Tuesday, February 17, 2015

Topi manakah yang kau pakai?





Satu kepala banyak topi


Seorang manusia, baik lelaki maupun perempuan, memainkan pelbagai peranan.  Contohnya seorang perempuan itu mungkin saja seorang isteri, seorang ibu atau pun seorang ketua jabatan apabila dia di pejabat.  Semasa sedang memandu dia adalah seorang pengguna jalan raya.

Organisasi beruntung jika ramai anggotanya cekap dan bersedia untuk melaksanakan pelbagai tugas pada waktu yang sama.  Katanya multi-tasking. Dan bukan semua orang mahir dan berupaya memikul dan membuat pelbagai kerja dalam waktu yang sama. Ertinya pekerja yang hebat dalam multi-tasking adalah aset yang sangat berguna kepada organisasi.

Sebagai penutup dan seperti biasa bagian yang kadang-kadang dikatakan oleh sesetengah rakan fb saya sebagai agenda mencaci maki ulamak. Biarlah, kita ra’ikan pelbagai pandangan yang berbeza. Soalannya begini:  Bilakah agaknya seorang ulamak itu memakai topi politik dan bila pula dia memakai topi ulamaknya? Atau seorang pemimpin parti politik (katanya ‘Islam’) itu adalah ulamak sepanjang masa? Ertinya dia tidak pernah dan tidak boleh sama sekali ‘main politik’ kerana dia adalah ulamak?  Atau bagaimana?





No comments: