Wednesday, April 16, 2014

Menggeletar





Lutut yang menggeletar


Memang ia sebuah tragedi.  Akuan terbuka tentang kesedihan dipermain-mainkan, malah dicemuh sedemikian rupa.  Apakah ada lagi bentuk penyiksaan yang lebih berat?

Sila perhatikan catatan urutan pengakuan dan reaksi di bawah ini:


Pengakuan:  Aku terkejut yang amat sangat, lutut menggeletar dan badan lemah sebaik saja menerima berita mala petaka itu. Bagaimanakah nasib mereka yang ditinggalkan?

Reaksi satu terhadap pengakuan: Aku juga terkejut, menggeleter, seluruh badan lemah longlai lalu tersepuk membaca kesedihanmu  itu.  Itu sudah cukup buatku, aku tak ingin menontonnya.  Peti sabarku berang; enjin amarah meledak-ledak mendengar bicaramu tentang kesedihan. 

Reaksi terhadap pengakuan: Mala petaka terus menggeletar, segala saraf tubuh menggigil.  Aku lebih terkejut besar kerana kesedihanku dicemuh dan dipertikaikan.  Manusia apakah kalian ini,  masih dan terus sinis walaupun aku benar-benar sedih, pilu kerana petaka yang menimpa kita?




SURAT FMT: Dari Edwin Michael, melalui e-mel


“Hampir saban hari setiap seorang rakyat Malaysia diberikan kejutan, buatkan lutut kami mengeletar dan badan lemah. Belum lagi mengambil kira kejutan-kejutan lain seperti pemotongan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, kenaikan kos sara diri. Malah tiada kudrat untuk berbicara tentang cukai GST yang memiskin rakyat ini. Lutut mengeletar dan badan lemah apabila mendengar berita bahawa rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April 2014.


Selama enam dekad hidup di bawah regim Barisan Nasional ini, hampir setiap hari rakyat marhaen lemah badan untuk menerima pelbagai macam kejutan. Agaknya, esok lusa apa pula kejutan yang bakal diberikan oleh pentadbiran Najib Tun Razak ini.”




No comments: