Saturday, June 28, 2014

“The Future Of Islam”






Cabaran masa depan Islam


John L. Esposito dalam bab penutup buku “The Future Of Islam”, Oxford University Press, 2010: 195 berpendapat:


“Reform-minded Muslims, religious and lay, men and women, are working to articulate a progressive, constructive Islamic framework.  Informed by a deep knowledge of their religious tradition and modern educations in law, history, politics, medicine, economics, and the sciences, they are equipped to reinterpret Islamic sources and traditions to meet the challenges of modernization and development, leadership and ideology, democratization, pluralism, and foreign policy. However, reformers are still a minority facing formidable obstacles.  Repressive authoritarian regimes see all reform, any real power-sharing and rule of law, as threatening to their power and privilege.  Religious extremists believe they have a mandate from God to impose “their Islam” and destroy anyone who disagrees with them.  Intransigent religious conservatives, well meaning but welded to medieval paradigms, are often co-opted by governments and use their authority to delegitimate reforms as a “heresy.”  Thus reformers in many countries struggle in weak civil societies that do not support creative or independent thought or action.”


Ada beberapa perkara menarik yang boleh kita teliti dalam pemerhatian Esposito di atas.   Salah satu persoalan asas ialah apakah takrif, contoh serta huraian terminologi-terminologi yang telah digunakan itu?  Senarainya mungkin saja ialah seperti berikut:


a) reform-minded Muslims,

b) constructive Islamic framework,

c) to reintrepret  Islamic sources,

d) repressive authoritarian regimes,

e) rule of law

f) religious extremists

g) mandate from God

h) to impose “their Islam”

i) intransigent religious conservatives (intransigent bermakna, unwilling to change one’s views or to be persuaded to agree about something, stubborn)

j) welded to medieval paradigms

k) co-opted by governments and use their authority to delegitimate reforms as a “heresy.”

l) creative or independent thought or action.



Jika kita halakan segala ungkapan serta terminologi-terminologi di atas kepada mereka ― para pejuang Islam ― yang mahu menegakkan Islam yang syumul lagi kaffah itu (misalnya yang berada dalam PAS, UMNO et al), agaknya apakah rupa bentuk huraian mereka?  Apakah akan ada kesepakatan atau pun masih wujud ketidaksepakatan yang tidak begitu mudah diatasi?  Sebagai contoh,  apakah huraian para pakar agama PAS akan diterima baik oleh para pakar agama Islam UMNO walaupun masing-masing mendakwa bahawa mereka semua adalah dari kelompok yang sama, iaitu ahli sunnah wal jamaah?


Akhir sekali, kita yakin segala huraian para pakar Islam ini dapat dimanfaatkan juga oleh sekalian penduduk Malaysia yang majmuk. Sesungguhnya dengan adanya gabungan dan kesepaduan bangsa Melayu-Islam dengan kesepaduan slogan-slogan “wasatiyyah” dan “ a party for all” dalam politik tanah air kita, maka sudah pasti Malaysia bakal muncul sebagai sebuah negara Islam contoh.  Boleh dan betulkah begitu? 





No comments: