Monyet politik dan bunganya
Mendiang Karpal
Singh ahli politik yang disegani kawan dan lawan kerap menggunakan ungkapan “Jangan
main-main!” (Jika diInggeriskan, harafiahnya
mungkin berbunyi, “Don’t play-play!” yang kira-kira membawa maksud “Don’t you ever
try to monkey with me!”) untuk memberikan amaran keras kepada musuh-musuh
politiknya.
Ya, walaupun
kajian/survey di Malaysia menunjukkan bahawa orang politiklah yang teratas dalam
hal-hal korupsi dan paling tidak boleh dipercayai, namun mendiang sentiasa saja
muncul sebagai sosok ahli politik yang berani, tegas dan berpendirian
teguh. Oleh hal yang demikian yang
namanya Karpal Singh itu sentiasa dihormati biar pun sudah tidak lagi bersama kita. Mendiang dikagumi dan dihormati kerana tidak
mahu meniru perangai monyet yang tidak ragu-ragu mahu menukar ‘mode’nya apatah
lagi jika diberikan bunga. Sebagai orang
politik bermaruah, mendiang tidak pernah membuat pendirian seperti “I’ve
changed my mode” atau pun “telah membakar”.
Ya, dalam
khazanah bahasa Melayu ada sebuah pepatah tentang monyet “seperti memberi bunga
kepada monyet” untuk menggambarkan bagaimana dan betapa monyet itu tidak pernah
dan tidak dapat menghargai barang-barang yang berharga (seperti bunga) yang diberikan kepadanya. Namun
masa pun terus beredar, manusia-manusia Melayu juga semakin berubah(?). Agaknya tatkala membuat pencerapan dan
merumuskan bidalan monyet dan bunga ini, orang-orang tua Melayu telah terlepas pandang
dan tidak dapat mencerap perangai dan tingkah laku sebenar monyet-monyet
politik dengan kuasa yang diberikan kepadanya.
Ya, agaknya ketika itu terdapat aspek-aspek politik monyet serta politik bunganya yang
tidak disingkapkan dengan lebih jelas.
2.0 Babak permainan
politik monyet dan bunganya
Peminat filem-filem
kungfu Hong Kong tentu pernah menonton babak-babak persilatan yang mengambil ikhtibar
watak, perwatakan serta gerak ‘persilatan’ binatang-binatang seperti ular,
monyet atau harimau. Jika kita tulis
semula babak monyet dan bunga di atas, salah satu versi yang dapat dibaca mungkin
begini:
Seekor monyet (
di tangannya ada bunga) sedang berdiri tegap di tengah-tengah sebuah jambatan
gantung yang merentangi gaung yang dalam.
Jambatan meliuk-liuk, mengoleng-oleng; ia ditiup angin yang sedang menggila. Olegannya menakutkan siapa saja yang
melihat. Dan sudah pasti tidak ada yang
bakal selamat sekiranya ia jatuh, terjatuh,
dijatuhkan atau pun menjatuhkan dirinya ke dalam gaung ngeri tersebut.
Shot berpindah
dari gambaran panaroma alam; jambatan gantung yang beroleng-oleng, gaung maha
dalam dan gunung ganang, tepat ke muka monyet. Ia seekor monyet penasaran
dengan bunga yang erat dalam genggamannya.
Muka monyet penuh
di layar: Ayuh, siapa yang berani dekat? (Ia menoleh, bersilih ganti ke kiri dan juga
ke kanan tebing gaung. Di sana tercegat
dua gerombolan politik yang berebut-rebut untuk mendapat bunga berharga itu. Monyet politik sedang mencari ikhtiar bagaimana
mahu menyelamatkan dirinya daripada keadaan yang sukar dengan bunga dalam
genggamannya!)
3.0 Yang memercikkan idea monyet, bunga dan
gerombolan
Kisah monyet
politik seperti di atas terpercik dan dinyalakan oleh petikan berita seperti di
bawah ini dengan soalan: Apakah generasi
rakyat Malaysia masa depan mampu memilih pemimpin yang baik untuk memimpin
mereka?
Wallkuklam.
Sumber: http://www.therakyatpost.com/news/2014/07/11/dyana-bent-keeping-promise-teluk-intan/#ixzz37ApM2q1L
Dyana has suggested that the police allow
DAP to help raise funds for a beat base.
TELUK INTAN, July 11:
DAP’s Dyana Sofya
Mohd Daud reaffirmed her commitment to Teluk Intan during the fasting month by
visiting the Ramadan bazaars and wet markets here.
Her visit reflects
her commitment to the people there though constituents elected Gerakan’s Datuk
Mah Siew Keong over her in the by-election on May 31.
Pasir Bedamar
assemblyman Terence Naidu said many people questioned why Dyana, who is DAP
party adviser Lim Kit Siang’s protégé, was still in Teluk Intan.
“Dyana has been
occupied with work at the party headquarters, but is determined to uphold her
promise to stay and serve the Teluk Intan people despite losing in the
by-election,” he said in a statement today.
Dyana also paid a
visit to the district police headquarters to follow up on a public petition to
build a police beat base in Taman Indah Jaya to curb rising crimes.
“The previous Hilir
Perak district police chief Assistant Commissioner Goh Kok Liang informed us
that they did not have any funds to built the beat base.
“We suggested that
the police allow us to help raise funds and they agreed to bring the proposal
to the top brass,” Dyana said.
The 27-year-old law
graduate lost to Mah after managing only 19,919 votes, compared with the 20,157
votes garnered by the latter.
The seat fell vacant
after DAP’s Seah Leong Peng succumbed to cancer.
No comments:
Post a Comment