Thursday, April 17, 2014

NEGARA KEHILANGAN AHLI POLITIK YANG TEGAS




Kenyataan Media MAPIM
17hb April 2014

NEGARA KEHILANGAN AHLI POLITIK YANG TEGAS

MAPIM merakamkan takziah kepada semua ahli dan rakan keluarga YB Karpal Singh yang meninggal dunia kelmarin dalam kemalangan jalan raya.

Bagi kami beliau dikenali dengan orang yang tegas dengan pegangannya walaupun tidak dipersetujui oleh setengah pihak . Kehilangan beliau sebagai seorang ahli politik veteran dan orang yang sangat berpengalaman sebagai peguam yang dihormati diseluruh negara sukar dicari ganti.

Kami hormati beliau yang terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.

Ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.

Kami mengharapkan ahli keluarga mendiang bersabar menghadapi dugaan yang sangat tragis ini, semoga jasanya akan dikenang oleh seluruh rakyat tanpa mengira ideologi politik .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM


No comments: