UMNO BUKAN SEBARANG PARTI
‘Politik baru’
ialah salah satu ungkapan yang sering digunakan untuk menggambarkan perubahan
sikap politik rakyat Malaysia terhadap Kerajaan yang sedia ada iaitu Kerajaan
Umno yang memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1955. Kerajaan Umno/BN itu adalah suatu bentuk politik
perkongsian kuasa di antara tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan
India. Itu permulaannya, di Persekutuan
Tanah Melayu. Gabungan kuasa di bawah
Umno-BN ini kemudiannnya berkembang dan meliputi pelbagai kaum di Sabah dan
Sarawak iaitu setelah Malaysia ditubuhkan.
Itulah yang sering diceritakan oleh Umno tentang pemerintahannya.
Untuk memahami
Umno dan perjuangannya, cuba perhatikan petikan bahagian-bahagian ucapan
Presidennya Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung Umno ke-54 pada 19 Jun
2003 di PWTC :
(Teks penuhnya boleh dicapai di laman berikut:
Sumber: http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=757)
ANCAMAN MASA
DEPAN
Hari ini kita, Pekembar, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, lebih dikenali sebagai UMNO, bersidang buat kali yang ke 54 dalam keadaan aman, makmur dan selamat. Alhamdulillah.
Hari ini kita, Pekembar, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, lebih dikenali sebagai UMNO, bersidang buat kali yang ke 54 dalam keadaan aman, makmur dan selamat. Alhamdulillah.
2. UMNO
sebagai tunjang kepada sebuah parti campuran, Barisan Nasional, telah
memerintah negara Malaysia sejak merdeka 46 tahun dahulu. Bagi sebuah parti
yang berjuang untuk kemerdekaan, ini adalah satu rekod. Tidak banyak parti yang
berjuang untuk kemerdekaan negara mereka semasa dengan UMNO yang masih ada dan
berkuasa.
“UMNO BUKAN
SEBARANG PARTI
142. UMNO bukan sebarang parti. UMNO adalah parti pemerintah. Di Malaysia, UMNO memainkan peranan yang amat penting. Jika tidak kerana UMNO dan falsafah perjuangannya, tidak mungkin negara kita merdeka pada tahun 1957, kita aman dan maju seperti sekarang. Hakikat ini diakui oleh semua pihak; orang Melayu, orang Cina, India dan suku-suku kaum yang lain di Malaysia dan juga orang asing.”
Tentang Umno, orang-orang
Melayu dan penguasaan kekayaan, inilah kata-kata mantan Presiden Umno itu:
151.
Sesungguhnya UMNO tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada
bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti
politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa,
seperti UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang
dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada
ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa UMNO kepada orang Melayu, Bumiputera
lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah
kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita.
125. Terdapat
banyak lagi masalah dalaman yang perlu kita tangani. Saya tidak akan ulas semua
daripada masalah ini. Walaupun kita berjaya untuk mengimbangkan sedikit
penguasaan kekayaan ekonomi di antara kaum-kaum tetapi dalam proses ini orang Melayu
dan Bumiputera lain sudah menjadi terlalu "dependent" dan hanya boleh
berniaga dengan Kerajaan sahaja. Tanpa Kerajaan, tanpa DEB mereka akan lumpuh.
Keadaan ini mengancam masa depan bangsa Melayu dan Bumiputera, bangsa Malaysia
dan negara yang tercinta ini.
Tentang PAS (rakan
kongsinya Umno dalam pelaksanaan hukum hudud Kelantan), ajaran Islam, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Sekolah Agama
Rakyat (SAR), mantan Perdana Menteri itu berkata begini:
97. Agama
Islam memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sebahagian besar daripada
penduduk Malaysia. Umat Islam di Malaysia semuanya adalah daripada Ahli Sunnah
Wal Jamaah dan mengikut ajaran Imam Shafie. Sepatutnya umat Islam di negara ini
bersatu padu dan tidak ada perbalahan antara mereka.
98. Malangnya apabila sistem demokrasi diperkenalkan semasa perjuangan kemerdekaan maka keinginan untuk mendapat tempat, mendapat kuasa telah mempengaruhi mereka yang berpelajaran agama untuk memisah diri daripada aliran perdana, daripada UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya, terjemahan daripada nama asal iaitu Pan Malayan Islamic Party, PMIP. Sekarang parti ini dikenali sebagai PAS, singkatan yang tidak tepat bagi Parti Islam Malaysia, entah kenapa?
98. Malangnya apabila sistem demokrasi diperkenalkan semasa perjuangan kemerdekaan maka keinginan untuk mendapat tempat, mendapat kuasa telah mempengaruhi mereka yang berpelajaran agama untuk memisah diri daripada aliran perdana, daripada UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaya, terjemahan daripada nama asal iaitu Pan Malayan Islamic Party, PMIP. Sekarang parti ini dikenali sebagai PAS, singkatan yang tidak tepat bagi Parti Islam Malaysia, entah kenapa?
99. Hakikatnya
ialah dalam usaha untuk menarik sokongan baginya PAS sengaja menyalahtafsirkan
agama Islam. Semakin lama semakin jauh dan semakin buruk tafsiran yang dibuat.
Daripada menuduh orang UMNO tidak Islam, mereka sudah sampai ke tahap mendakwa Tuhan
suka mencarut seperti seorang pemimpin parti mereka dan Tuhan adalah samseng.
100. Banyaklah
lagi tafsiran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang dibuat oleh pemimpin
PAS. Orang Islam di Malaysia menjadi keliru akan ajaran Islam dan mereka tidak
dapat bersatupadu. Perpecahan antara mereka melemahkan orang Islam di zaman
yang orang Islam penting bersatu untuk menyelamatkan diri mereka.
101. Untuk
mengatasi masalah ini, jalan terbaik ialah membekal rakyat, terutamanya
generasi muda, dengan ajaran Islam yang sebenar, supaya mereka dapat menangkis
sendiri ajaran yang salah.
102. Malangnya
ajaran salah ini, disemai semasa generasi pelapis masih kecil, di tadika dan di
Sekolah Agama Rakyat dan kadang-kadang oleh guru agama di sekolah Kebangsaan.
Kita sudah lihat apabila generasi ini membesar mereka akan percaya secara buta
tuli tafsiran agama yang salah ini. Mereka tidak tahu berterima kasih dan
bersyukur, suka lempar fitnah dan percaya fitnah yang dilempar oleh orang
tertentu dan mereka bermusuh ketat dengan orang Islam lain. Mereka sudah sampai
ke tahap mencuba menjatuhkan Kerajaan pilihan rakyat dengan menggunakan senjata
dan menjadi pengganas, perompak dan pembunuh.
103. Justeru
itu, Kerajaan terpaksa bertindak untuk memberhentikan penyebaran ajaran salah
melalui sekolah dan saluran lain. Kerajaan telah memberi bantuan kepada Sekolah
Agama Rakyat kerana sekolah-sekolah ini diminati oleh ibu bapa yang ingin
melihat anak mereka mendapat pelajaran agama. Oleh kerana bukan ajaran agama
Islam yang sebenar yang disampaikan di Sekolah Agama Rakyat tetapi sebaliknya
ajaran yang bertentangan dengan Islam yang diajar, Kerajaan tidak lagi dapat
membantu sekolah-sekolah ini. Kerajaan dan pemimpin Kerajaan yang beragama
Islam akan berdosa jika bantuan diberi kepada sesuatu yang bertentangan dengan
ajaran Islam. Kita tidak tutup sekolah ini. Kita hanya tidak bantu. Mereka yang
terus membantunya akan tanggung dosa kerana sekolah ini bukan sekolah agama
tetapi adalah pusat indoktrinasi parti PAS.
Akhir sekali,
inilah kata-kata mantan Perdana Menteri itu tentang PPSMI dan PLKN:
94. Di dalam
negara pula persekitaran tidak kurang mencabar. Usaha untuk menyatupadu kaum
belum berjaya sepenuhnya. Generasi pelapis terpisah kerana mereka memilih
sekolah-sekolah mengikut kaum.
95. Untuk perpaduan dan untuk meningkatkan daya saing rakyat kita dan negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan pelajaran bahasa Inggeris dan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Ibu bapa menerima baik langkah ini tetapi seperti biasa parti politik cuba mempolitikkan isu ini.
96. Kita juga bercadang untuk mengadakan latihan khidmat negara untuk semua kaum dengan tujuan merapatkan generasi muda berbagai-bagai kaum. Bentuk Khidmat Negara ini belum dimuktamadkan. Insya Allah pada tahun 2004 khidmat ini akan dilaksanakan.
95. Untuk perpaduan dan untuk meningkatkan daya saing rakyat kita dan negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan pelajaran bahasa Inggeris dan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Ibu bapa menerima baik langkah ini tetapi seperti biasa parti politik cuba mempolitikkan isu ini.
96. Kita juga bercadang untuk mengadakan latihan khidmat negara untuk semua kaum dengan tujuan merapatkan generasi muda berbagai-bagai kaum. Bentuk Khidmat Negara ini belum dimuktamadkan. Insya Allah pada tahun 2004 khidmat ini akan dilaksanakan.
2.0 Ucapan mantan Presiden Umno sebagai
peringatan dan amanat penting sebelum turun takhta
Sedutan ucapan
di atas memberikan gambaran kepada kita tentang pemikiran seorang bekas Perdana
Menteri dalam ucapan perpisahannya sebagai Presiden parti “yang bukan sebarang
parti” itu. Sebenarnya banyak lagi aspek
yang telah diperkatakannya ― misalnya tentang kuasa-kuasa barat sebagai
penjajah yang terus mahu menjajah dan menjarah harta bukan milik mereka, demokrasi
juga bukanlah sistem yang sempurna, seruan “Regime Change” adalah muslihat dan
tipu helah pihak luar, orang-orang Umno janganlah berpecah belah dan pelbagai bahaya
yang dihadapi negara Malaysia.
Kita percaya
dalam senarai seramai “2,643,656 kunjungan sejak 17 Disember 2008” sepertimana
yang tercatat di laman di atas itu, pastinya terdapat begitu ramai idola dan para penyokong Umno,
khususnya mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Mungkin mereka sangat teruja dengan segala buah
fikiran dan pemikiran mantan Perdana Menteri yang paling lama berkuasa di
Malaysia itu. Bukankah begitu? Masakan
tidak! Bukankah “UMNO BUKAN SEBARANG PARTI”?
No comments:
Post a Comment