Monday, February 24, 2014

Lemahnya kerajaan Melayu? Bahagian 3



Petunjuk betapa lemahnya kerajaan Melayu dan segala institusinya?
Bahagian 3: Orang-orang Melayu Umnolah yang dipilih menjadi pemimpin


4.0

Sejak Malaysia merdeka dalam tahun 1957 sehinggalah sekarang ini, para pemimpin Melayu dipilih dalam dan melalui Pemilihan Agung Umno (PAU). Dalam PAU itu kira-kira dua ribu orang perwakilan dari seluruh negara berkumpul untuk menjalankan tugas yang penting terhadap bangsa dan negara. 

Misalnya dalam blog http://ramlyotai.blogspot.com/2008/10/pau-umno-gelanggang-kambing-hitam.html,  kita temui laporan berita oleh Utusan Malaysia, 7 Okt., 2008, ms. 7 yang dipetik antara lain melaporkan bahawa “Jumlah bilangan Bahagian UMNO adalah ialah 191 Bahagian. Jumlah perwakilan UMNO seramai 2483 orang. Setiap bahagian Umno akan hantar perwakilan seramai 13 ke perhimpunan agung UMNO pada Mac 2009.” (Utusan Malaysia, 7 Okt., 2008, ms. 7)

Dan Pau itu adalah forum maha mega itulah segolongan rakyat yang terpilih dan dipilih untuk membawa agenda kepimpinan negara Malaysia. 

Sejak merdeka Umnolah yang berkuasa, Umnolah yang menentukan dan Umnolah menjadi pemimpin.

Siapa saja yang dipilih oleh kira-kira dua ribu orang perwakilan Umno dari seluruh negara Malaysia  berpeluang menjadi calon pemimpin. Presiden Umno secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kenapakah seluruh struktur kepimpinan negara Malaysia menjadi demikian?



No comments: