Friday, September 5, 2014

Mewalaki pemimpin ummah?





Mengamuk, merajuk, meraung, menangis, ceria, gelak dan ketawa itu adat anak-anak kecil.  Rasanya tak ada yang menyimpan dendam bila berdepan dengan telatah@tantrum mereka. Mereka makhluk yang begitu menyenangkan. Tak percaya,  tanyakan pada para atuk dan nenek di seluruh dunia.  

Orang-orang tua yang silat politiknya cukup sakan juga mengamuk, merajuk, meraung, menangis, ceria, bergelak ketawa dan JANGAN terkejut jika ada belot, mengkhianati serta memakan kawan.   Rasanya tak ada manusia waras yang mahu mendokong gendong orang-orang tua seperti ini.  Atau mereka ini perlu diwalaki kerana adalah pemimpin ummah?

No comments: