Apakah yang ‘moden’
itu semestinya musnahkan segala yang tradisional?
Dalam ‘buku
lukisan’nya, Iain Buchanan, Fatimah’s Kampung, CAP: 2008 seorang bekas
mahasiswa geografi antara lain menyatakan ― kira-kira begini:
Sebagai
pelajar geografi, saya bernasib baik
kerana berada dalam sebuah jabatan yang menggabungkan dua bidang yang biasanya
tidak berjalan seiring; ‘apreasiasi yang kuno’ keindahan lanskap@alam dan kesedaran
yang radikal dampak ekonomi politik terhadap kehidupan manusia. Atau dalam bahasa yang lebih mudah; bagaimana nafsu untuk membangun itu sentiasa
bertembung dengan ‘alam yang kuno’ seperti kampung-kampung tradisional orang-orang
Melayu di tengah-tengah Kota Metropolitan.
2.0 Berilah sokongan kepada para penduduk kampung-kampung
tradisional seperti Kampung Banda et al untuk terus hidup, tumbuhbesar dan maju
dalam acuannya sendiri
Di
tengah-tengah pelbagai projek pemodenan berterus-terusan Bandar Raya Kuala
Lumpur, inilah nasib dan masa depan yang sedang dihadapi oleh sebuah kampung
tradisional (baca: ‘kampung kuno’) seperti Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur . Insyallah usaha-usaha berterusan akan
dilaksanakan untuk menghantar pelbagai mesej kepada Sang Penguasa, terutamanya:
Bahawa kampung-kampung
tradisional juga memiliki hak, nilai dan makna untuk hidup dan tumbuh-besar, berkembang
dan maju dalam acuannya sendiri walaupun berada di tengah-tengah arus
pembangunan mega Bandar Raya mega seperti Kuala Lumpur. Salah satu usaha berterusan ini ialah
mesyuarat pada 14 Januari 2014 di Madrasah Tarbiah, Kampung Banda Dalam, Kuala
Lumpur.
Gambar di atas
ialah salah satu dari sekian lukisan yang terdapat dalam ‘buku lukisan’nya Iain
Bucaharan.
No comments:
Post a Comment