Saturday, January 4, 2014

Toy baru, Airbus





Mainan (toy) baru bernama Airbus


Guli(ng), gasing, wau dan congkak ialah contoh-contoh permainan tradisional anak-anak Melayu seperti aku, seekor tikus bughah.  Mandi manda, berenang dan menyelam di segala sungai dengan meniru gaya itik atau Tarzan juga jenis permainan ‘kuno’ yang akrab dengan alam tersangatlah popular; sebelum segala sungai tercemar dan dicemar-rosakkan oleh tangan-tangan usil manusia sendiri.  


Dan seperti hal-hal lain di dunia ini, mainan juga berubah dan berkembang mengikut zaman, taraf sosial dan asal usulnya anak-anak.  Anak-anak orang kaya tak akan sama mainannya dengan yang gembel lagi melarat.  Betul, faktor paling yang mempengaruhi jenis mainan ialah berat ringannya poket dan kantung ibu bapa mereka.  Anak-anak orang berduit,  lebih mewah, hebat dan ekslusif  mainannya. Yang punya duit ini dibelikan basikal sport terbaru sebagai mainan.  Yang berduit dan mati akal bagaimana mahu menghamburkan duit akan membeli sedan terbaru untuk anaknya yang lulus cemerlang tapi belum cukup umur untuk memandu.  Demikianlah manusia dan gelagatnya dengan kekayaan.   


Semasa kecil dia berbasikal dari Tang Leng untuk membeli nasi lemak bungkus buat dirinya dan adik-adik.  Itu adalah cabaran, pertualangan dan penderitaan yang sangat sukar dilupakannya selagi hayat digendong badan.  Dan masa pun terus berlalu, umur juga kian meningkat, seleranya terhadap toy juga berubah.  Sekarang ini mainan bukan lagi semata-mata alat untuk bermain, berhibur atau untuk membunuh masa lapang yang membosankan, tetapi ia sudahpun menjadi sebahagian dari hidup dan kehidupannya.  Sepanjang malam toylah dipeluknya erat-erat penuh nikmat.  Dia dan toynya sedang menikmati mainan baru bernama Airbus.  Tak mengapa, bapanya Malaysia sememangnya kaya raya.  Namun berkatalah sang tikus bughah seperti aku, “No Sir, not anymore!”






No comments: