persoalan
dakwah
(SIapa dan MENGgapakah
ada agamawan begitu?)
SI kubaca dan baca,
renungi kata-katanya itu. Seperti besi
berani, semakin SI kudekati, kuamat-amati, cinta-kasihku terhadapnya makin menangkap erat. Sungguh mati, kuingin memeluknya erat-erat dan tak akan mau kulepas
lagi.
MENG, kau dikasih-hormati
bukan kerana cakap-cakap mulusmu tentang Allah dan keTuhanan. MENG, aku begitu rindu pada syarah-syarahmu yang
diterjemahkan.
2.0
Ada SI asyik-ghairahnya,
celupar tapi yakin dengan nyanyian dan tarian agamanya. Gemar pula dia pada set-set topeng-topeng
fatwa. Nah, setiap kali IA muncul di
pentas, kami anak-anak muda kampung lari terbirit-birit kerana ketakutan yang
amat sangat. Ada teman yang trauma, menjelaskan
‘aku melihat seekor ...’
No comments:
Post a Comment