Tuesday, February 25, 2014

Demo Harga Getah



Sumber: HARAKAH 






DEMO GETAH DI PADANG TERAP


Oleh BASHIR ISHAK

PADANG TERAP - Laungan tuntutan kenaikan harga getah bergema lagi di negeri Kedah dengan hasrat para penoeh getah menuntut harga lantai getah sebanyak RM4.00 sekilogram.

Selepas himpunan di Kuala Ketil dan Sik, himpunan aman di tapak pasar malam Pekan Naka di sini  disertai sekitar 1000 orang untuk menyatakan sokongan kepada tuntutuan tersebut selain  menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh sehinggakan menjejaskan pendapatan penorah getah.

Himpunan Sengsara Penoreh Getah itu dianjurkan oleh Pemuda PAS Kedah bersama-sama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Para hadirin membawa sepanduk menyatakan bantahan dan keluhan hati mereka yang tertekan dengan kenaikan kos kehidupan hari ini.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut hadir berkata para penoreh getah sekarang berada dalam situasi yang lebih teruk berbanding mereka yang terbabit dengan demonstrasi Baling tahun 1974.

"Dulu harga getah 25 sen sekati dan harga gula juga adalah 25 sen sekati, sekarang ini harga getah jatuh pada RM2.40 sekilogram berbanding harga sekilo gula RM2.85. Sekarang ini penoreh lagi susah daripada 1974 dulu.

"Sebagai mood tunutan kenaikan harga getah, kita nak ajak tuan-tuan turun pada penamaan calon PRK kajang nanti, sebab kalau kita buat di sini Najib tak tahupun, Rosmah boleh tidur lena," katanya.

Semantara itu, Ketua Pemuda PAS kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria menegaskan dalam ucapannya himpunan Baling 2.0 yang lebih besar akan diadakan sekiranya kerajaan gagal memenuhi tuntutan ini.

Beliau juga meminta kerajaan mengurangkan import getah dari luar seperti Thailand, Vietna dan Kemboja bagi membantu rakyat yang bergantung hidup dari hasil getah.

"Kalau kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan ini, Demonstrasi Baling 2.0 untuk mengulangi peristiwa besar 40 tahun dulu akan diadakan. Kalau rakyat tidak bangkit pada tahun 1974, harga getah tak akan naik.

"Untuk itu kita menyokong saranan untuk menuntut harga lantai getah RM4.00 sekilogram," jelasnya.

Himpunan ini turut disertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Adun Kuala Ketil' Md Zuki Yusoff selaku Pengerusi Badan Bertindak Penoreh Getah Kedah; Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Ahli Majlis Pimpinan KeADILan, Ir Zamri Yusof; Presiden Panglima, Sulamiman Ibrahim serta Exco Pemuda PAS Kedah.




No comments: