Thursday, June 26, 2014

Isyarat yang tidak mesra Islam



(Dikemaskani pada 28 Jun 2014.  Pandangan sahabat kedua disertakan)



Islamic laws in the eyes of non-Muslims:  Can they bring peace and justice?  Where are the examples?


http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=33189
Posted on Monday, June 23 @ 10:36:10 MYT by paktam


Jangan bagi isyarat Pakatan tidak mesra Islam

Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AT-TAKIRI


TINDAKAN berkali-kali pimpinan tertinggi DAP mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1992 sebelum kelahiran Pakatan Rakyat telah merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang menentang hegemoni pemerintahan Umno.

Ia juga satu khidmat tidak langsung DAP dalam memanjangkan jangka hayat Umno apabila orang Melayu dalam PAS atau yang sudah mula cenderung dan bersimpati dengan perjuangan PAS mula bimbang dengan pendirian DAP.

Kenapa tidak disokong pelaksanaan Hudud di Kelantan atas nama demokrasi yang boleh juga menyumbang kelangsungan sokongan Melayu terhadap PAS?

Hudud di Kelantan diluluskan sebelum Pakatan. Analogi mudah, “anak yang PAS lahirkan di Dun Kelantan sebelum perkahwinan dengan DAP adakah patut dibuang hanya kerana berkahwin?
Kenapa tidak dikendong bersama anak tersebut?”

 DAP boleh sahaja terus membiarkan PAS khususnya Kelantan memperjuangkan hak pelaksanaan undang-undang yang mereka gubal 1993. Tetapi kenapa ditentang? Sentimen agama? Atau sentimen apa?

Pelaksanaan Kanun Jenayah syariah II di Kelantan adalah terpakai kepada orang Islam tanpa melibatkan bukan Islam. Namun kenapa bukan Islam menentang lalu DAP pula bersedia menjadi juaranya?

Hujah DAP ialah ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kita boleh menegaskan bahawa menolak Hudud bertentangan dengan prinsip beragama Islam ahli-ahli PAS. Menerusi demokrasi, berikan hak kepada Muslim untuk mereka mengamalkan tuntutan agama mereka di negeri majoriti mereka dan terpakai hanya kepada mereka! Itulah demokrasi.

Mungkin dijawab: Bukan Islam menyokong PAS bukan untuk dilaksanakan Hudud? Tapi boleh juga dibalas: Ahli PAS menyokong DAP pada PRU12, 13 bukan untuk menggugurkan Hudud!  Justeru, apa penyelesaiannya?

Kita menawarkan penyelesaian bahawa biarkan kuasa demokrasi berbicara. PAS berasaskan sokongan demokrasi yang diberikan di peringkat Kelantan menuntut hak pelaksanaan Hudud yang mereka luluskan 1993 di Dun Kelantan.

DAP boleh sahaja tidak bersetuju secara demokrasinya dan menterjemahkannya dalam pengundian rang-rang undang-undang persendirian yang cuba membenarkan pelaksanaan Hudud di Kelantan apabila dibawa ke Parlimen nanti. Tetapi tidak dengan menunjukkan penentangan yang berapi-api hingga mencarikkan hati ahli-ahli PAS dan Muslim yang komited dengan agamanya. Penentangan terhadap Undang- Undang Hudud di Kelantan lebih kepada sentimen beragama berbanding sentimen mempertahankan perlembagaan kononnya.

Itulah yang boleh ditafsirkan secara mudah oleh rakyat bawahan terhadap sikap pimpinan DAP.
Samalah juga seperti tindakan seorang pimpinan DAP membangkitkan isu di Parlimen agar menghormati hak rakyat untuk murtad. Tidakkah itu mencabar perjua-ngan ahli-ahli PAS yang berjuang menghalang murtad kerana ia adalah kesalahan besar beragama Islam. Apatah lagi kesalahan murtad adalah kesalahan jenayah Syariah yang disokong undang-undang Syariah di peringkat negeri di bawah Mahkamah Syariah yang menjadi sebahagian undang-undang bernegara.

Begitu juga dengan isu mengislamkan anak di bawah umur oleh salah seorang ibu atau bapa apabila salah seorang mereka masuk Islam yang berbangkit sebelum ini.

Ia adalah undang-undang yang termaktub dan sedia ada dalam perundangan negara. Pimpinan DAP dengan begitu mudah berbicara menentang undang-undang yang telah sedia ada itu tanpa memikirkan reaksi ahli dan pimpinan PAS.

Isyarat yang dihantar kepada rakyat Muslim menerusi isu-isu khususnya yang kuat pegangan agamanya ialah timbulnya persoalan adakah Pakatan mesra Islam?

Ini menggoyah kepercayaan Melayu-Islam terhadap PAS. Dan tentu memberi kesan kepada sokongan Melayu dalam pilihan raya. Apatah lagi realitinya PAS berhadapan dengan Umno di kerusi- kerusi Parlimen dan Dun untuk merebut hati pengundi Melayu.

Adakah DAP bersedia atau mahu untuk PAS gagal menjuarai hati Melayu lalu sokongan kekal kepada Umno di saat DAP pula berjaya menambat semaksimum sokongan bukan Islam di kerusikerusi bukan Islam berhadapan dengan Gerakan atau MCA?

Apa kepentingan menentang Hudud bagi DAP? Kenapa tidak diutamakan usaha kesatuan menentang kezaliman Umno tanpa dikaitkan dengan Hudud yang telah sedia menjadi perjuangan PAS dan telah dijadikan undang-undang di peringkat negeri oleh PAS sebekum lahirnya PR.

Mana yang DAP mahu? Menentang Hudud atau menjatuhkan Umno? Sekiranya DAP bersedia untuk meninggalkan Pakatan atau berpisah dengan PAS kerana perjuangan Hududnya sehingga sanggup membiarkan Umno terus hidup maka terbukti bahawa DAP sememangnya memperjuangkan penentangan terhadap perjuangan PAS dan ia lebih utama daripada menguburkan Umno.


2.0 Tulisan di atas untuk renungan sahabat bukan Islam


Tulisan di atas telah saya panjangkan kepada dua orang sahabat, masing-masing India dan Cina.  Kedua-duanya profesional.  Dan kami bertiga pernah sama-sama ‘berjuang’ dalam sebuah Jabatan kerajaan yang sama. Tatkala di Negeri Kedah kami pernah berada di bawah bumbung yang sama. Dan sektor yang kami ‘perjuangkan’ itu antara lain termasuklah memperbaiki nasib orang-orang Melayu yang mengusahakan tanaman padi.  Salah seorang daripada sahabat ini telahpun menjawab.  Jawapannya saya kepilkan dalam entri ini.   


Inilah emel saya kepada mereka:

Sdr-Sdr X dan Y,

Saya ingin sekali persoalan yang dibangkitkan oleh penulis di atas,  diteliti oleh orang-orang bukan Islam,  termasuk saudara berdua.  Rasanya dengan meneliti tulisan Dr. Khairuddin ini, ia dapat memberikan gambaran kepada orang-orang bukan Islam (dalam konteks ini ― khususnya DAP dan ― juga saudara-saudara berdua ) kenapa terdapat orang-orang PAS yang pelik kenapakah hudud yang menjadi dikri Allah itu ditolak?  Sesungguhnya terdapat para pejuang PAS yang begitu pelik kenapakah kelihatannya DAP terlalu sering membantah hudud.  Terlalu sering membantah seolah-olah DAP itu tidak mesra Islam? 


ii) Alangkah bagusnya jika isu-isu agama seperti ini diwacanakan dengan lebih terbuka, telus dan objektif.  Jika ini dilakukan dengan ikhlas, maka kita berharap perbuatan tuduh menuduh, syak wasangka dan prasangka dll ‘yang sebangsa dengannya’, tidak menjadi-jadi seperti sekarang ini.


iii) Bolehkah saudara membantu dengan memberikan sedikit komen?  Biarlah para pejuang Pas juga turut faham kerisauan orang-orang bukan Islam, misalnya faham tentang kebimbangan dan kerisauan mereka dalam soal hukum hudud ini.

Semoga bermanfaat.

Sekian, terima kasih.

tt 

Kassim Muhamad.


3.0 Maka telah jawablah salah seorang teman itu...


Dear Kassim

The main concern of non-Malays about hudud is on how sure the implementation of Islamic Laws can ensure fairness to them. 

In the present world is there any Islamic country which can be referred to show they have implemented Islamic laws with fairness to the minority groups of other beliefs? 

The in-fighting in some of the Islamic countries in the Middle East had given a total different pictures to non-Muslims that the Islamic Laws can bring peace and justices. 


Regards

XYZ


Ini pula pandangan sahabat yang kedua:



Dear Sdr Kassim,


Greetings and trust you and family are well. Good to hear from you after a long time.

Here are my views.


1. Hudud should not be implemented in a multi religious country like Malaysia. The current Penal law can be improved to better protect all citizens. If as some have suggested that non Muslims will not be subjected to hudud, then we will have two legal systems in operation and there will be confusion and problems in implementation. This can be seen from what is happening in Malaysia (implementation of State Syariah Law which only applies to Muslims) like the raid on BSM and seizing of Bibles, child custody cases, snatching of bodies, etc. I know that there are many moderate Muslims who do not agree or support the actions by these Muslim authorities, but it continues unabated. The non Muslims in these cases are suffering and receive no justice and have no peace.


2. There is no clarity and good example of how hudud can be implemented fairly and justly anywhere in the world. If hudud is in place, all Muslims then should then be subjected to the same punishment. But a case in point in in Brunei; the Sultan has placed himself above punishment. That is hypocrisy. I believe in most countries when hudud is part of law, the rich, powerful and well connected are very seldom prosecuted. Many of them are the biggest culprits and live double lives but are able to escape punishment. Non Muslims fear that they will be victimized when under an Islamic Penal system as is the case in countries where hudud is imposed.


3. It would be better for PAS to focus on issues of justice, integrity and corruption with the same passion then be distraction by hudud. I also read that not all Muslim schools of thought agree with hudud and how it should be implemented. It is the same in Malaysia. I believe the focus of Pakatan should be on the common agreed manifesto and not be side tracked by other issues. I believe that PAS is playing into the hands of UMNO and NGOs like Perkasa and Isma to be more 'Islamic' at least in rhetoric.


Best regards.

LMN




4.0 Bagaimana jika para pakar hukum hakam Islam PAS turut berdepan dengan orang-orang bukan Islam?


Jangan lupa,  bawalah bersama para pakar hukum hakam Islam UMNO ke dalam forum atau wacana seperti itu.  Bukankah UMNO juga telah menjadikan hukum hudud itu agenda partinya?


Kita pasti isyarat UMNO akan jauh lebih mesra.