Terima kasih Khalid Ibrahim dan Tony Pua. Terima kasih daun keladi.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/267136
Don't just blame Syabas, Pua fires back
"Some residents might wonder as to why the state
government was so quick to offer 'guaranteed' water supply when the state is
fully aware that Syabas has refused to cooperate or even attend state organised
meetings.
"More importantly however, even if the state government is unable to fulfill the 'guarantee', the question is, what can the state government do to provide immediate assistance and relief to the victims of serious water disruptions?
"More importantly however, even if the state government is unable to fulfill the 'guarantee', the question is, what can the state government do to provide immediate assistance and relief to the victims of serious water disruptions?
2.0 Kepimpinan,
tanggungjawab saf pemimpin dan hak rakyat untuk mengetahui apa yang pemimpin lakukan
dengan kuasa yang telah diamanahkan
Petikan di
atas menunjukkan salah satu daripada ciri-ciri positif budaya kepimpinan yang ingin
dinikmati oleh rakyat biasa (baca: orang-orang awam dari pelbagai kaum, agama
dan kepercayaan ) setelah mereka memilih Pakatan Rakyat sebagai pemimpin mereka. Ertinya setelah rakyat Negeri Selangor memilih
para pemimpin mereka ― melalui satu sistem yang telus, bersih, bebas dan boleh
dipercayai kesahihannya ― mereka mahu tahu apakah para pemimpin ini lakukan
dengan kuasa yang telah diberikan.
Dalam contoh
di atas iaitu dalam hal ehwal pengurusan air Negeri Selangor, MB Khalid Ibrahim telah dikritik secara
terbuka oleh Tony Pua. Sebenarnya
kritikan seperti ini boleh dilakukan dalam perbincangan yang tertutup,
perbincangan yang hanya diketahui butirannya termasuk segala kritikannya, oleh
mereka yang menghadiri perbincangan. Ini
bermakna sekiranya rakyat tidak diberitahu akan butir-butir perbincangan,
mereka tidak akan tahu apakah yang dibincangkan oleh para pemimpin mereka. Dalam kes ini, soal mengurus air negeri dan peranan yang
dimainkan oleh pihak-pihak tertentu (baca: pihak tertentu ) dapat diketahui
oleh rakyat.
Sejak PRU12 yang
lalu inilah ciri budaya baru pemerintahan (politik baru) yang ditawarkan dan diperjuangkan
oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU tersebut, rakyat dijanjikan sebuah pemerintahan
yang tidak lagi menganggap dan memperlakukan rakyat itu seperti kumpulan binatang
ternakan ― dicucuk hidungnya dan kegiring ke kandang orang-orang politik, sesuka
hati mereka. Rakyat tidak lagi membenarkan
pemerintah berbuat sesuka hati dengan anggapan bahawa pemimpinlah yang paling
arif@serba tahu; rakyat hanya terima bulat-bulat apa saja yang penguasa lakukan!
Episod di atas
adalah salah satu contoh aksi budaya
baru yang rakyat Malaysia sentiasa dambakan.
Dan budaya baru ini menjadi mungkin kerana kita memiliki media yang
bebas, dalam kes ini portal seperti Malaysiakini. Ini bermakna budaya politik baru (politik
baru) tidak akan wujud sekiranya tidak wujud saf kepimpinan yang percaya dan
mahukan perubahan. Di samping itu, budaya baru juga tidak mungkin sekiranya tidak
wujud media yang bebas.
3.0 Kerajaan Negeri Selangor tidak terdaya apabila
berdepan dengan pihak-pihak tertentu?
Sebenarnya tujuan
utama entri ini ialah untuk memperkatakan “when the state is fully aware that
Syabas has refused to cooperate or even attend state organised meetings” kerana kita berpendapat itulah salah satu
aspek penting yang MESTI diberikan pendedahan menyeluruh oleh kerajaan Negeri
Selangor kepada seluruh rakyat Selangor.
Perihal perangai, tingkah laku serta perbuatan sabotaj? oleh pihak
tertentu dalam membekalkan air kepada rakyat itu mestilah dibincang, diwacanakan
dan didedahkan kepada seluruh rakyat ― termasuk segala rakyat di luar Negeri Selangor. Biarlah rakyat Malaysia tahu sepenuhnya dan
sejelas-jelasnya bagaimana politik zaman silam itu ala UMNO itu berfungsi
selama ini. Biarlah seluruh rakyat
Malaysia tahu apakah makna demokrasi di mata UMNO/BN itu. Sebagai permulaan, bolehkah kita tahu selok
belok perbuatan Syabas di Selangor selama ini?
Atau semua maklumat ini hanya khusus dan terhad untuk pengetahuan pihak-pihak
yang tertentu dan yang khusus saja?
Jika, ya, kenapakah begitu?
Memang benar dalam
kepala kita, ada soalan-soalan yang terus saja terngiang-ngiang, misalnya:
i) Siapakah
yang Syabas hantar setiap kali ia diarah untuk bermesyuarat dengan pihak
kerajaan Negeri Selangor?
ii) Apakah pihak-pihak
kerajaan Negeri seperti SUK lakukan apabila berbuatan ini berlaku? Atau seperti dalam kes-kes rampasan Injil (bukankah
itu adalah kitab suci agama lain, apakah Islam tidak tahu lagi menghormati
agama lain?), serangan majlis pernikahan dan perebutan mayat, menunjukkan Kerajaan Negeri seolah-olah tidak lagi
berkuasa dan oleh kerana itu terdaya berbuat apa-apa?
iii) Jika
tidak terdaya, kenapa? Kita percaya
rakyat seluruh negara ini mahu tahu apakah yang namanya demokrasi itu benar-benar
berfungsi sehingga pemerintah yang mereka pilih itu bebas dan merdeka untuk
berfungsi dengan berkesan? Jika tidak, apakah gunanay kuasa rakyat dan sistem yang bernama
demokrasi itu?
Apakah semua ini
bukan bukti jelas lagi nyata bahawa sesungguhnya kita adalah sebuah “failed
state”?
Akhir sekali,
terima kasih Khalid Ibrahim dan Tony Pua.
Terima kasih daun keladi.
No comments:
Post a Comment