Saturday, July 11, 2015

“jawatan itu amanah!”



nanah syarah-syarah amanah

(1)

diberikan kerusi, dia terbentur dek PERSOALAN:
ibarat rusa, bertanyalah dia kepada diri:
“kenapakah aku boleh sampai ke sini?
bakal terpikul dek bahu sekecil ini?”

(2)

tatkala tersebar berita dia bakal dinobat, angkat:
macet sudah mimpi-mimpi ketemu nabi,
soalan itu-itu jua bertubi-tubi:
“bagian yang mana SATUkah belum kukerjakan?”

(3)

maka syarahlah mereka,
“jawatan itu amanah!”
mabuk lagi rupanya kamu.
mereguk nanah?


wangsa maju
11 julai 2015.

No comments: