Sunday, April 13, 2014

Pemimpin Oposisi sebagai Sang Penguasa menanti




Tentang para pemimpin yang mahu menaiki takhta





William J. Dobson dalam bukunya The Dictator’s Learning Curve: Inside the Global Battle For Democracy. Anchor Books: 2013:121; menulis tentang pihak Oposisi di Caracas, Cairo, Moscow dan Kuala Lumpur:


“Opposition leaders I have met from Caracas to Cairo, from Moscow to Kuala Lumpur, have told me stories that invariably involve similar plot points, similar twists and turns, as the regime they challenge ratchets up the pressure.  They have been imprisoned. They have been harassed, beaten, and denied their livelihoods.  Their names and reputations have been destroyed, their families torn apart.  And despite these hardships these leaders endure, the regimes work hard to deny them even the symbolic value of their suffering.  Rather, they aim to distance and divide these would-be democratic leaders from the people they hope to mobilize.”


Pada bahagian lain, Dobson menambah begini:


“It isn’t easy fighting a dictator.  But while it may seem unfair to criticize anyone who would take on such a burden, it is true that some political opposition leaders are less effective than others.  Some refuse to innovate, sticking stubbornly to the same strategies and making the same mistakes that marginalised them in the first place.  Like any political party, they can be distracted by petty power struggles and and outsized egos.  Some are merely reactive, criticizing but never proposing new ideas or political alternatives to distinguish their vision from the ruling party...”



2.0  Lalu apakah yang ‘wajib’ dibuat oleh para pemimpin oposisi?


Pertama sekali, mereka mesti menggubah cara berfikir (mind set) sebagai Oposisi kepada pemikiran bahawa merekalah Sang Penguasa yang baru.  Dan setelah berfikir sebagai Sang Penguasa yang baru, mereka lebih bersedia untuk memerintah. Inilah harapan kita. 


Sebagai permulaan, ini satu cabaran: Bolehkah Pas yang tak mau urus@liat@takut-takut@teragak-agak dalam mengurus masalah disiplin parti berubah menjadi sebuah parti yang yakin bahawa mengurus masalah dispilin dalam partinya itu adalah tonggak penting sebagai sebuah parti Islam?  Itu satu contoh.


Soalan kedua, juga untuk para pemimpinPas: Bolehkan Pas membenarkan pekerja Harakah mengwujudkan Union?


Soalan ketiga, juga untuk para pemimpin Pas: Bolehkah Pas yakinkan saya bahawa hudud pasti dapat menurunkan kadar jenayah?  Kalau ‘YA’, bagaimanakah caranya, hujah dan buktinya?  Saya yang Islam mungkin juga tidak begitu yakin.  Dan sila jangan gunakan alasan murtad atau kurang iman, maka saya tidak yakin. Tolong jangan bersembunyi di sebalik ancaman agama dan neraka di hari akhirat.  Orang-orang bukan Islam peduli apa dengan ancaman neraka?  Tapi PAS mesti peduli, PAS mesti mengambil berat, berhati-hati, terbuka dan jelas dengan hujah untuk meyakinkan orang-orang bukan Islam dalam isu hudud ini kerana Pas perlukan undi semua orang untuk berkuasa.  Bukankah begitu?


Soalan keempat untuk DAP:  Bolehkah DAP buktikan bahawa ia bukan parti Cina yang berjuang untuk Cina. Bukankah ini adalah salah satu ketidakupayaan DAP yang paling besar sebagai sebuah parti politik?  Ia tak mampu membuktikan bahawa ia bukanlah sebuah parti Cina, untuk Cina dan wujud kerana kaum Cinanya?


Soalan kelima untuk PKR: Bolehkah PKR buktikan bahawa cara terbaik dan betul dalam mengurus ketakutan orang-orang Melayu ialah menjadikan Melayu itu satu bangsa yang berani bersaing tanpa tongkat?  Bolehkah para pemimpin Melayu PKR berhujah dan menjelaskan bahawa cara Umno selama ini salah dan menipu orang-orang Melayu?


 Di atas adalah contoh kenapa DAP, PAS dan PKR mesti berdepan dengan isu-isu seperti ini.  Kata ungkapan Inggeris yang popular, take the bull by the horns.  Apakah mereka mampu?


3.0 Harapan kita ialah agar semua blogger, penulis, kolumnis, seniman dan sasterawan yang mahukan perubahan mencari idea, isu, sudut dan hujah-hujahnya untuk perbaiki prestasi Pakatan Rakyat dan bukannya setiap masa mendedahkan pelbagai keburukan Umno/BN yang sudah jelas tersangat buruk dan tak boleh diselamatkan lagi. Dalam konteks ini, adalah jelas Pakatan Rakyat yang cemerlang bakal menguntungkan rakyat Malaysia.  Apakah tepat andaian ini?


Wallahuaklam.


 



No comments: