Manusia dengan
mesejnya: Seniman, pemaju, ulamak dan peneroka bandar
Masyarakat Malaysia
mengenali sungai itu sebagai sebuah tong sampah besar yang tak pernah lokek
berkhidmat. Sepanjang masa ― tujuh hari
seminggu, 24 jam sehari, 60 minit sejam ― ia tersedia untuk berkhidmat menghasilkan
pengeluarannya. Dan kelihatannya, khalayak negara kita cukup arif bahawa sampah
ialah hasil pengeluaran tertinggi sesebuah sungai di samping lumpur dan enapan.
Dalam sesebuah
masyarakat, termasuk masyarakat Malaysia, seniman itu spesies manusia yang sudah
biasa melakukan hal-hal yang pelik-pelik termasuk bercanda dengan sungai yang
jorok, sarat sampah dan enapan. Contoh ‘kepelikan’ seniman ― mereka menjuzukkan
seni bermain-main dengan sungai yang kaya sampah dan enapan ini dengan istilah Seni
Instalasi. Maka pada satu Oktober 2013 (tepatnya, 22 dan 23 Oktober) di Kampong
Banda Dalam, Pak Moelyono Art, Yeoh dan anak muda bernama Soleh serta seluruh
pasukan seninya telah berkunjung ke Kampong Banda Dalam untuk berinstalasi
dengan karya mereka.
2.0
Sungai itu komponen
alam yang telah lama didera oleh kumpulan manusia moden yang kelihatannya tidak
pernah letih-letih mengejar pembangunan dan kemajuan. Jika diteliti dengan saksama manusia yang terdiri
daripada pelbagai kumpulan dan puaknya itu ada kaitan ― langsung dan juga tidak
langsung ― dengan alam sekeliling mereka.
Dan komponen alam ini termasuklah sungai. Ertinya sang seniman, para ulamak dan manusia-manusia
kerdil ibu kota yang terus-terusan dikejar mesin-mesin dan aparat pembangunan punya
keinginan, minat, kecenderunagn dan cita-cita masing-masing juga memerlukan sungai.
Terdapat para seniman
― sebagai manusia aneh ― gemar mereka dampingi alam dan tak jemu-jemu pula mengangkat
alam sebagai medium karyanya sambil menyelitkan pesan serta amanat tentang alam
yang mesti dilestarikan. Sementara itu, para
ulama ― sebagai manusia soleh ― (termasuk yang ghairah bermain politik kerana
mahu merebut kuasa) yang sering kita temui di sekeliling kita sekarang ini, tidak
pula lokek mereka bersyarah tentang jalan ke syurga seraya berpesan-pesan pula
mereka tentang hukum hakam serta ancaman-ancaman buat manusia-manusia yang kata
mereka bejat, engkar lagi sesat. Jika kita
diberikan pilihan dan punya pilihan, kita tentulah tidak memilih menjadi
penghuni kota yang meneroka bandar 50 tahun lalu tetapi kini dikejar untuk digusur
pembangunan ‘kan?
Ada satu lagi
pilihan, mahu jadi seniman aneh yang katanya gemar merayau-rayau di lembah atau
mahu jadi ulamak soleh yang gemarnya
menghukum?
No comments:
Post a Comment