Saturday, September 6, 2014

Tirana Mr 1%



Lagi tentang SATU (1% dan 1 nama) 



Ini untuk renungan bersama. Demokrasi dikatakan "sistem (politik) rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat" (of, for, by). Namun sekarang ini orang semakin sedar dan sudah resah dengan dampak "sistem 1%, untuk 1%, oleh 1%". Itulah harga yang dibayar kerana manusia membiarkan yang SATU persen itu bermaharajalela menguasai nasib dan kehidupan rakyat yang 99%. Di negara ini siapakah yang 1% yang menguasai politik (kuasa) dan ekonomi itu? Di negara kita ini, siapakah yang membenarkan jurang di antara kaya dan miskin itu kian melebar?

Bukankah masalah jurang maha besar yang menyebabkan yang 99% itu ditindas oleh yang 1% yang MESTI diberikan fokus dengan segera? Atau yang lebih daripada SATU (1) nama yang mesti menjadi tumpuan?

Jika ingin teliti subjeknya lebih lanjut, sila rujuk "The Price of Inequality" oleh Joseph E. Stiglitz. Penguin:2013.
 
 
 

No comments: