Sunday, January 5, 2014

Pandangan seorang pensyarah tentang TURUN






RESPONS


Himpunan Haram: Golongan Oportunis Ambil Kesempatan Guna Rakyat Atas Nama Demokrasi
Fokus Berita Oleh Mohd Yusof Saari


Setelah membaca berita Bernama di atas yang dipetik Harakahdaily, antara lain  kita dapat rumuskan pandangan pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM itu sebagai berikut:

1) Pada pandangan pensyarah ini,  kebebasan telah dinodai oleh demonstrasi haram di ambang tahun baru 2014.

2) Ada pihak lain di sebalik demonstrasi ini dan ini adalah gerakan terancang pihak oportunis.

3) Tiada kesepakatan di kalangan NGO kerana mereka tidak tahu apa yang nak dibuat; tak ada ucapan, tak ada acara yang jelas.  Mereka hanya berjaya menghalang Sambutan Tahun Baru.

4) Sesungguhnya pihak oportunis mengambil kesempatan di sebalik Sambutan Tahun Baru, sehinggakan konsert Ambang Merdeka dibatalkan.  Sesungguhnya,  perhimpunan haram telah merencatkan perayaan Tahun Baru DBKL.

5) Orang muda atau golongan yang mendakwa mahasiswa telah diperkuda oleh puak oportunis, berkepentingan dan punya agendanya sendiri.

"Pada saya, mereka ini sebenarnya kelompok bekas mahasiswa, apabila mereka dalam kedaaan tersepit seperti tiada pekerjaan dan sebagai respons kepada keadaan itu mereka akan menyalahkan kerajaan, di mana situasi itu telah digunakan dengan jayanya oleh golongan oportunis untuk menjayakan agenda sendiri," katanya.

6) Sebagai respons kepada demonstrasi, pensyarah ini mencadangkan agar skim cadangan kawalan harga barangan diperluaskan meliputi pelbagai barangan lain.  Di samping itu harga barang-barang juga tidak dikawal semata-mata pada musim-musim perayaan sahaja.

Dan akhir sekali, pensyarah ini berpendapat “tak perlu dilayan” tuntutan demonstrasi kerana kerajaan telahpun bertindak dengan betul via 11 langkah penjimatan.

Jika ada sesiapa yang ingin tahu dengan lebih terperinci apakah itu 11 langkah penjimatan kerajaan 1Malaysia itu,  silalah lawati laman berikut:


Kita petik dua contoh berikut:

Kemudahan Bayaran Tol

4. Kemudahan bayaran tol yang diberi kepada pegawai kanan Kerajaan
adalah dikurangkan seperti berikut:

4.1 RM50 bagi Gred JUSA/Khas C hingga A; dan

4.2 RM100 bagi Turus III dan ke atas.


Sewaan Ruang Pejabat


9.  Kementerian/jabatan/agensi hendaklah mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan  premis bagi kegunaan sebagai pejabat.  Semua cadangan untuk menyewa pejabat baharu/tambahan sewaan ruang pejabat tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan Perbendaharaan.





No comments: