Untuk melawan, janganlah tunggu maqam kesempurnaan diri
Frasa penuh hikmah
(bidalan) seperti“kura-kura dalam perahu” , “dari cempedak baiklah nangka”, “lain
padang lain belalang” atau “biar genting jangan putus” kerap kita baca dan
sekarang ini SESEKALI kedengaran diucap orang.
2.0 Perancangan perlukan maklumat
Kerja-kerja
merancang memerlukan data serta maklumat .
Di tangan mereka yang mahir, semakin
lengkap maklumat yang diperolehi, maka semakin baiklah perancangan yang
dihasilkan kelak. Dalam bidang
kejuruteraan ini termasuk perancangan prasarana yang ada ‘pengaruh’ air seperti
empangan, sungai, jambatan dll.
Semasa
bersekolah dulu iatu semasa kami diajar dan belajar hal-hal merancang prasarana
sumber air, saya agak terkejut melihat stesen hujan yang mewakili taburan hujan
sebuah negara di benua Afrika. Ia hanya diwakili
oleh sebuah stesen hujan sahaja!
“Amazing, one
miserable station!”
Guru saya Dirk
Raes memperingatkan: “It’s better than having nothing at all. Don’t you think so?“
3.0 Jangan tunggu maqam kesempurnaan diri untuk
melawan
Sekarang ini untuk
melakukan sesuatu saya selalu teringat akan pesan bedalan silam yang membedal
minda kita:
Dari cempedak
biarlah nangka.
Makanya untuk
bangun melawan, kita jangan tunggu maqam kesempurnaan diri. Lawanlah, hatta dengan sebatang pensel kontot.
Bila lagi mahu lawan?
No comments:
Post a Comment