Persamaan
Abdullah Munsyi dan Mahathir: Mereka cabai orang-orang Melayu
“Apabila Abdullah
menulis Hikayat Abdullah (1840), beliau sudah sedia mempunyai pengetahuan dan
pengalaman tentang kelemahan sisitem politik dan keadilan di bawah Raja-raja
Melayu; tentang penindasan, kemiskinan rakyat; tentang ketandusan sistem ekonomi,
dan tentang ketiadaan sedikit pun unsur-unsur perancangan, dan pembangunan
bandar serta peraturan kebersihan awam.
Apa yang telah
dilihat oleh Abdullah di Pahang, Terengganu dan Kelantan itu merupakan suatu
kejutan budaya (cultural shock) memandangkan Abdullah tidak pernah tinggal di
bawah pemerintahan Raja-raja Melayu.”
Zahari A.
Rashid. Kenang-Kenangan Abdullah Munsyi. IBS Buku Sdn Bhd. 2012:214
Sementara itu Shaharuddin
Maaruf, Malay Ideas on Development –
From Feudal Lord to Capitalist, SIRD, (2014:29)
menyatakan bahawa di mata masyarakat kontemporari, Abdullah itu satu watak yang
kontroversial; dalam dunia sastera Melayu dia mungkin diterima sebagai
penyumbang tapi dari sudut sejarah dan politik orang-orang Melayu, Abdullah itu
seorang pembelot kepada orang-orang Melayu dan hamba sahaya orang-orang Inggeris.
2.0
Contoh di atas
antara lain menyentuh hal-hal seperti keberanian untuk mengkritik, sikap kita
(baca: orang-orang Melayu) terhadap kritikan, keterbukaan orang-orang Melayu terhadap
kritikan, ketaksuban dan kaitannya dengan feudalisme yang sekian lama mengakar sehingga
menjadi jati diri orang-orang Melayu.
Lama kemudiannya,
di zaman ‘moden’ ini, kita temui seorang lagi Melayu juga yang bukan
benar-benar dari biji benih Melayu sejati telah menulis sebuah lagi buku yang tidak
kurang kontroversinya, The Malay Dilemma.
Di antara intipati penting buku yang pernah diharamkan oleh kerajaan
Umno itu ialah hakikat bahawa benih dan baka Melayu itu sememangnya lemah. Kata Mahathir, Melayu lemah kerana terlalu gemar berkahwin
sama sendiri dan tidak pernah punya kesempatan untuk bersaing. Ringkasnya, orang-orang Melayu itu ibarat ayam
peliharaan, jenis ditaburi dedak oleh tuannya.
Apakah
tanggapan orang-orang Melayu masa kini (baca: Melayu abad ke 21 di Malaysia) terhadap
pandangan pedas dua orang Melayu kacukan ― Abdullah dan Mahathir ― bila memperkeleh
dan memperlecehkan mereka sebagai satu bangsa?
No comments:
Post a Comment