Saturday, April 12, 2014

Di mata pengundi 47%: Projek Panda juga terbaik?






Apakah makna Panda di mata pengundi yang 47%?


Apakah Ping Pong (Projek arwah bapaknya), Panda (kini, giliran anaknya) tak boleh dibaca dan dinilai semata-mata dengan ukuran wang ringgit? Dan dalam bahasa diplomasi ternyata Orang Utan yang juga terancam kelangsungan hidupnya belum sampai taraf dan status yang boleh menguntungkan?  Agaknya,  itulah makna bahasa diplomasi kita? 


Dalam kejadian-kejadian pelik-tapi-benar seperti ini, teringin juga mendengar pandangan rakyat yang 47% itu.  Apakah masih ramai daripada yang 47% itu masih akur dengan projek-projek seperti Panda kerana Kerajaanlah yang paling tahu, usaha Kerajaanlah yang sentiasa terbaik dan sesungguhnya Kerajaan sama sekali tidak akan mencederakan rakyat Malaysia ― apatah lagi mereka yang 47% itu?  


Atau dalam semua hal, yang mesti dijaga walau dalam apa keadaan sekali pun dan dengan apa cara sekali pun ialah kumis.  Kumis jangan sampai mencecah pasir. Sahabat-sahabat saya di Jogja dulu menyebutnya sebagai: “Jaga gengsi!”


Yang mana satukah yang betul?





No comments: